"Bukankah engkau Muhammad s.a.w selalu menghubungkan sillaturrahmi? Bukankah engkau juga suka memberi makan kepada golongan miskin".
"Bukankah engkau Muhammad s.a.w suka menolong golongan yang lemah? Malah engkau juga suka memberi kebajikan kepada mereka yang memerlukan." Mengapa Allah s.w.t hendak melakukan perkara-perkara yang buruk kepada kamu." Ujar Siti Khadijah Binti Khuwailid.
Itulah dialog daripada seorang isteri kepada suami yang tercinta ketika mana Nabi Muhammad s.a.w dalam ketakutan didatangi oleh makhluk yang tidak pernah ditanggapi oleh pancaindera manusia biasa, Jibrail a.s.
Tiada siapa yang baginda harapkan melainkan dorongan daripada pendamping yang bernama isteri supaya memberikan kata-kata positif agar jiwa yang gundah gulana menjadi tenang semula.
Belajar daripada pengalaman itu sememangnya suatu perkara yang hebat, lebih hebat daripada membaca ribuan buku. Tidak kisah sama ada pengalaman itu manis sehingga menjilat jari ataupun pahit sehingga termuntah dibuatnya. Pastinya di situ terselit beberapa hikmah yang perlu dinilai dari sisi yang positif.
Setelah usai menyambut tetamu di perkampungan, keesokan harinya saya pun bergegas untuk pulang ke kampus UKM bagi menuntut ilmu di semester yang akhir.
Darah muda dilayani dengan mencari kegembiraan dan pengalaman menunggang motorsikal, memang seronok sekali dapat menaiki motorsikal dengan anggaran 7 jam perjalanan.
Bukan semberono sahaja saya memilih motosikal sebagai pilihan utama di hati berbanding dengan menaiki perkhidmatan awam seperti bas atau keretapi, walaupun sudah ramai kenalan menasihati supaya menggunakan perkhidmatan awam berbanding motorsikal.
Kalau diikutkan, saya harus akur dengan nasihat kenalan saya itu, cuma saya memilih menggunakan motorsikal kerana saya berkehendakan kuasa memimpin.
Yakni kebebasan untuk memandu diri sendiri dengan menggunakan motorsikal. Tidak tahan saya dibuatnya kerana kebanyakan perkhidmatan awam yang berada di Malaysia langsung tidak menekankan soal solat fardhu waima telah diberi rukshah untuk melakukan solat fardhu sekiranya kita bermusafir.
Lebih kurang 4km sebelum sampai ke R&R ke Sungai Perak, tiba-tiba motosikal yang saya gunakan untuk pulang semakin perlahan walaupun masih banyak lagi minyak motor. "Habislah", saya bermonolog.
Motor yang saya tunggangi itu akhirnya berhenti di pertengahan jalan, dan saya sudah menjangkakan pasti ada yang tidak kena pada motor tersebut. Tanggapan awal saya hanya mengatakan enjin motor panas dan saya akan menunggu 10 minit untuk menyejukkan enjin.
10 minit sudah berlalu namun motor saya masih belum dapat dihidupkan enjinnya. Dengan siapa pula saya hendak meminta pertolongan di tengah-tengah lebuh raya ini.
Tentu bagi siapa yang pernah sangkut di tengah-tengah lebuh raya pada perjalanan yang jauh akan berbaur perasaan malu, takut dan sedih. Saya pun mengambil keputusan untuk menolak sahaja motor tersebut ke R&R Sunagi Perak.
Bagi anak muda macam saya, tiada menjadi masalah besar menolak motor sejauh 4 km. Kenapa motor? Saya mula menoleh ke belakang.
"Oh, tiada apa-apa Pakcik, mungkin enjin motor ini panas". Saya menjawab soalan tersebut daripada seseorang Pakcik yang langsung tidak dikenali.
Ada apa-apa Pakcik boleh tolong?
Saya mula tersenyum kerana sifat saya ini malu untuk menerima bantuan orang ditambah lagi dengan perasaan takut-takut Pakcik ini mempunyai kepentingan yang tersendiri.
Dengan sifat saya yang mudah untuk mempercayai orang, akhirnya saya membuat keputusan tanpa memilih kehidupan yang tiada kekuasaan bagi hambaNya untuk menolak kisah hidup yang telah Allah takdirkan kepada kita.
Benar, kita perlu redho kepada ketentuan Allah kepada perkara yang kita tidak merancang pada awalnya, kerana di situ Allah telah tentukan pengalaman untuk kita pelajari terhadap sesuatu yang berlaku tanpa perancangan. Inilah tarbiah secara langsung daripada Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang beriman.
Saya menerima pertolongan Pakcik tersebut untuk menunda motosikal saya terus menuju ke R&R Sungai Perak, dengan saya menawarkan diri untuk menolak motor saya menggunakan motor Pakcik tersebut.
Sesudah sampai sahaja di R&R, saya pun memberitahu Pakcik tersebut supaya meninggalkan saya di sini untuk memberikan harapan kepada saya bahawa motosikal tersebut akan hidup semula bila enjinnya sejuk.
