Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih
lagi membenarkan saya hidup pada hari ini yang merupakan genap ulang tahun
kelahiran saya ke-27.
Mungkin penulisan kali ini tidak membawa pembaca untuk memikirkan soal
idea-idea yang besar tetapi ia hanyalah berkisar tentang peribadi saya yang
telah menjangkau usia 27 tahun. Apa yang menariknya dalam usia ini adalah
cabaran yang telah dilalui oleh saya sebagai hamba Allah s.w.t, apatah lagi ia
datang bertubi-tubi selepas saya menjejaki alam perkahwinan
Kebanyakan orang seusia begini sudah pasti menumpukan kepada pengumpulan
aset, kerjaya, kebahagiaan keluarga dan sebagainya, namun ia sedikit berlainan
bagi saya apabila pada ketika ini saya sedang bergelumang dengan masalah
kesihatan yang pelbagai dan bertubi-tubi!

