Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, 2 July 2017

Di manakah akal Nasarudin Hassan?

Menurut ketua Penerangan PAS Pusat YB Nasaruddin Hassan, pendedahan DOJ terhadap skandal 1MDB merupakan salah satu campur tangan kuasa asing untuk mengacau politik di dalam negara.

Malah di dalam kenyataan tersebut, beliau tahu siapa dalang yang menyuruh Amerika untuk masuk campur tangan di dalam skandal 1MDB. Kenyataan beliau adalah reaksi menyokong kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Presiden PAS baru-baru ini.

Beliau menyarankan agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal 1MDB. Nampak idea itu seolah-olah sangat bagus, walaupun sebelum ini, idea yang sama pernah diutarakan oleh Dato’ Husam.

Bagi saya idea itu kedengaran retorik dan Najib akan terus selesa kebal dari disiasat oleh mana-mana pihak autoriti di dalam negara.

Friday, 30 June 2017

Sudah Alergik Dengan Jemaah Islam

Itulah ungkapan yang boleh dikatakan dalam mukadimah makalah ini. Apabila menyelesuri jemaah-jemaah yang dikatakan “Islamic” sama ada di luar atau di dalam negara, para pemimpin atau pengikutnya masing-masing akan berkempen mengatakan kamilah jemaah Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis nabi s.a.w.

Walaupun secara konteksnya tidak semua pemimpin dan pengikut beranggapan seperti itu, namun saya yakin dan percaya hampir majoriti mempunyai iktikad seperti itu, lantas membentuk keyakinan kepada jemaah yang dianutinya.

Saya bukan lagi berbicara soal retorik atau teori semata-mata kerana saya juga pernah mengikut beberapa program jemaah-jemaah yang berada di dalam negara.

Apabila bicara soal jemaah, permis yang paling awal untuk dipertimbangkan adalah soal pengkaderan(recruitment). Untuk memudahkan proses ini, maka perlulah digunakan bahasa “agama candu” dengan mengatakan ikutlah kami, kerana kamilah jemaah paling hampir dengan Al-Quran dan Hadis, atau kamilah jemaah yang paling awal di Malaysia dan lain-lain lagi.

Tuesday, 12 April 2016

Pengamalan Agama Islam Secara Rasional atau Emotional?

Ketegangan agama merupakan bom jangka pendek untuk mengeksploitasi kepentingan sesuatu pihak atau parti sekiranya ia melibatkan kaum Melayu yang sudah termaktub di dalam perlembagaan adalah mesti seorang Islam.

Saya tidak mahu membahas secara baik dan buruk mengenai definasi Melayu di dalam rangka perlembagaan negara, kerana fokus saya pada penulisan kali ini adalah kegagalan mengamalkan Islam secara hujah dan rasional akan menyebabkan bangsa Melayu menjadi suatu bangsa yang cepat melatah atau mudah dipermain-mainkan atas eksploitasi agama.

Beberapa tahun yang lepas negara kita dihangatkan dengan isu penggunaan kalimah Allah untuk digunakan secara inklusif oleh pihak minoriti Kristian di Semenanjung Malaysia dan wujud seketika ketegangan antara bangsa, agama serta politik.

Monday, 11 April 2016

Menjadikan Dr.Zakir Naik Sebagai Helah Politik Sang Penguasa


Sebagai seorang ahli politik yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sama ada secara sedar atau tidak, Prof.Dr.Ramasamy perlu bijak membaca kesan daripada kenyataan yang cukup sensitif yang dikeluarkannya tambahan pula DAP adalah sebuah parti yang memupuk asas demokrasi!

Namun sensitiviti ini secara hemahnya perlu dikawal agar ia tidak merebak ke peringkat yang lebih teruk dan mencetuskan ketegangan antara agama, bangsa dan politik.

Secara prinsipnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof.Dr.Ramasamy adalah kurang tepat dan tidak kena pada keadaan sekarang. Namun apabila sudah berlaku kejadian ini, apakah persoalan-persoalan asas yang perlu ditimbulkan di dalam memahami sensitiviti ini?