"Pakcik tingalkan nombor telefon, nanti telefonlah Pakcik kalau enjin motor ni tak dapat dihidupkan lagi, Pakcik tinggal, di Ipoh. Nama pakcik Azani."
"Terima kasih banyak-banyak Pakcik Azani" Saya membalas ringkas, tidak mahu memperbanyakkan kata-kata kerana tidak mahu menyusahkan lagi Pakcik tersebut.
4 jam masa berlalu dan andaian saya terus meleset jauh, bila motosikal saya tidak dapat dihidupkan lagi. Maka dengan hati yang tenang dan redho pada perkara yang berlaku, saya hanya mengharapkan sahaja pertolongan Allah.
Usaha tetap perlu dilakukan sebagai ikhtiar, itu sunnatullah yang perlu kita akui. Gandingkan usaha dan ikhtiar secara bersama, namun apabila usaha itu telah tiada jalannya, pasrahkan segalanya hanya berdoa kepada Allah s.w.t semata-mata.
Menelefon plus, meminta mekanik datang ke R&R itulah usaha yang saya lakukan. Mundar mandir saya mencari jalan penyelesaian di R&R.
"Jat, hang buat apa" Halim seorang rakan kampung menyapa saya di R&R
"Motor aku rosak la. Hang buat apa kat sini, datang dengan motor ke"? Saya terus mengajukan soalan dengan harapan meminta bantuan daripada kawan saya itu.
"Aku nak balik ke Politeknik Ungku Omar. Aku naik kereta ayah aku. Motor rosak, tak apa, aku cuba telefon kawan aku yang on the way balik ke sini".
Dipendekkan cerita, saya pun mendapat pertolongan daripada mat-mat motor kepada kawan Halim untuk menunda motor saya ke Ipoh. Sesudah sampainya saya ke Ipoh, saya menelefon Pakcik Azani untk meminta bantuan daripadanya.
Saya sekali lagi menggunakan bantuan Pakcik Azani yang baru sahaja dikenali untuk menunda motor saya ke bengkel. Mujrlah pemilik bengkel motor tersebut adalah kawan sekolah Pakcik Azani.
Saya dibawa oleh Pakcik Azani ke rumah beliau. Rumah kampung di Manjoi tempat kawasan Ustaz Keazim Elias sungguh menteteramkan jiwa kerana kawasan yang jauh daripada hiruk pikuk bandar.
Di rumah Pakcik Azani saya menghabiskan masa yang lama berborak dengan beliau. Ternyata Pakcik Azani sebenarnya seorang yang sangat suka membantu orang dalam kesusahan.
Nasihat beliau kepada saya, "begitulah hidup ini Faizal, kita memerlukan orang untuk membantu kita. Di lebuh raya siapa yang boleh kita harapkan, melainkan kita hanya berdoa kepada Allah s.w.t supaya kita selamat sahaja.
Pakcik Azani pernah dibantu oleh orang India, orang samseng dan bermacam-macam lagi. Mulanya takut untuk untuk menerima bantuan daripada mereka, cuma Pakcik beranikan diri sahaja. Ternyata mereka yang kita takutkan ini, sebenarnya mempunyai sifat kasih sayang membantu orang dalam kesusahan".
Mungkin hari ini Pakcik menolong Faizal, mana tahu pada hari yang mendatang ada orang lain pula yang menolong Pakcik.
Bersyukur sangat saya dipertemukan dengan keluarga tersebut. Yang anehnya, Pakcik tersebut terkejut bila mana saya memberitahu nama saya Mohd Faizal. Kata beliau, dia ada seorang kenalan yang mukanya hampir sama dengan saya dan sifat juga hampir sama dengan saya. Nama dia juga Faizal.
Tersenyum saya apabila mendengar perkara tersebut. Inilah hikmah Allah pertemukan sebuah keluarga baru kepada saya. Dilayani saya sebagai tetamu dengan menyediakan teh, roti telur, malahan meminta saya mandi dahulu, dan membantu saya mendapatkan tiket bas untuk ke Kulala Lumpur.
Ternyata sebuah pengalaman ini akan saya jadikan sebgai inspirasi kepada makna "Erti Hidup Pada Memberi" Akan saya ceritakan pengalaman ini kepada isteri dan anak-anak sekiranya saya sudah berkeluarga supaya mereka memahami kehidupan ini betapa pri pentingnya untuk menolong orang.
Pengalaman itu mampu membawa kita kepada memahami sesuatu perkara itu dengan baik dan matang. Kekadang kita melihat pengalaman itu dalam sudut yang membina selepas kita melalui pengalaman itu.
Pendirian saya pada pengalaman adalah, saya ingin melihat dari sisi yang positif terhadap sesuatu yang menimpa dalam keadaan pengalaman itu sedang berlaku, bukannya selepas ia berlaku.
Pastinya kalau diikutkan pengalaman dipertemukan dengan sebuah keluarga yang baik itu tetap juga pahit kalau kita tidak mahu menilai sesuatu yang berlaku itu dari kaca yang positif biarpun saya terpaksa membayar harga membaiki motorsikal yang rosak itu dengan harga RM 1000.00.
Harga yang cukup membiayai perbelanjaan hidup sebagai seorang mahasiswa selama dua bulan lebih pengajian di kampus.

No comments:
Post a Comment