Reformis pra-moden memberi penekanan terhadap keperluan
untuk melakukan reformasi, menolak taqlid (budaya ikut-ikutan), buta terhadap
tradisi, dan menekankan bahawa kebangkitan semula sosial dan moral Islami
memerlukan aksi dan aktivisme politik.
Kebangkitan Islam semasa merupakan tindak-balas alami
terhadap krisis politik, ekonomi dan ketenteraan yang kerap berlaku.
Pada kurun kedua Islam, penerapan syariah adalah
berdasarkan karya-karya individu atau ahli perundangan atau kehakiman yang
memainkan peranan di beberapa pusat Muslim seperti di Mekah dan Madinah.
Penulis buku ini beranggapan kemungkinan terdapat
beberapa hukum syariah yang bersifat mandiri dan individualis yang dicirikan
oleh variasi tempat dan keadaan. Oleh itu pada zaman Abasiah lahirlah pengasas
mazhab untuk mengumpul karya-karya ahli perundangan syariah yang terdahulu.
Para pengasas mazhab ini menggunakan sumber-sumber dari
abad yang awal(Quran, Sunnah dan tradisi generasi kedua dan ketiga). Maka ada
segelintir ahli perundangan mencabar taqlid dan menghujahkan para sarjana dan
ahli perundangan yang seharusnya mampu untuk pergi terus kepada Al-Quran,
As-Sunnah dan tradisi generasi muslim yang terawal tanpa perlu perantraaan
mazhab-mazhab yang telah wujud.
Selain itu penulis membangkitakan persoalan kewajaran
memikirkan semula rasional dan kesan naskh(pemansuhan atau pembatalan kesan
perundangan dari ayat-ayat Al-Quran tertentu untuk diganti dengan ayat-ayat
lain).
Walaupun ijmak merupakan sebagai sumber syariah tetapi
penulis di dalam buku ini mempersoalkan tentang apa yang termasuk di dalam
ijmak. Adakah ia memerlukan persetujuan sebulat suara atau bolehkah ia dibentuk
walaupun sedikit wujud perselisihan atau penentangan minoriti. Adakah ijmak itu
dikhususkan kepada ahli mazhab-mazhab tertentu sahaja? Apakah pula konsensus
yang telah disepakati? Kesemua persoalan inilah yang menyebabkan ijmak terus menimbulkan
kontroversi dalam penentuan syariah.
Qias juga merupakan salah satu teknik ijtihad,
memandangkan qias digunakan setelah tidak ada sumber lain diapakai dan pada
dasarnya juga ia berasaskan pemikiran manusia dan bukannya wahyu ilahi. Penulis
beranggapan bahawa penerapan syariah tidak memerlukan ijmak dan qias kerana
kedua-duanya datang daripada ijtihad ahli perundangan dan menuntut semula
pembukaan pintu ijtihad.
Penulis memberikan contoh ijtihad yang telah dilakukan
oleh Saidina Umar yang pernah berijtihad dalam perkara-perkara yang telah jelas
ketentuannya menerusi teks-teks Al-Quran.
Sebagai contoh , ayat [9:60] dari Quran secara jelas dan
pasti menetapkan mereka yang baru memeluk Islam dan hati serta kesetiaan mereka
perlu dimenangi, sebagai salah satu kelompok yang berhak menerima zakat.
Rasulullah menunaikan hak kelompok ini sepanjang hayat baginda.
Bagaimanapun Umar enggan mengagihkan wang zakat kepada
golongan muallaf atas alasan amalan dahulu diadakan sewaktu muslim berada dalam
keadaan lemah dan memerlukan sokongan golongan berkenaan, dan memandangkan
keperluan berkenaan telah tiada [kerana Muslim semakin kuat dan tidak lagi
memerlukan sokongan kelompok muallaf], zakat tidak diperlukan lagi diberikan
kepada mereka.
Contoh lain pula Saidina Umar enggan mengagihkan tanah
yang diperolehi sewaktu penaklukan ke atas Iraq dan Syiria sebagai ghanimah
yang berhak dikongsi oleh para tentera Islam menurut ketetapan yang telah
terkandung dalam [ayat 59;6-10]. Rasulullah juga sepanjang hayat baginda telah
mengagihkan harta rampasan kepada tentera Islam, tetapi Umar memberi alasan
bahawa mengagihkan tanah rampasan akan menyebabkan negara akan kekurangan
sumber negara yang penting untuk mengekalkan tentera bagi melindungi
wilayahnya.
Pada pandangan penulis contoh-contoh dari tindakan Umar
tidak boleh diketepikan sebagai kes yang terpencil yang boleh dibatalkan oleh
formulasi usul fekah dan berpendapat Muslim kontemporari berupaya merumuskan
semula usul fekah dan berijtihad dalam perkara-perkara yang telah jelas
disebutkan di dalam Al-Quran!