Thursday, 7 April 2016

Beberapa Teori Politik


Terdapat beberapa teori politik jika difikirkan penggunaannya akan memberi kesan kepada dwi sistem parti yang baru dipraktikkan di Malaysia sejak sepuluh tahun yang lalu.

Antaranya penglibatan blok ketiga yang tidak memihak kepada pembangkang mahupun kerajaan tetapi mempunyai idealisme sendiri di dalam pembawaan politik. Kita ambil contoh misalnya PAS+IKATAN memilih untuk menubuhkan blok ketiga di dalam spektrum politik Malaysia.

Andai kata Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mempunyai jumlah kerusi yang seimbang di parlimen sehingga menyebabkan kesukaran untuk menubuhkan sebuah kerajaan, maka di sinilah blok ketiga akan memainkan peranan mereka sebagai faktor penentu untuk menubuhkan sebuah kerajaan.

Thursday, 31 March 2016

Persepsi Politik


Persepsi merupakan senjata yang cukup tajam untuk membina pandangan buruk atau baik bagi sesebuah politik. Di Mesir suatu ketika dahulu, kegagagalan Dr Mursi mengurus persepsi rakyat Mesir telah menyebabkan kerajaan yang sah diterajuinya dirampas secara kudeta hasil tekanan daripada rakyat yang tidak memihak beliau.

Dr Mursi dari sudut pandangan mereka, hanya seorang pemimpin Pro Islamist dan bukan pemimpin rakyat jelata Mesir memandangkan beliau secara lantang menunjukkan ciri-ciri kepimpinan Islamik beliau tanpa terlebih dahulu melihat permasalahan asas rakyat seperti isu ekonomi dan sosio budaya.

Ia berbeza pendekatan yang dibawa oleh Mr. Erdogan apabila usai AKP mendapat mandat untuk menerajui Turki beliau banyak memfokuskan permasalah asas rakyat dan tidak menunjukkan konfrontasi yang begitu ketara terhadap idea bapa pembangunan Turki iaitu Kamal At-Tartuk. Bagi Erdogan apa-apa dasar yang baik dan berguna semasa pemerintahan At-Tartuk akan diteruskan oleh beliau. Maka hingga hari ini AKP terus mendapat kepercayaan rakyat untuk memerintah.

Wednesday, 30 March 2016

DS Najib Expulsion Will Strengthen UMNO?


     It is true if the expulsion of DS Najib Razak as Malaysia Prime Minister will strengthen or reliable UMNO?

1. It is true when Tun Dr. Mahathir was resigned as Prime Minister in 2003 will strengthen UMNO? In General Election 2004 we can’t deny that BN got a huge victory and almost Kelantan will be wrested by BN when PAS only have one seat assemblyman advantage to allow them continuously ruled Kelantan. This culprit comes from two major factor which is the breakdown of Barisan Alternatif (PAS+PKR+DAP) and Islamic image from Pak Lah when he envisioned and implement Islam Hadhari. (But now where is Islam Hadhari)


   2. In General Election 2008 Pak Lah had faced worse trusty deficit from voters when opposition consensus was revived as Pakatan Rakyat (PR). PR succeed to denied 2/3 majority from BN members of parliament and wrested five states (Kedah, Penang, Perak, Selangor & Kelantan).

Sunday, 14 February 2016

Asas Ketakutan Orang Melayu

Orang melayu mempunyai beberapa strata(lapisan masyarakat) yang menjadi prinsip hidup atau idealism yang mereka yakini untuk hidup di dalam kamuniti masyarakat Malaysia.

Ada sesetengah Melayu mereka memilih jalan konservatif untuk hidup. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu seperti bahasa, budaya, politik semuanya ingin dijadikan tempat yang paling tertinggi di dalam negara.

Golongan konservatif Melayu tiada kompromi(tolak ansur) dengan bangsa-bangsa lain kerana bagi mereka Malaysia milik orang Melayu. Golongan ini gemar mengenakan songkok hitam daripada kopiah putih di dalam semua majlis keraian hingga sembahyang jemaah di masjid juga mengenakan songkok hitam yang tidak dibasuh najis berkurun lamanya!

