Persepsi merupakan senjata yang
cukup tajam untuk membina pandangan buruk atau baik bagi sesebuah politik. Di
Mesir suatu ketika dahulu, kegagagalan Dr Mursi mengurus persepsi rakyat Mesir
telah menyebabkan kerajaan yang sah diterajuinya dirampas secara kudeta hasil
tekanan daripada rakyat yang tidak memihak beliau.
Dr Mursi dari sudut pandangan
mereka, hanya seorang pemimpin Pro Islamist dan bukan pemimpin rakyat jelata
Mesir memandangkan beliau secara lantang menunjukkan ciri-ciri
kepimpinan Islamik beliau tanpa terlebih dahulu melihat permasalahan asas
rakyat seperti isu ekonomi dan sosio budaya.
Ia berbeza pendekatan yang dibawa
oleh Mr. Erdogan apabila usai AKP mendapat mandat untuk menerajui Turki beliau
banyak memfokuskan permasalah asas rakyat dan tidak menunjukkan konfrontasi
yang begitu ketara terhadap idea bapa pembangunan Turki iaitu Kamal At-Tartuk.
Bagi Erdogan apa-apa dasar yang baik dan berguna semasa pemerintahan At-Tartuk
akan diteruskan oleh beliau. Maka hingga hari ini AKP terus mendapat
kepercayaan rakyat untuk memerintah.
Jelas perbezaan cara kepimpinan
dua tokoh Pro Islamist ini yang mencetuskan persepsi rakyat sama ada
mendatangkan kebaikan atau kemudharatan kepada kepimpinan negara. Persepsi mampu
membunuh parti dan juga mampu menjulang parti.
Apabila melihat situasi di
Malaysia ia juga hampir sama sekiranya gagal atau berjaya diuruskan. Beberapa hari
yang lepas saya menerima WhatsApp dari sahabat seperjuangan PAS yang amat saya
kasihi dan kagumi. Banyak ilmu politik dan kepimpinan yang saya pelajari
daripada beliau. Moga Allah memberkati dan meredhoi kehidupan beliau dan
keluraga.
Namun ia tidak menjadikan saya
untuk tidak berbeza mengenai beberapa perkara dengan beliau terutamanya
mengenai PAS. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan saya di Facebook mengenai
“PAS suka Najib” dan menganggapnya adalah mainan persepsi oleh media untuk
mempertahankan hujah saya.
Apa yang mendorong saya katakan
seperti itu kerana beberapa tindakan PAS mutakhir ini seperti isu Hudud(Akta
355) yang hanya dimanipulasi oleh UMNO, isu tidak masuk akal RM 2.6 billion
masuk ke akaun peribadi Najib, isu Unity Government (UG) di Selangor, Multaqa
Al-Azhar, isu penasihat BN, isu kerjasama dengan BN dalam hal ehwal Islam, isu
cluster TG Haron Din, isu ponteng parlimen di dalam perkara-perkara besar oleh
TGHH dan lain-lain lagi.
Hujah yang saya kemukan tersebut
adalah perkara yang benar dan telah berlaku dan diakui oleh bekas pimpinan PAS
lalu membentuk persepsi bukan sahaja saya malahan ribuan orang awam lain yang
menganggap bahawa “PAS mesra UMNO”, cuma bahasa saya “PAS suka Najib”.
Ada persepsi yang mampu membawa
kepada kebaikan dan ada persepsi yang mampu membawa kepada keburukan, ini
perkara biasa di dalam gelanggang politik. Kalau tidak mahu persepsi ini
diundang kepada keburukan, soal saya kepada PAS mengapa menimbulkan persepsi
tersebut melalui tindakan pimpinan PAS? Mengapa PAS tidak mahu menimbulkan
persepsi yang membawa kepada kebaikan parti seperti bersama-sama dengan Pakatan
Harapan, bersama dengan Deklarasi Rakyat dan lain-lain? Anda lebih arif
permainan persepsi ini bukan?
Bukan semua persepsi yang terbina
datang dari golongan yang tidak berfikir atau orang kampung di pinggiran, ada
yang membina persepsi tersebut melalui kajian, pembacaan pelbagai media,
perbincangan dengan golongan cerdik lalu membentuk keyakinan terhadap persepsi
tersebut.
Mengapa persepsi “PAS mesra UMNO”
ini tidak wujud atau sekiranya wujud sekalipun berjaya diredakan semasa
kepimpinan arwah Tok Guru Nik Aziz? Kesemua yang berlaku itu selepas kematian
TGNA. Kesannya PAS berpecah kepada dua golongan lalu menubuhkan parti baharu
iaitu AMANAH.
Agak sukar untuk orang awam atau saya
sekalipun untuk bertanya secara terus kepada TGHH atau orang yang berkelayakan
untuk mengetahui apa yang sebenarnya pimpinan PAS ingin lakukan. Lagipun ini
bukan zaman era 80-an, yang capaian media elektronok sewaktu ketika dahulu adalah
terhad, sekarang sudah ada FB, WhatsApp dan lain-lain.
Mungkin benar itu bukan tujuan mereka hingga dilabel
“PAS mesra UMNO” namun manusia tidak akan dapat mengetahui apa yang ada di
dalam isi hati pimpinan PAS. Orang awam akan berfikir secara mudah lalu
menimbulkan satu persoalan besar, “Mengapa PAS boleh mencetuskan idea untuk menasihati
UMNO dalam keadaan UMNO sangat nazak dengan isu-isu yang cukup besar seperti
skandal RM2.6 billion dan 1MDB?”
Adakah PAS sebelum ini tidak
pernah menasihati UMNO? Kalau nak menasihati UMNO sekalipun biarlah di dalam
keadaan mereka lemah dan tidak menjadi parti pemerintah. Itu barulah
bersesuaian. Adakah PAS ingin memberi tongkat kepada UMNO dalam keadaan dua
tongkat utama mereka iaitu MCA dan MIC sudah patah? Inilah persepsi dan menjadi
cakap-cakap ribuan orang awam! Sebagai parti pembangkang yang lama anda bijak
memahami situasi ini!
Saya mencadangkan supaya marilah
sama-sama sebagai pemimpin pembangkan kita berjiwa besar dan mengetepikan ego
atau kepentingan parti seketika untuk melihat Malaysia yang lebih sejahtera.
PAS, PKR, DAP mahupun AMANAH tidak mampu untuk bertanding secara berseorangan
dengan keampuhan BN. Hentikanlah pertikaian sesama parti pembangkang dan
marilah kita membina persepsi yang membawa kepada kebaikan, kerana rakyat
Malaysia masih menaruh harapan supaya PRU ke 14 akan ada pertandingan dwi
sistem parti, iaitu satu lawan satu.
No comments:
Post a Comment