Seterusnya bagi pandangan penulis sesebuah negara Islam
haruslah meletakkan mahkamah syariah sebagai pemilik autoriti perundangan
tertinggi yang bebas dari kawalan politik, namun konsep ini bukanlah seperti
konsep sekular yang memisahkan agama dan pentadbiran. Ia adalah membebaskan
autoriti agama dari sebarang pengaruh autoriti ketua negara dalam menentukan syariah.
Penulis mengemukakan pandangan ibnu Taimiyah dalam
permasalahan konsep negara bangsa. Secara realistiknya beliau percaya
dibolehkan lebih dari seorang imam(ketua negara) yang memerintah dalam masa
yang sama. Beliau juga berpandangan untuk menjadi ketua negara tidak perlu
kepada syarat-syarat yang terlampau ketat, tetapi dengan adanya kerjasama
antara ulama dan umara sesiapa sahaja yang adil boleh menjadi ketua negara.
Bagaimanakah posisi non Muslim di dalam perundangan
Islam? Sebagai contoh adakah non Muslim dapat dikecualikan daripada hukuman
potong tangan sekiranya disabitkan dengan kesalahan mencuri? Sekiranya wujud
dua perundangan sivil dan syariah, maka sudah pasti wujud rakyat kelas kedua di
dalam sebuah negara. Maka menjadi persoalan yang besar siapakah yang mahu
diketogerikan sebagai rakyat kelas kedua setelah mereka adalah rakyat yang sah
di sisi perlembagaan negara!
Hudud merupakan penerapan syariah yang paling penting di
dalam agenda negara Islam. Maka boleh dikatakan, bukanlah negara Islam
sekiranya negara tersebut tidak melaksanakan hudud. Namun di dalam buku ini
penulis mempersoalkan adakah hudud dikenakan berdasarkan kepada agama pesalah
dengan mengambil contoh Rasulullah pernah melaksanakan hukuman rejam sampai
mati ke atas Yahudi Madinah!
Adakah ini bermakna penguatkuasaan undang-undang
jenayah akan bergantung kepada agama pesalah? Berikut merupakan persoalan yang
sering dibangkitkan oleh penulis mengenai posisi syariah terhadap wanita dan
non muslim.
Wanita
- Dalam isu
kehakiman atau kesaksian, syariah menetapkan saksi kes memerlukan dua
orang perempuan dan seorang lelaki.
- Poligami
hanya dibenarkan kepada seorang lelaki dan bukan perempuan. Adakah
poligami satu ketetapan syarak yang mudah untuk digunakan
sewenang-wenangnya. Lihatlah bagaimana Rasulullah melarang Saidina Ali
untuk memadukan Siti Fatimah ketika baginda masih hidup.
- Apakah
penetapan syarak secara tegas terhadap kedudukan wanita di jawatan-jawatan
penting di dalam negara seperti kehakiman, menteri, penggubal polisi
kerajaan dan lain-lain lagi.
- Diyat
untuk pembunuhan terhadap seorang wanita ditetapkan oleh ulama separuh
dari jumlah yang dikenakan terhadap pembunuhan ke atas seorang lelaki.
Non Muslim
- Apabila
seseorang kristian masuk ke dalam Islam tidak dikenakan apa-apa tindakan,
tetapi apabila seorang muslim murtad dikenakan hukuman bunuh.
- Jizyah
dikenakan terhadap non Muslim sebagai zakat adalah tidak benar, kerana
jizyah adalah sebagai ketundukan dan kerendahan non Muslim kepada
kekuasaan Islam. Pandagan lain pula adalah jizyah dikenakan kepada kafir
Dzimmi sebagai perlindungan nyawa yang diberikan oleh Muslim kerana mereka
dikecualikan daripada menyertai tentera Muslim.
- Apakah
status mereka di dalam penerapan Syariah oleh sesebuah kerajaaan sekiranya
mereka ini terdiri daripada minoriti golongan yang besar.
- Non Muslim
tidak dapat menerima rasional keagamaan Muslim(undang-undang syariah) dan
tidak akan mendapat faedah daripada undang-undang tersebut.
- Apakah
peranan kerajaan Islam kepada status Non Muslim yang cenderung kepada
keamanan.
KESIMPULAN
Membaca penulisan buku ini memberi sedikit sebanyak
gambaran tentang bagaimana persepsi masyarakat luar sama ada terdiri daripada
Muslim dan Non Muslim terhadap penerapan syariah. Hasil dari pembacaan saya
melalui buku ini wujud satu fenomena “Islamofobia” apabila syariah Islam
diterapkan secara total di dalam sesebuah negara.
Ini mengakibatkan penulis mengemukakan idea-idea yang
tampaknya begitu sekular dan liberal (bagi tanggapan pro-islamist) terhadap isu
kesamarataan penerapan syariah terutamanya bagi Non Muslim dan kaum wanita.
No comments:
Post a Comment