Tuesday, 24 November 2015

Obama datang lagi ke Malaysia Pasal TPPA ke? Aduhai negaraku


Apabila difikirkan mengapa pada tahun ini sahaja sudah dua kali Presiden Obama datang ke Malaysia menimbulkan keraguan yang tidak berbelah bahagi. Kali terakhir Presiden Amerika datang ke Malaysia adalah pada tahun 1966 oleh Presiden Lyndon B Johnson iaitu kira-kira 48 tahun sudah.

Melihat kepada perkara ini mahu tidak mahu lawatan Obama ke Malaysia adalah lawatan yang penuh dengan misi dan visi ekonomi dan politik untuk keberlangsungan Amerika Syarikat. Perlu difahami bahawa sekiranya kedatangan Obama ini disebabkan TPPA, maka boleh dikatakan Malaysia sudah masuk ke dalam mulut buaya!

Ini kerana bukan semua negara Asean mendatangani TPPA, hanya Vietnam, Brunei, Singapura dan Malaysia sahaja yang terlibat di rantau Asean untuk mendatangai TPPA. Dan negara-negara ini adalah negara-negara kecil yang mudah dibaham oleh buaya.


Kedatangan kali kedua Obama menunjukkan satu petanda bahawa desakan US terhadap Malaysia mengenai status ekonomi dan politik US. Mungkin sebelum ini Malaysia dilihat lebih berhati-hati dalam isu TPPA lantas menyebabkan Obama hadir untuk memberi penegasan dan jaminan.

Tetapi mengapa Malaysia? Satu persoalan yang cukup baik untuk diutarakan. Malaysia mungkin dilihat strategik dari segi geografinya dan ini mengukuhkan kekuataan ekonomi dan politik sesebuah negara jika dapat menjinakkan Malaysia.

Menyedari China kuasa terbesar ekonomi dunia dan Malaysia, maka US tidak akan duduk diam membenarkan keadaan ini terus berlaku. Mungkin dengan sedikit perolehan ekonomi melalui TPPA dapat mengukuhkan kedudukan US di rantau Asean ini. Namun US tidak akan hanya ingin mengaut sedikit keuntungan sahaja melalui ekonomi setelah melepaskannnya kepada China, tetapi US juga ingin menjadikan Malaysia pengkalan keselamatan mereka. Kita tengok selepas ini apa permainan US pula di dalam hal keselamatan di dalam Malaysia.

Mungkin Malaysia diasak pada ketika ini oleh kuasa-kuasa besar, namun kuasa-kuasa Islam juga mahu menjadikan Malaysia sebagai pengkalan mereka. Sekiranya kita melihat gerakan-gerakan Islam di Malaysia mengadakan pertemuan hanya terdapat dua negara sahaja yang masih terbuka untuk menerima gerakan Islam di serata dunia iaitu Turki dan Malaysia! Cukup menarik bukan kedudukan geografi, ekonomi dan politik di Malaysia?

Lawatan Kali Kedua Obama Bermotifkan TPPA

Amerika Syarikat merupakan pelobi tegar dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Apa sahaja dari US akan menguntungkan mereka dan merugikan kita. Apa yang dikehendaki dalam sistem ini adalah supaya mereka dapat mengakses kepada sistem perolehan kerajaaan.  Apa sahaja projek dan tender daripada pihak kerajaan Malaysia mestilah terbuka kepada mereka.

Bukan sahaja terbuka kepada mereka, malah sekiranya kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan yang tidak memihak kepada mereka, mereka boleh menggunakan satu badan kehakiman khas iaitu Mahkamah Tribunal Antarabangsa yang boleh memutuskan dan mengadili sama ada pihak kerajaan  telah menepati atau tidak TPPA yang dimeterai dengan mereka, di mana hukuman dan denda pampasan yang bernilai ratusan juta USD boleh dikenakan sekiranya mereka mendapati kita melanggar syarat TPPA

Kalau syarikat mereka masuk sesuatu tender, dan mungkin kita tolak tender tersebut atas sebab kepentingan negara atau bumiputera, mereka boleh mendakwa ini tidak menepati TPPA dan mengambil keputusan untuk mendapat pampasan pada amaun yang amat tinggi.

Semua pelabur asing boleh menyaman kerajaaan di Mahkamah Tribunal Antarabangsa untuk gantirugi kerajaan jika kerajaan mengambil keputusan menggazetkan undang-undang yang dilihat mengancam keuntungan mereka. Pelabur asing juga bebas untuk menerima imuniti daripada semua bentuk Perundangan Persekutuan dan Negeri.

Ini termasuklah tindakan-tindakan kerajaan untuk melindungi kesihatan pengguna, tindakan yang meningkatkan kesedaran rakyat terhadap apa-apa jua tindakan melindungi alam sekitar.
Perlu diingat bahawa panel HAKIM dan petugas Mahkamah Tribunal Antarabangsa TPPA adalah perogatif pilihan pelabur asing dari kalangan peguam SEKTOR SWASTA yang pro-pelabur TPPA.

