Sebagai seorang ahli politik yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua
Menteri Pulau Pinang sama ada secara sedar atau tidak, Prof.Dr.Ramasamy perlu
bijak membaca kesan daripada kenyataan yang cukup sensitif yang dikeluarkannya tambahan
pula DAP adalah sebuah parti yang memupuk asas demokrasi!
Namun sensitiviti ini secara hemahnya perlu dikawal agar ia tidak merebak
ke peringkat yang lebih teruk dan mencetuskan ketegangan antara agama, bangsa
dan politik.
Secara prinsipnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof.Dr.Ramasamy adalah
kurang tepat dan tidak kena pada keadaan sekarang. Namun apabila sudah berlaku
kejadian ini, apakah persoalan-persoalan asas yang perlu ditimbulkan di dalam
memahami sensitiviti ini?
Untuk mengelakkan ketegangan politik, kita perlu mengetahui adakah
kenyataan Prof.Dr.Ramasamy bersifat peribadi atau mewakili parti DAP? Sekiranya
sukar memahami persoalan ini, sudah pasti seteru politk DAP akan menggunakan
hujah ini menggambarkan bahawa DAP adalah anti Islam.
Seterusnya reaksi Prof.Dr.Ramasamy adalah amalan biasa bagi penganut agama
minoriti di dalam sesebuah negara. Ini ekoran daripada kebimbangan beliau
terhadap masa depan agama Hindu yang dianutinya.
Kebimbangan tersebut mungkin berpunca daripada pengaruh penganut agama Hindu
akan berkurangan atau tidak selesa apabila agama beliau dikritik dan
dibandingkan dengan agama Islam secara tidak tepat. Ini merupakan perasaan
biasa bagi penganut agama minoriti dan kita mungkin tidak bersetuju dengan Prof.Dr.Ramasamy
disebabkan oleh overreact beliau terhadap Dr. Zakir Naik.
Namun sebagai muslim jangan pula kita alpa bahawa bagaimanakah pula
perasaan kita apabila menjadi muslim minoriti di dalam sesebuah negara yang
menganjurkan dialog antara agama seperti ini.
Sebagai contoh, jika kita berada di Amerika Syarikat dan diadakan dialog
antara agama dan pihak Kristian menjemput Pop France datang untuk berceramah
lalu mengemukakan hujah-hujah beliau yang tidak disenangi kita sebagai Muslim,
adakah kita gembira atau menjadi berang?
Tentu sekali kita tidak selesa bukan dengan hujah Pop France dan mungkin menggelar
beliau adalah seorang pendusta! Oleh itu reaktif terhadap sensitiviti agama
adalah perkara biasa, dan yang salahnya adalah tindak balas yang
keterlaluan(overreact).
Kegagalan untuk memahami isu ini menyebabakan DAP secara persepsinya adalah
parti yang memusuhi Islam. Namun adakah sebelum ini Prof.Dr.Ramasamy secara
konsisten menentang Islam secara ideolog melalui DAP? Secara imparikalnya pula,
adakah Islam tergugat di Pulau Pinang hingga muslim di Pulau Pinang tidak boleh
melakukan amal-amal Islami?
Persoalan tersebut saya tujukan kembali kepada rakyat Malaysia dan saya
menyarankan agar DAP membincangkan secara berhemah sesama mereka bagaimanakah
untuk mengurangkan persepsi yang menggambarkan DAP adalah anti Islam agar
Pakatan Harapan juga tidak terpalit dalam persepsi ini terutamanya AMANAH.
Bagi saya sesiapa sahaja meletakkan kepercayaan yang diyakini benar, pasti
dia tidak ada perasaan takut dan terancam. Jika hari ini rakan-rakan dari kalangan
agama Hindu menghalang tokoh-tokoh Muslim untuk menyampaikan syarahan agama,
besar kemungkinan juga orang Muslim akan melakukan perkara yang sama kepada
tokoh-tokoh Hindu.
Kita perlu sedar bahawa pembatalan program Dr. Zakir Naik adalah berpunca
daripada arahan IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar(KBAB) yang merupakan seorang
Melayu Islam. Secara pasti atau tidak, kemungkinan ia merupakan salah satu
helah politik daripada Putrajaya.
Umpan agama digunakan oleh Putrajaya untuk memastikan parti pemerintah
menjadi hero mendengar dan memperjuangkan hak-hak golongan minoriti demi meraih
sokongan non Muslim pada PRU yang akan datang.
Secara kebetulan atau tidak, HINDRAF merupakan sebahagian daripada parti
pemerintah yang lantang mendesak supaya program Dr. Zakir Naik dibatalkan.
Tambahan pula Putrajaya cukup terdesak mencari modal untuk mengalihkan isu
skadal 1MDB lantas mengambil peluang ini untuk berehat sekejap melihat perlagaan
ayam-ayam jantan yang memakan dedak atas nama agama!
No comments:
Post a Comment