Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Sunday, 3 January 2016

Posissi Reformis Perundangan Islam


Reformis pra-moden memberi penekanan terhadap keperluan untuk melakukan reformasi, menolak taqlid (budaya ikut-ikutan), buta terhadap tradisi, dan menekankan bahawa kebangkitan semula sosial dan moral Islami memerlukan aksi dan aktivisme politik.

Kebangkitan Islam semasa merupakan tindak-balas alami terhadap krisis politik, ekonomi dan ketenteraan yang kerap berlaku.

Pada kurun kedua Islam, penerapan syariah adalah berdasarkan karya-karya individu atau ahli perundangan atau kehakiman yang memainkan peranan di beberapa pusat Muslim seperti di Mekah dan Madinah.

Monday, 30 November 2015

Dr Burhanuddin al-Helmi Susuk Tubuh Dinamik Seorang Pejuang


Dr Burhanudin al-Helmi merupakan seorang tokoh dinamik pejuang agama dan kebangsaan. Beliau boleh dikatakan seorang protaz(Profesional Ustaz) yang memiliki ilmu sains iaitu dalam bidang homopati dan agama.

Pada permulaaan buku ini penulis menceritakan sifat yang paling terserlah pada Dr Burhanudin al-Helmi adalah sifat lemah lembut dan mudah melupakan kesalahan orang lain. Bagi sesetengah orang mungkin sifat ini adalah kelebihan tetapi bagi sesetengah yang lain sifat ini adalah kelemahan. Namun barang diingat sifat ini juga adalah sifat dominan orang Melayu!

Sebelum memasuki PAS beliau merupakan Presiden Parti Kebangsaan Melayu Raya dan menjadi pengerusi gabungan PUTERA-AMCJA. Gabungan ini merupakan koalsi pelbagai kaum untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air sekaligus membuktikan gagasan beliau telah melampaui Parti Perikatan ketika itu.

Monday, 23 November 2015

Pak Kassim Menuju Jalan Pulang?


Di awal pendahuluan buku ini sudah cukup menarik sesiapa yang ingin membaca penulisan Kassim Ahmad. Dimuatkan dengan kata penghantar Tun Dr Mahathir Mohammad mengenai peringkat-peringkat usia manusia.

Tun berpendapat bahawa setiap insan akan melalui tiga fasa hidup dalam pegangan politik mereka. Semasa muda mereka agak radikal dan mirip kepada pemikiran dan ideologi kiri. Apabila menempuh umur pertengahan, pandangan dan pegangan mereka lebih mencerminkan “centralist” dan kecuali(open and loose). Apabila sudah berumur mereka lebih suka mendokong sikap dan pandangan puak kanan, atau konservatif.

Membaca buku Kasssim Ahmad bukan beerti kita menyokong beliau secara total, tetapi ianya tidak salah untuk mengambil beberapa input berguna dalam memahami falsafah agama dan kehidupan.

Thursday, 19 November 2015

The Malay Dillema Bacaan Wajib Seorang Melayu



Buku ini menceritakan keadaan masyarakat Melayu yang berada di Malaysia. Pada permulaan buku ini, penulis(Tun Dr Mahathir Mohammed) menerangkan mengapa orang Melayu malas untuk berfikir. Antaranya adalah disebabkan faktor keturunan.

Orang Melayu lebih cenderung untuk berkahwin dengan mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan misalnya berkahwin di antara sepupu sepapat. Mereka beranggapan bahawa perkahwinan ini mampu menyelamatkan harta-harta mereka daripada jatuh di tangan orang luar, yang bukan dari keluarga mereka.

Orang Melayu juga pada ketika itu juga cenderung untuk berkahwin di awal usia(belasan tahun). Impaknya mereka masih merasakan mereka seperti kebudak-budakan, walhal pada hakikatnya mereka sudah pun berumah tangga. Ada di antara mereka bertumpang rezeki dan perlindungan di rumah orang tua mereka disebabkan masih lagi tidak mampu menyara kehidupan keluarga mereka.