Untuk melalui hari-hari yang menyakitkan di bawah pentadbiran Barisan
Nasional tidak salah bagi kita memihak kepada mana-mana parti pembangkang untuk
menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU yang akan mendatang.
Namun pemilihan kita bukanlah hanya parti itu pembangkang lalu segala
pemikiran kita juga membangkang semata-mata. Kalau itu terjadi, maka
simptom-simptomnya jelas menunjukkan kita ini jenis “reactive minded.”
Parti yang mempunyai pemimpin pemikiran reaktif ini jika kita perhalusi
mereka hanya mengkritik dasar-dasar kerajaan tanpa menyediakan alternatif
kepada permasalahan tersebut. Kalau ada alternatif pun ia mungkin terlalu
superficial(cetek) untuk dibuat sebagai cadangan konkrit yang berguna.
Saya mengikuti politik sejak belasan tahun di bangku sekolah dan juga tidak
terlepas mempunyai sifat “reactive minded.” Namun itu cerita di bangku sekolah,
dan semakin usia dimamah hari proses reformasi itu berlaku di dalam pemikiran
dan berazam untuk keluar daripada sikap reactive minded ini.
Dulunya mungkin platform saya adalah PAS untuk menyalahkan dasar-dasar
kebobrokan kerajaan tanpa rasa bersalah apakah solusinya untuk menggantikan
permasalahan tersebut. Apatah lagi ketika itu saya belum mengetahui berapakah
bilangan kerusi PAS yang dipertandingkan di Malaysia yang mampu untuk membina
sesebuah kerajaan.
Begitu juga dengan negara Islam yang dibawa oleh PAS bagi menggantikan
kerajaan BN, bila ditanya rata-rata rakyat Malaysia apakah yang dimaksudkan
dengan negara Islam, mereka akan memberitahu hudud dan hudud! Takkanlah untuk
mengubah dasar-dasar kerajaan yang menindas dengan hukum hudud dan benarkah
semua masalah itu akan selesai dengan hudud sahaja?Itu cerita lewat 90 an.
Pada ketika itu juga PAS hanya bertanding di kawasan Parlimen dengan
bilangan kerusi yang tidak mampu untuk membina sebuah kerajaan. Jadi inilah
masalahnya kalau sudah minda pembangkang, maka tetap juga pembangkang. Formula
mudah bila timbul satu isu, kritik berapi-api, timbul lagi kritik berapi-api
lagi tanpa rasa bersalah untuk menjadi proaktif.
Bajet 2015 yang dibentangkan oleh BN tiada alternatif daripada PAS,
sedangkan sebelum ini mereka mengkritik dasar-dasar ekonomi BN. Dan yang
terbaru pula di dalam Pilihan Raya Negeri
Sarawak, PAS mengambil keputusan hanya bertanding 11 kerusi sahaja. Apa yang
kita mampu harapkan kepada parti yang kekal sebagai pemikiran pembangkang untuk
mengubah Malaysia. Mampukah dengan 11 kerusi daripada 82 kerusi DUN Sarawak
untuk mengubah Sarawak?
Saya banyak mengaitkan “reactive minded” kepada PAS kerana masa saya
bersama PAS berbelas tahun lamanya sebelum memilih AMANAH. Ia sebuah pengalaman
yang panjang sebelum menukar wadah yang amat baru. Namun itulah sikap PAS
hingga hari ini, masih seperti dulu!
Kemunduran ekonomi orang Melayu pun juga disalahkan China DAP tanpa
mewujudakan idea atau badan ekonomi untuk menjaga ekonomi orang Melayu. Memang
amat memeritkan semuanya ingin membangkang dan mengkritik ditambah pula tiada
idea proaktif yang diambil.
Sekiranya kita ingin melihat oposisi parti yang ampuh, asasnya parti itu mampu menyediakan alternatif kepada permasalahan yang berlaku dan berkeyakinan untuk membina sesebuah kerajaan, bukan membangkang semata-mata.
Agak sukar untuk membina sebuah kerajaan di Malaysia ini tanpa “electoral
pact” disebabkan kepelbagain kaum dan ideologi yang ada dan perkara yang perlu
dipertimbangkan adalah soal kematangan parti pembangkang mewujudkan kematangan
di dalam mengahdapi PRU yang akan datang.
Bagi mereka yang berjiwa Pro Islamist tidak salah sekiranya agenda hudud
itu tidak menjadi keutamaan pada PRU-14 kerana ada perkara yang lebih mustahak
untuk didahulukan.
Pro Islamist masih mempunyai pilihan parti Islam yang ada seperti AMANAH & PAS untuk mempraktikkan amal Islami dan Jamaie di dalam diri dan keluarga terlebih dahulu sebelum agenda hudud dapat dibumikan.
Pertama, benar bang. Reactive mind tak bawa ke mana pun, malah kerajaan jadikan itu sebagai peluang untuk mereka gunakan bagi menyerang semula parti pembangkang.
ReplyDeleteKedua, AMANAH parti Islam?
ATA, ana akui superficial tentang AMANAH sama ada parti Islam atau tidak.
DeleteNamun pada setakat ini berdasarkan ilmu yang cetek yang ana ada, ana katakan AMANAH parti Islam disebabkan
1. Ideologi parti. AMANAH menggunakan Islam sebagai wadah perjuangan, iaitu lebih inklusif, progresif, rahmatalill a'lamin dan base on maqasid syariah. Tidak juga menafikan implementation of hudud bill but it will base on condition and economic prosper.
2. Praktis individu. Ciri-ciri individu yang istiqamah dengan amal islam & akhlak islam, selain dari rukun iman dan islam. Seperti perkara2 sunat, sunnah dll. Tdk membuang masa, efficient management etc
u/p: point ni yg menjadikan ana secara peribadi menganggap AMANAH still parti Islam. Kalau anta ada pandangan
lain mohon kongsikan di sini atau buat artikel untuk kami geng amanah baca
Ana alergik pada terma "parti Islam". Dan, selepas ana pergi Young Professional Talks beberapa minggu lepas, dalam tu ada Dr. Dzul, Hanifa dan Dr. Siti Mariah, ana makin convince bahawa AMANAH jika bergerak dgn angan2 sebagai parti Islam, mereka tak akan ke mana. Islam akan jadi tidak lebih dari sekadar jenama. Dan bila jadi jenama, maka parti itu bertukar menjadi simbol. Naratif pada PAS akan berulang pada AMANAH, sedikit masa lagi (mungkin selepas 4 dekad penubuhan). Ana tak percaya agama yang mulia, boleh dijadikan ideologi oleh mana-mana perkumpulan, termasuklah AMANAH.
DeleteYe, setuju kalau agama yang mulia boleh dijadikan ideologi oleh mana-mana kumpulan kerana kesannya agama akan bias pada perkumpulan. Sukar untuk memahami falsafah ini melainkan kalau ada ribuan dan jutaan rakyat Malaysia seperti ATA yang kuat membaca. Boleh ana katakan ianya terlampau teoris dan idealis.. Tapi InshaAllah tak mustahil untuk mengubah "malay minded" menuju dimensi politik yang lebih matang tanpa sentimen agama dan bangsa.
Delete