Ibrahim
berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali
orang-orang yang sesat." (Surah Al-Hijr : 56)
Ayat di atas merupakan ayat yang
sentiasa menggalakkan umat Islam agar terus berusaha untuk mencapai cita-cita
mereka sama ada dalam usaha untuk mencari rezeki, uasaha untuk mengubati
penyakit, usaha untuk mengembangkan perniagaan, usaha untuk sentiasa bertaubat
dan lain-lain lagi.
Itu adalah teori asasnya seseorang
Islam hidup di atas muka bumi ini. Namun apabila kita berada di dalam dunia
realiti ini mahu tidak mahu kita akan dambakan hasil terhadap apa yang telah
diusahakan dan sekiranya gagal untuk meraih hasil usaha tersebut maka kita akan
mengalami kekecewaan sama ada sedikit atau banyak.
Dalam melayari realiti ini
terkadang kita akan meletakkan emosi, keperluan dan kehendak kita pada
kedudukan yang tinggi berbanding dengan teori asas dalam ayat Al-Quran di atas.
Atas nama manusia kita tidak dapat lari daripada falasi ini.
Cuba kita perhatikan sejenak di
dalam persekitaran masyarakat kita, misalnya orang yang berharta dan
berkedudukan akan di pandang tinggi oleh masyarakat berbanding dengan mereka
yang tidak ada apa-apa elemen tersebut. Kita tidak perlu menipu dalam menggapi
realiti ini bukan!
Maka di atas rumpun Melayu ini, lalu
masyarakat akan didatangkan hujah agama kepada individu yang berharta dan
berkedudukan sebagai tanda hormat seperti hidupnya sentiasa berkat, Allah telah
merahmati beliau dan bertambah perit apabila kasih sayang manusia yang
berlebihan dan seakan-akan berat sebelah terhadap dua golongan ini. Mungkin
mereka mendapat manafaat yang banyak daripada golongan yang berkedudukan dan
berharta daripada golongan miskin.
Saya bukanlah bermaksud skeptikal
terhadap golongan yang kaya ini dengan cuba membawa persepsi buruk terhadap
mereka. Ingin saya nyatakan di sini contoh yang saya bawakan seperti golongan kaya
dan miskin terdiri daripada dua golongan iaitu mereka yang rendah diri dan ego.
Bahasa mudah golongan kaya ada yang ego dan rendah diri dan golongan yang miskin
juga ada yang ego dan rendah diri.
Masyarakat mungkin ringan mulut
mengaitkan golongan yang kaya dengan rezeki yang berkat, usaha yang gigih, baik
hati dan lain-lain.Tetapi bagaimana pula dengan golongan miskin? Tambah pula
mereka ini bukanlah golongan yang tidak rajin, bukanlah pemalas, bukan tidak
pandai, tetapi mereka telah berusaha dan hasilnya tidaklah seberapa. Apatah
lagi golongan ini diuji dengan kesihatan hingga menyebabkan kesukaran bagi
mereka untuk mencari pendapatan.
Dua golongan ini sering dijadikan
perbandingan masyarakat. Sudah pasti secara teori dan praktikalnya miskin akan
kalah dan golongan kaya pula akan menang. Kasih sayang masyarakat akan lebih
kepada golongan kaya, dan ia terbawa-bawa di dalam sesebuah keluarga.
Abang yang baik dan kaya lebih
disenangi oleh si ayah berbanding adik yang baik dan miskin. Maklumlah adik
yang miskin tidak mampu sangat untuk memberi apa-apa kepada si ayah berbanding
dengan abang yang kaya.
Benar hakikatnya Islam telah
menyatakan keadilan kasih sayang tidak dituntut di dalam soal hati tetapi
keadilan dituntut apabila berkaitan dengan perkara luaran iaitu berupa
percakapan, pemberian material dan lain-lain lagi.
Ternyata bukan realitinya manusia
akan memandang keadaan luaran seseorang untuk memberikan rasa hormat mereka.
Islam telah menunjukkan bahawa golongan yang beriman atau diberkati hidupnya
bukanlah hanya terdiri daripada golongan yang kaya raya sahaja tetapi terdapat
juga golongan yang miskin. Lihatlah para sahabat nabi sendiri seperti Abdul
Rahman Bin Auf yang begitu kaya raya dan golongan miskin seperti Bilal Bin
Rabbah. Perkara sama juga terpakai kepada mereka-mereka yang kufur.