Tuesday, 26 January 2016

TPPA Pun Salah DAP?


Pembawaan politik yang dipelopori oleh Tuan Guru Haji Hadi mutakhir ini berada di tahap yang kabur dan pelik. Apabila beliau mengeluarkan kenyataan media mengenai pandangan politik di dalam negara maka sudah pasti ia menimbulkan banyak kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia.

Saya terpanggil untuk menulis pandangan peribadi mengenai kenyataan beliau yang mengaitkan sokongan DAP kepada TPPA. Apa yang saya dengar dan tonton sendiri video tersebut jelas TGHH mengaitkan DAP dengan TPPA. Katanya DAP menyokong TPPA disebabkan dasar keterbukaan perdagangan yang menjadikan orang cina menguasai ekonomi TPPA, yang letihnya adalah peniaga-peniaga bumiputera.

Maka di dalam penulisan ini saya akan memfokuskan posisi kaum cina mengenai TPPA memandangkan mereka dijadikan sasaran kritikan terhadap politik perkauman yang sempit bagi memburukkan lagi hubungan antara kaum di dalam negara kita yang sudah kian buruk.

Tuesday, 24 November 2015

Obama datang lagi ke Malaysia Pasal TPPA ke? Aduhai negaraku


Apabila difikirkan mengapa pada tahun ini sahaja sudah dua kali Presiden Obama datang ke Malaysia menimbulkan keraguan yang tidak berbelah bahagi. Kali terakhir Presiden Amerika datang ke Malaysia adalah pada tahun 1966 oleh Presiden Lyndon B Johnson iaitu kira-kira 48 tahun sudah.

Melihat kepada perkara ini mahu tidak mahu lawatan Obama ke Malaysia adalah lawatan yang penuh dengan misi dan visi ekonomi dan politik untuk keberlangsungan Amerika Syarikat. Perlu difahami bahawa sekiranya kedatangan Obama ini disebabkan TPPA, maka boleh dikatakan Malaysia sudah masuk ke dalam mulut buaya!

Ini kerana bukan semua negara Asean mendatangani TPPA, hanya Vietnam, Brunei, Singapura dan Malaysia sahaja yang terlibat di rantau Asean untuk mendatangai TPPA. Dan negara-negara ini adalah negara-negara kecil yang mudah dibaham oleh buaya.

Saturday, 21 November 2015

Defisit Kepercayaan Ikhwan di Mesir



Hosni Mubarak, bekas seorang juruterbang dalam angkatan tentera Mesir yang memerintah secara kuku besi dan melebihkan nepotisma di kalangan keluarganya dan orang-orang yang berada di sekelilingnya selama 30 tahun akhirnya tumbang. Inilah apa yang dikatakan sebagai Arab Spring yang sebelum ini telahlah menjatuhkan jiran Mesir iaitu Tunisia dengan kejatuhan Presiden Zine El Abidine Ben Ali.

Mursi dan Ikhwanul Muslimin serta beberapa fraksi parti-parti Islam adalah tulang belakang bagi menggulingkan Hosni Mubarak. Ketika itu ratusan ribu umat yang berarak di Dataran Tahrir menyambutnya dengan penuh syukur dan gembira. Kebangkitan secara besar-besaran bermula pada 25 Januari 2011. Kini menjadi tarikh sambutan Hari Kebangsaan Mesir.

Kemudian diadakan Referendum Perlembagaan ke arah Pilihanraya Parlimen dan Pilihanraya Presiden. Mesir kemudiannya mengalami perubahan dari negara yang dikuasai tentera kepada demokratik di bawah pimpinan Presiden yang dilantik, iaitu Dr Mohammad Mursi dari Freedom and Justice Party (FJP).

