Orang melayu mempunyai beberapa strata(lapisan masyarakat) yang menjadi
prinsip hidup atau idealism yang mereka yakini untuk hidup di dalam kamuniti
masyarakat Malaysia.
Ada sesetengah Melayu mereka memilih jalan konservatif untuk hidup. Apa-apa
sahaja yang berkaitan dengan Melayu seperti bahasa, budaya, politik semuanya
ingin dijadikan tempat yang paling tertinggi di dalam negara.
Golongan konservatif Melayu tiada kompromi(tolak ansur) dengan
bangsa-bangsa lain kerana bagi mereka Malaysia milik orang Melayu. Golongan ini
gemar mengenakan songkok hitam daripada kopiah putih di dalam semua majlis
keraian hingga sembahyang jemaah di masjid juga mengenakan songkok hitam yang
tidak dibasuh najis berkurun lamanya!
Golongan ini juga berjuang agar budaya Melayu dijadikan kedudukan yang
tertinggi sehingga orang China yang ingin memasuki Islam diMelayukan juga
seperti memakai kain pelekat di rumah atau di masjid.
Dari segi penggunaan bahasa pula mereka tidak mengendahkan penggunaan bahasa
kedua seperti Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan fasih. Mungkin kesan annals
pada zaman dahulu yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca
menyebabkan sifat keakuan terus wujud di dalam susuk tubuh orang Melayu.
Dari segi praktis politik, golongan konservatif Melayu memilih politik
perkauman dan tidak membuka keahlian kepada kaum lain. Maka perjuangan mereka
hanya kesejahteraan untuk orang Melayu sahaja.
Namun bagi sesetengah orang Melayu yang lain, mereka lebih suka memihak
kepada golongan progresif Melayu untuk hidup. Golongan ini masih lagi
mengekalkan ciri-ciri kemelayuan mereka tetapi lebih terbuka untuk berkongsi
kuasa dengan kaum lain, mengenakan budaya Melayu sesuai pada keadaan dan
bertolak ansur dengan budaya kaum lain, tidak menafikan penggunaan bahasa
selain Bahasa Melayu dan lain-lain.
Ada juga golongan Melayu yang idealist. Mereka ini tidak mempunyai
pengikut yang ramai tetapi mereka mempunyai posisi yang baik di dalam kerjaya
di syarikat-syarikat besar. Adakalanya mereka ini inferior menjadi seorang
Melayu kerana bagi mereka tidak penting untuk mengekalkan sifat kemelayuan
disebabkan mereka adalah golongan minoriti di dalam sesebuah negara dan
mempunyai kenalan yang ramai dari kalangan bukan Melayu. Ringkasnya identiti Melayu
mereka longgar dan alergik untuk mengenakan songkok hitam dan baju serta
berbahasa Melayu!
Secara peribadi saya beranggapan majoriti orang Melayu dari pelbagai
kategori mempunyai asas ketakutan yang sama terhadap bangsa lain terutamanya
dari orang China. Sejarah membuktikan bahawa kehadiran bangsa lain di dalam
negara yang mempunyai masayarakat pribumi(penduduk asal) akan menyebabkan
golongan penduduk asal tertindas. Inilah logik asas ketakutan orang Melayu!
Lihatlah apa yang terjadi masyarakat Red Indian di Amerika, penduduk asal
Palestine, masyarakat asal di Australia, Vietnam dan lain-lain lagi. Kesemua
penduduk asal negara tersebut ditindas dan akhirnya golongan pendatang menjadi
kerajaan kepada golongan pribumi.
Orang Melayu mempunyai tiga sentimen yang cukup sensitif iaitu Bangsa,
Negara dan Agama. Tambahan pula di Malaysia, mengikut perlembagaan seseorang
itu dikatakan Melayu sekiranya boleh berbahasa Melayu, mengamalkan budaya
Melayu dan beragama Islam.
Sebab itu kalau disentuh soal agama seperti isu kalimah Allah, kalikatur
Nabi Muhammad dan lain-lain yang berkaitan dengan Islam, orang Melayu cepat
beremosi walaupun para pemprotes tersebut mengenakan hijab pun tidak sempurna dan
solat pun tunggang langgang tetapi apabila ada cubaan untuk mengina Islam
mereka akan cepat naik sheikh. Ini disebabkan menggugat Islam sama
seperti menggugat kedudukan orang Melayu.
Ini adalah teori asas ketakutan orang Melayu yang saya juga boleh menerima
logik ini walaupun ia perlu dibahas secara ilmiah,namun sifat superficial
Melayu sukar untuk dielak dan mengurangkan asas ketakutan ini.
Mungkin ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi asas
ketakutan orang Melayu. Antaranya adalah menukar pemimpin yang suka
mengapi-apikan sentimen perkauman demi meraih habuan politik dan jawatan mereka
sahaja.
Keduanya kaum bukan Melayu juga haruslah menerima hakikat bahawa faktor
penentu untuk mengubah “Malay Minded” juga perlu datang dari golongan Melayu.
Agak sukar bagi golongan bukan Melayu untuk mengubah orang Melayu kerana
sejarah dan persepsi hitam yang telah terbina begitu lamanya antara kita kesan
dari penjajahan kolonial dan politik perkauman.
Hak-hak bumiputra yang telah termaktub di dalam perlembagaan seharusnya
tidak perlu lagi dipertikaikan kerana ia melibatkan hak-hak sensitif bumiputra.
Ini sudah diamalkan dalam praktis politik DAP, hinggakan penolakan hudud oleh
DAP adalah kerana hudud tidak ada di dalam perlembagaan. Selain daripada itu seperti
penggunaan akta-akta yang zalim haruslah kita bersolidariti untuk
menentangnya.
Dalam praktis politik mungkin setiap parti boleh berusaha untuk mencari
ahli dari pelbagai bangsa untuk dijadikan ahli jawatan kuasa parti supaya tidak
menampakkan parti kita bersifat perkauman. Mungkin ciri-ciri ideal ini sudah terpakai
di dalam praktis politk PKR. Namun bagi AMANAH dan DAP boleh berusaha lagi
untuk memiliki ciri-ciri ideal ini.
No comments:
Post a Comment