Kita mengagumi kejayaan Sultan
Muhammad Al-Fateh menawan Kota Constantinopel pada usia pemudanya. Kita
mengkaji dan membaca strategi-strategi beliau semasa menawan kota tersebut dan
menceritakan kepada generasi kita sekarang agar mengikut jejak langkah beliau.
Namun disebalik kegaguman kita
terhadap kejayaan baginda, kita tidak tahu atau tidak ambil peduli selepas
penaklukan kota tersebut, Sultan Muhammad Al-Fateh mengalami kekalahan dalam
siri-siri peperangan baginda dan adakalnya baginda cedera teruk.
Islam hanya nampak di pandangan
kita adalah perkarta-perkara yang indah sahaja seperti kejayaan dalam
peperangan, kekayaan, kedudukan dan lain-lain. Namun kalau tidak bukan perkara
yang tidak indah seperti kegagalan atau kemiskinan apa pula persepsi kita?
Persoalan pokok yang perlu kita
fahamai adakah seseorang itu miskin atau kurang cemerlang di dalam akademiknya
secara mudahnya kita akan mendakwa bahawa mereka itu pemalas? Mungkin
sesetengahnya benar dan sesetenaghnya tidak benar. Ini pertimbangan logik
seorang yang berilmu.
Begitu juga dalam hal-hal lain
sekalipun. Soal iman dan kufur adalah dua perkara yang berbeza. Dua kelompok
ini terdiri daripada yang kaya dan miskin, berkedudukan atau rakyat terhina dan
bermacam-macam lagi. Namun sesetengah orang terlampau obses bila membawakan
sesuatu kisah yang berkaitan dengan dua golongan ini.
Apabila mereka skeptikal dengan
golongan kaya, mereka akan bawakan contoh golongan miskin yang baik-baik, zuhud
dan lain-lain. Sesetengahnya pula skeptikal dengan golongan miskin lantas
membawa contoh-contoh golongan kaya yang baik-baik, dermawan dan lain-lain.
Malah bertambah buruk semuanya dikaitakan dengan sentimen islam dengan tidak
adil sekali!
Ada orang yang bersolat penuh
ditambah dengan solat sunat apabila berusaha dia gagal, malah jatuh miskin dan
sakit. Yang tidak bersolat pula dia bertambah kaya, berjaya dan sihat
wal-afiat!
Namun ada juga orang yang bersolat
penuh ditambah dengan solat sunat apabila berusaha dia bertambah kaya, berjaya
dan sihat wal-afiat. Yang tidak bersolat pula apabila berusaha dia gagal, malah
jatuh miskin dan sakit! Memang wujud realiti kehidupan dua keadaan seperti ini.
Cuba kita bayangkan sewaktu ketika
dahulu di bangku sekolah guru-guru selalu berpesan kepada kita siapa yang solat
akan dimurahkan rezeki, bertambah kaya, sihat wal-afiat dan lain-lain. Namun
apabila berada di dalam dunia yang sebenar, siapa yang paling kaya ,muslim atau
non muslim? Kita boleh lihat beratus-ratus orang yang terkaya di dalam dunia
ini adalah daripada non muslim?
Bila realitinya begini maka
didatangkan hujah agama bahawa dunia adalah syurga bagi non muslim. Apa sudah
jadi dengan masyarakat Islam kalau semua perkara menggunakan hujah agama untuk
mencandukan umatnya sendiri. Saya nasihatkan berhentilah daripada tabiat buruk
ini!
Asasnya dalam kerumitan ini
hendaklah kita sebagai manusia hanyalah berusaha dan terus berusaha. Mungkin
kita boleh tetapkan satu prinsip usaha tidak menjamin kejayaan atau kegagalan.
Tugas kita adalah berusaha dan manusia bukan Tuhan untuk menentukan hasil usaha
mereka.
Biarpun persepsi masyarakat sukar
untuk dielak mahupun diubah maka biarkanlah proses itu berlalu secara evolusi
atau revolusi. Mungkin kita cuba memupuk budaya kemanisan sepanjang usaha kita
terhadap sesuatu perkara. Dengan itu kita akan terus bekerja dan bekerja di
samping mengharapkan pergantungan usaha ini terhadap Allah biarpun
hasilnya gagal atau berjaya!
No comments:
Post a Comment