Malangnya kita antara 12 negara yang dengan sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, US, Vietnam, Jepun dan Malaysia. Sekiranya kerajaan Thailand boleh menolak perjanjian yang berupa penindasan ini, mengapa tidak Malaysia?

Maka keluarlah teori-teori lain seperti teori MH370, MH17 yang menjadi faktor penting desakan yang dilakukan ke atas Malaysia untuk memeterai TPPA. Pendek kata ia adalah permainan politik!

Antara kesan besar TPPA kepada kita semua adalah:

  1. Hampir 80% jenis ubat di klinik, farmasi dan hospital akan menjadi mahal, sehingga mencecah 100% kali ganda harga sekarang. Ini kerana Malaysia tidak lagi boleh menggunakan ubat generik(tiruan). Wajib menggunakan ubat asli(original). Rentetannya kos perubatan untuk semua pesakit meningkat dan perlu ditanggung oleh pesakit atau subsidi ditanggung kerajaan. Pada masa yang sama, bayaran polisi insurans premium juga akan meningkat. 
  1. Peruntukan hakcipta(copyright) kepada bahan-bahan rujukan akan dilanjutkan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan, yakini yang berada di sekolah, universiti, kolej, pusat penyelidikan. Ini bermakna semua bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa. Penguatkuasaan dan saman akan diperkuatkan. Ini akan menghadkan kemudahan ilmu kepada pengguna yang kurang kemampuan. 
  1. Jika berlakunya tender terbuka, bayangkan apa yang berlaku kepada kotraktor tempatan seperti Vendor Petronas atau MMHE, ini tidak termasuk kontraktor kecil, kerana data emprikal menunjukkan kesemua vendor akan dimenangi oleh US. 
  1. Apa yang berlaku pada BERNAS sekiranya pihak US mampu menyediakan harga beras yang sangat rendah iaitu sekitar RM 1.40/kg. 
  1. Cukai eksport di dalam negara dikenakan pada hasil produk. Dengan penurunan cukai eksport, negara-negara di dalam TPPA akan menikmati barang yang sangat murah di dalam negara.
Contoh saman yang telah berlaku dan dimenangi oleh pelabur asing akibat perjanjian adalah:

  1. Kerajaan Kanada telah mengharamkan penggunaan MMT di dalam semua jenis minyak untuk kenderaan kerana bahan yang keluar dari eksos ini akan beredar di dalam udara ini ditakuti memberi kesan kepada sistem saraf manusia. Syarikat Multinasional Amerika ETHYL CORP, selaku pengeluar eklusif MMT, telah menyaman kerajaan Kanada sebanyak C$350 juta untuk bakal kerugian. Syarikat ini telah menggunakan KLAUSA 1110 dalam perjanjian NAFTA di dalam Tribunal. Akibatnya kerajaan Kanada telah kalah dan membayar out-of-court sebanyak C$19.5 juta kepada Ethyl Corp dan kerajaan Kanada wajib mengisytiharkan bahawa MMT selamat untuk alam sekitar dan selamat untuk semua. 
  1. Kerajaan Ecuador telah disaman sebanyak $US 2.4 billion oleh Occidential Petroluem (oxy syarikat Amerika) kerana telah membatalkan perjanjian pengeluaran minyak di Amazon Ecuador. Dalam kes ini, Oxy telah jelas memungkiri janji dengan kerajaan Ecuador kerana telah menjual sebahagian besar sahamnya kepada syarikat Kanada secara diam-diam. Kemungkiran  ini menjadi jelas setelah diaudit pada tahun 2004, lalu kerajaan Ecuador mengambil tindakan untuk membubarkan perjanjian kerana menjejaskan hasil mahsul kerajaan.Namun Oxy telah menggunakan perjanjian dua hala BIT dan membawa hal ini ke Mahkamah Tribunal Antarabangsa yang jelas pro-kepentingan pelabur.

KESIMPULAN

Baka kata orang timur, Malaysia sudah “lembik tekak” dengan US terhadap isu TPPA ini. Ia ditambah lagi dengan kehadiran Obama pada kemuncak Asean di Kuala Lumpur menunjukkan kelemahan yang ketara bagi kerajaan Malaysia. Obama bukan sahaja mahu berunding dengan Malaysia, tetapi mungkin ingin menjadikan Asean sebagai rakan kongsi TPPA.

Persetujuan telah pun dibuat, namun generasi mendatang harus menghadapinya juga. Perjanjian ini bagaikan menjual Malaysia kepada negara lain untuk digunakan dengan sewenang-wenangnya. Jadilah pedulisme terhadap negaramu wahai pemuda-pemudi negara!




No comments:

Post a Comment