Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana masih
lagi membenarkan saya hidup pada hari ini yang merupakan genap ulang tahun
kelahiran saya ke-27.
Mungkin penulisan kali ini tidak membawa pembaca untuk memikirkan soal
idea-idea yang besar tetapi ia hanyalah berkisar tentang peribadi saya yang
telah menjangkau usia 27 tahun. Apa yang menariknya dalam usia ini adalah
cabaran yang telah dilalui oleh saya sebagai hamba Allah s.w.t, apatah lagi ia
datang bertubi-tubi selepas saya menjejaki alam perkahwinan
Kebanyakan orang seusia begini sudah pasti menumpukan kepada pengumpulan
aset, kerjaya, kebahagiaan keluarga dan sebagainya, namun ia sedikit berlainan
bagi saya apabila pada ketika ini saya sedang bergelumang dengan masalah
kesihatan yang pelbagai dan bertubi-tubi!
Saya sedikit bertuah kalau diikutkan dari pengumpulan aset, kerjaya dan
keluarga kerana kesemua itu saya telah mengecapinya pada usia 25 tahun. Saya
berkahwin pada usia 23 tahun, memperoleh cahaya mata pada usia 24 tahun,
bekerja di luar negara dengan gaji yang agak lumayan pada usia 24 tahun, dan
memiliki rumah sendiri pada usia 25 tahun!
Saya sempat berseloroh dengan isteri tercinta “ujian apa yang abang tidak
kena lagi?” Apabila saya menghadapi masalah kesihatan pada usia seperti ini
semua perancangan yang telah dirancang banyak yang tergendala dan hampir “telur
di hujung tanduk!”
Kehidupan saya, isteri dan anak yang berbekalkan pendapatan bulanan RM 500
amatlah mencabar dan getir buat kami memandangkan begitu banyak komitmen hutang
yang sedia ada dan sampai sekarang kami masih PJJ(perkahwinan jarak jauh).
Dalam keadaan ini saya mengakui kami memang amat tidak terdaya!
Dalam keadaan lemah ini kami dicaci, dimaki, dan dibuli oleh mereka-mereka
yang dekat dengan kami sekeluarga. Dalam keadaan ini jugalah saya mengambil
keputusan untuk berundur seketika membawa diri untuk mencari dan membina
kekuatan semula.
Ia juga bukanlah bermaksud saya ingin memutuskan ikatan sillaturrahmi yang
sudah terbina, tetapi hanyalah bertujuan untuk merawat hati yang cukup terluka
dan parah ini. InshaAllah saya akan kembali kepada kalian setelah usai
permasalahan asas yang sedang dialami ini.
Saya secara manusiawi juga tidak dapat lari daripada merasai kekecewaan dan
kesedihan terhadap kata-kata yang dilontarkan kepada kami. Ini hakikat insan
dan saya bukan golongan sufi, para nabi, sahabat dan malaikat! Dalam keadaan
pendapatan RM 500, tiada apa yang kami boleh buat, hingga majlis-majlis penting
pun saya tidak dapat hadir. Namun bila saya tidak hadir sudah pasti impaknya
adalah “negative perception.” Biasalah, itu hukum adat.
Saya terpaksa memulakan hidup(start from below zero) kerana sebelum
ini saya gagal untuk bekerja semula di luar negara kerana kehilangan dokumen
antarabangsa Saudi Arabia disebabkan sistem di sana sentiasa berubah-ubah.(well,
you can’t expect good and efficient management from Muslim in middle east).
Saya menunggu proses VISA selama enam bulan untuk merasai gaji mencecah RM10K,
namun akhirnya tidak kesampaian
Disebabkan saya mengalami keterbatasan fizikal untuk mencari kewangan
secara makan gaji, maka saya telah membuat keputusan untuk bekerja sendiri.
Jadi azam saya pada usia 27 tahun adalah menceburi bidang perniagaan, namun
pada ketika ini juga idea yang konkrit belum saya temui lagi untuk memulakan
perniagaan walaupun longgokan idea sudah tersarat di fikiran saya.
Untuk permulaan perniagaan saya telah sedikit sebanyak mencuba perniagaan
yang tidak mengeluarkan modal yang banyak. Saya telah mengambil peperiksaan dan
sudahpun lulus untuk menjadi agen takaful, namun masih belum memilih syarikat
takaful mana yang ingin disertai, tetapi kemungkinan besar adalah PruBSN.
