Tuesday, 31 March 2015

GST Untuk Semua

Sudah berbulan-bulan pena minda paksu tidak menulis di laman ini. Sukar bagi saya untuk menulis secara konsisten di blog peribadi ini memandangkan saya bukan terlalu meminati bidang penulisan dan karya.

Namun pada kesempatan ini saya menggagahi juga pena minda paksu semata mata tertarik dengan tarikh 1 April 2015. Semua rakyat Malaysia sudah maklum bahawa tarikh ini akan dilaksanakan GST(Good & Service Tax) oleh kerajaan Malaysia kepada semua lapisan masyarakat.


Secara amnya maka ramailah rakyat Malaysia selepas ini akan mengeluh mengenai kenaikan harga barang disebabkan GST. Bagi saya perkara sudah terjadi, mahu tidak mahu maka kita kena menerimanya. Terima bukan dengan hati yang redho.

Tunggulah lagi tiga tahun PRU 14(2018),maka saya rasa Barisan Nasional masih terus berkuasa sekiranya kita memandang keadaan semasa Pakatan Rakyat. 

Dengan purata gaji RM 2500-RM3500 untuk sarjana Ijazah bagi tempoh lima tahun selepas bergraduasi maka rata-rata mereka mungkin akan mencari pendapatan sampingan untuk menyara kehidupan diri dan keluarga di samping wajib membayar hutang PTPTN, kereta dan rumah.

Mungkin selepas kira-kira untuk kos sara hidup tersebut dapatlah menyimpan RM 50 sebulan. Tetapi tidak mengapa simpanan ini akan ditambah dengan bantuan BRIM 900.

Maka hampir seluruh usia kita akan bekerja untuk menyara kehidupan keluarga, hutang sana sini, sampai umur bersara, rupa rupanya hutang masih beribu ribu. Saya bukan bermaksud bekerja sampai usia persaraan itu tidak bagus, tetapi itulah sikap melayu yang suka bekerja sampai bersara dan terkenang budi segala-galanya dari kerajaan hingga jadi bangsa yang suka berharap.

Nak tunggu Pakatan Rakyat(PR) untuk mengubah Malaysia macam semakin sukar, bergaduh sesama sendiri, keluar Pakatan seperti di Sarawak, Sabah dan lain-lain.

Secara kebetulan pula isu Hudud semakin panas untuk diperdebatkan di kalangan rakyat dan ahli politik di tengah-tengah perlaksanaan GST, maka nampak lagi sukarlah untuk ubah Malaysia.

Akhirnya PR sudah rasa lemah, maka wujudlah bibit bibit suara untuk bersama BN bagi melihat Malaysia sejahtera. Akhirnya BN kuat, rakyat jadi bosan dengan politik. Sokong mana-mana parti semuanya sama. 

Bagi rakyat Malaysia selamat menyambut GST dan kuatkan lagi usaha untuk bekerja sampai terlupa ajal sudah dekat, tetapi amal ibadat masih tunggang langgang.

Sekian



















No comments:

Post a Comment