Wednesday, 18 November 2015

Memilih AMANAH Pada Prinsipnya

Politik di Malaysia pada hari ini semakin runcing dengan permasalahan yang berlaku di kalangan pemimpin politik di Malaysia sama ada BN atau PR. Walaupun isu AMANAH sudah lama menjadi viral kepada rakyat Malaysia, namun ia perlu diketahui secara asas dan prinsip penubuhannya.

Pandangan saya ini bukanlah untuk berkempen, mengkritik atau menjaga tepi kain PAS, tetapi memandangkan saya merupakan Bekas Ketua Pemuda PAS Cawangan Taman Cempaka, Melaka, maka saya terpanggil dan mempunyai hak untuk memberikan pandangan saya sebagai bekas ahli tentang permasalahan yang berlaku di dalam PAS sehingga tertubuhnya AMANAH.
    
Sebaik-baiknya kita haruslah mengelak daripada perpecahan sesama ahli di dalam PAS, tetapi keadaan tidak seideal seperti yang kita sangkakan. Dengan tersingkirnya golongan Progresif di dalam muktamar PAS Jun yang lepas, ia menunjukkan satu tanda yang besar kepada corak pemikiran ahli PAS yang lebih selesa golongan “geng ustaz” memimpin parti.

Tuesday, 31 March 2015

GST Untuk Semua

Sudah berbulan-bulan pena minda paksu tidak menulis di laman ini. Sukar bagi saya untuk menulis secara konsisten di blog peribadi ini memandangkan saya bukan terlalu meminati bidang penulisan dan karya.

Namun pada kesempatan ini saya menggagahi juga pena minda paksu semata mata tertarik dengan tarikh 1 April 2015. Semua rakyat Malaysia sudah maklum bahawa tarikh ini akan dilaksanakan GST(Good & Service Tax) oleh kerajaan Malaysia kepada semua lapisan masyarakat.

Friday, 10 October 2014

Tajdid Islam Movement

Islam movement in entire world should be acknowledge that they need change to ensure that they still relevant. Not only Islam movement, but any movement in the world should acknowledge there is new environment facing by people that need to have new framework in kind of thinking and implementation.

Politic one of the fields that asking involved human management. Human exposed to the place and time factor. Culture and method will change because of different environment.

Certainly politic era in Prophet Muhammad s.a.w period and Khulafa al-Rasyidin are different with other era. Absolutely culture and politic skill are different with “Umaiyyah Empire” and “Abbasiyyah Empire” which is not same each other’s.

Wednesday, 30 July 2014

Untukmu Sebuah Syawal

Meraikan hari kedua syawal di rumah rakan sekerja penulis, Jubail Saudi Arabia
Syawal mendatang dengan penuh rasa kesyukuran setelah kita berjaya mengharungi tarbiah Ramadhan dengan diiringi lapar dan dahaga, mendirikan solat sunat tarrawikh, berjaya mengawal kesabaran dan rasa marah, menghidupkan tadarus, memperbanyakkan sedekah, hinggakan bulan yang mulia ini adalah bulan khas untuk kita memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah.

Selepas ramadhan kita akan didatangkan segala ujian dan cabaran hidup, bermulanya dalam diri kita sendiri apabila mula berhadapan dengan dua musuh iaitu syaitan dan nafsu yang sentiasa mengajak kita ke arah kejahatan.

Kita pula akan mengharungi masalah-masalah dalam rumah tangga yang sentiasa memerlukan kebijaksanaan dan hikmah setiap pasangan untuk menyelesaikannya. Selain itu masalah umah atau masyarakat yang turut membabitkan diri kita sendiri untuk sentiasa memikirkan dan mencari maklumat yang betul. Andai salah, kita akan terpesong dan jauh dari kebenaran.

Wednesday, 19 March 2014

Terima Kasih Hj Arah

#PrayForMH370

"Mungkin kelewatan ahli agamawan dalam merespon isu kehilangan pesawat MH370 dari aspek spritual menyebabkan bomoh nujum Ibrahim Mat Zain muncul menjadi alternatif kepada solusi spritual pesawat ini."