Memandangkan saya mempunyai international certificate (API 510
Inspector)dalam inspection, saya juga telah membuat persiapan untuk menjadi
freelance inspection iaitu pekerjaan yang berbentuk perkhidamtan kejuruteraan
terutamanya dalam industri oil&gas. Kerjanya adalah berdasarkan kepada
projek dan tempohnya bergantung kepada keadaan, ada yang mengambil masa selama
sebulan dan ada pula sehingga enam bulan. Saya juga telah meninjau prospek
kerjaya ini di Singapura dan harapnya adalah rezeki saya di sana. InshAllah.
Saya bersama isteri juga telah merancang untuk membuka perniagaan online
yang berteraskan kepada pakaian. Pagenya sudah dibuat namun produk pertamanya
masih menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Sekiranya para pembaca
berkesempatan sudilah menziarahi Page Fb Ulen Misya untuk
menambah likers yang sedia ada.
Memandangkan saya telah terlatih di dalam hal-hal kemasyarakatan dan
politik di kampus sewaktu ketika dahulu, maka menjadi impian dan harapan saya
untuk memanafaatkan ilmu tersebut di lapangan yang sebenar.
Untuk itu saya tidak menolak untuk terlibat di dalam kedua-dua platform
tersebut sebagai wadah seperti aktif di dalam NGO dan politik. Saya melihat
ramai kenalan saya yang aktif politik juga terlibat dengan NGO-NGO sebagai
alternatif untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.
Walaupun saya telah menjadi ahli rasmi parti AMANAH Bukit Katil, Melaka,
namun saya masih lagi belum terlibat secara aktif di dalam gerak kerja parti
AMANAH kawasan. Lebih cepat saya menyelesaikan masalah ekonomi keluarga lebih
cepat untuk saya terlibat secara aktif dengan AMANAH. InshaAllah.
Mungkin wadah baru ini terlalu mencabar kerana terpaksa berkonfrontasi
dengan naqib, sahabat dan keluarga yang pernah tidur sebantal, namun demi
melihat Malaysia yang lebih sejahtera saya memkasa diri untuk meredah perkara
sensitif ini. Untuk NGO pula saya masih tidak memilih mana-mana NGO untutk
sertai atau untuk mengepalai kerana saya memerlukan tempoh yang belum diketahui
ke arah perkara ini walaupun minat dan harapan itu sudah berputik.
Saya juga sedang berazam untuk keluar daripada “Malay Minded.” Saya berasa
kerugian yang besar apabila peluang yang diberikan oleh saya sewaktu belajar di
sekolah menengah bersama-sama rakan China, India, Punjab dan lain-lain
sehinggalah ke alam kampus tidak digunakan sebaik-baiknya untuk berkenalan
lebih dekat dengan mereka.
Apabila saya memasuki alam pekerjaan, kesedaran untuk mengenali rakan-rakan
Non Malay semakin tinggi, kerana kebanyakan mereka adalah jenis golongan yang
rajin, kaya, berfikiran tektikal dan teknikal, ditambah pula rakan-rakan Non
Malay mereka fasih berbahasa Inggeris, Melayu dan Ibunda.
Amat memalukan dengan orang Melayu apabila bahasa Ibunda sendiri pun masih
belum menguasainya dengan baik apatah lagi tersekat-sekat untuk berbahasa
Inggeris. (I lap you, you lap me). Inilah menyebabkan saya berazam untuk
keluar daripada “Malay Minded” dan cuba untuk mengurangkan pertuturan dalam
bahasa Melayu dan ingin menambah kenalan Non Malay sekiranya ada ruang dan
kesempatan.
Di dalam kesedihan pasti ada ketenangan dan kegembiraan. Apabila melihat
kelibat puteri sulong saya, Ulen Nuoha sedikit sebanyak menghilangkan
kesediahan yang ditanggung oleh saya ketika ini. Saya juga bersyukur sempena ulang tahun kelahiran ke-27, dikhabarkan
baru-baru ini isteri saya telah enam minggu mengandung walaupun dua bulan
sebelum itu beliau mengalami keguguran!
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga, sahabat-sahabat dan
lain-lain kerana menziarahi saya ketika sakit, mendoakan dan memberi semangat kepada
kami untuk meneruskan kehidupan. Hanya Allah sajalah yang dapat membalas jasa
kalian. Amin...
No comments:
Post a Comment