Saya mula memberanikan diri untuk membuka soalan ini kepada Hj Arah. Sudah lama saya memendam beberapa persoalan terutama berkaitan kepimpinan dan agama  untuk bertanya kepada beliau memandangkan keterbukaan Hj Arah dalam pelbagai isu.

Friday, 8 November 2013

Besarnya sebuah harapan Pemuda PAS itu.?

Kepada penggemar politik tanah air pastinya mereka akan menumpukan pula perhatian kepada muktamar PAS Pusat dan dewan pemuda PAS pusat yang bakal berlangsung pada hujung bulan November 2013.

Pastinya mereka akan memberikan perhatian kepada ketokohan-ketokohan individu yang bakal memimpin PAS untuk memayungi lanskap politik negara pada masa akan datang memandangkan, PAS setakat ini mempunyai jentera dan organisasi yang sistematik dan sentiasa konsisten dalam melakukan gerak kerja parti dalam pakatan rakyat.

Ramai yang sudah tahu PAS berkemungkinan besar bakal memperoleh ketua dan timbalan pemuda yang baru apabila YB Nasrudin Hasan Tantawi dan timbalannya YB Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz tidak lagi akan mempertahankan jawatan penting dewan tersebut.

Sudah pasti ramai yang dapat menjangkakan jawatan untuk ketua pemuda bakal diisi sama ada Suhaizan Kait, Kamaruzzaman Mohammad, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-His, Dr Riduan Mohd Nor atau Zulhazmi Zakaria.

Sunday, 7 July 2013

Bicara Ketua Pemuda PAS Cawangan Taman Cempaka 2013-2015

Bersama Pimpinan Cawangan Balai Islam 2013-2015 beserta YB Dun Bukit Baru Dr Khalid Kasim

Alhamdulillah sesi muktamar  cawangan PAS Balai Islam  Taman Cempaka, Melaka yang berlangsung pada 30 Jun 2013(Ahad) sudah pun berakhir dan berjalan dengan lancar. Terlebih dahulu marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan belas kasihan daripadaNya, kita masih lagi hidup di atas muka bumi ini untuk melaksanakan dua tanggungjawab utama sebagai hamba Allah, iaitu beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Atas dua matlamat yang besar inilah manusia merupakan makhluk yang dipilih untuk taat pada perintah Allah melalui ruang lingkup ibadat yang khusus mahupun umum dan menyelesaikan kemelut sosial yang berlegar di kalangan manusia sendiri untuk diurus dan ditadbir dengan baik mengikut panduan nilai yang selari dengan kitab mukjizat Al-Quran.

Sunday, 2 June 2013

Al-Amin Lebih Banyak Dari Qawiy

"Menurut Ibnu Taimiyah, kepimpinan itu perlu berasaskan kepada dua tunjang iaitu kemampuan(Al-Qawiy) dan amanah(Al-Amin) sebagaimana yang diterangkan sendiri dalam Al-Quran." 

Kemampuan perlu diukur berasaskan kerja-kerja sebenar yang perlu dilakukan. Dalam urusan peperangan, seseorang yang dianggap berkemampuan(Qawiy) itu sepatutnya seorang yang berani dan mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-hal peperangan. 

Dalam urusan perbendaharaan, seseorang yang dianggap amanah(Al-Amin) itu sepatutnya amat cermat dalam perbelanjaan ekonomi negara. Termasuklah juga dalam urusan penghakiman, sifat-sifat yang perlu diambil kira ialah kejujuran dan adil.

Sunday, 19 May 2013

Dun Penaga, 5 tahun lagilah.


Statistik PRU 13 Di N.01-Penaga

Penaga merupakan sebuah Dun negeri paling utara di Pulau Pinang yang mempunyai komposisi kaum melayu sebanyak 91% dan hanya 9% kaum cina sahaja.

Sebagai seorang yang telah bermastautin hampir 14 tahun di Dun Penaga ini, maka saya terpanggil untuk menulis satu artikel ini buat tatapan rakan-rakan, guru-guru, dan jiran-jiran yang sekarang ini masih bermastautin di Dun Penaga.