Terlebih dahulu jutaan
tahniah diucapkan kepada pelajar UPSR yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR
dan diharapkan kecemerlangan tersebut dapat diteruskan sehingga akhir hayat!
Sering kali apabila keputusan peperiksaan negara keluar,
masyarakat kita akan tertumpu kepada mereka-mereka yang berjaya dalam bidang
akademik tersebut dan pelbagai ucapan tahniah dan hadiah diterima oleh pelajar
yang berjaya. Ini fitrah manusia yang selari dengan tuntutan Islam untuk mengucapkan
perkara-perkara yang baik sesama Muslim.
Namun bagaimana pula pelajar yang kurang berjaya dalam
peperiksaan tersebut lantaran pelajar yang berjaya menerima ucapan jutaan
penghargaan? Ramai mungkin sedia maklum bahawa menjadi pelajar yang kurang
berjaya akan mengundang perasaan kecewa dan sedih!
Ditambah pula dengan sesetengah sikap kita untuk membuat perbandingan antara pelajar kurang berjaya dan pelajar berjaya seperti dia itu pemalas, orang kampung dan lain-lain lagi akan menambahkan lagi penderitaan sebagai seorang pelajar yang kurang cemerlang.

Ini realiti sistem pendidikan negara kita yang
berteraskan exam oriented. Pelajar
yang kurang berjaya dalam akademik diketepikan dan mereka hanya layak untuk menduduki
pekerja sebagai gaji minimum.
Ini secara tak langsung akademik bukan lagi menjadi
tempat untuk menimba ilmu, tetapi sistem ini telah menyebabkan persaingan bagi
menduduki jawatan yang selesa di mana-mana sektor pekerjaan.
Mungkin sebelum ini kita didoktrinkan oleh guru-guru, ibu bapa, saudara mara malah sahabat-sahabat bahawasanya kita akan memperoleh gaji yang lumayan kelak apabila kita menjadi seorang yang cemerlang di dalam akademik.
Namun realitinya dan majoritinya di dalam dunia sebenar
tidak sebegitu. Bayangkan selama berbelas tahun kita belajar dan selepas
tamatnya pembelajaran, gaji purata yang diperolehi oleh seorang graduan yang
berkelulusan ijazah adalah RM 2500. Ini adalah gaji purata seorang graduan
ijazah tanpa mengambil kira langsung seorang graduan itu dari lulusan sains
atau sastera!
Itu pun dah dah cukup baik, ada di antara graduan ijazah pula mendapat gaji bulanan RM 1500 dan lebih teruk ada yang memperolehi gaji minimum RM 900. Sebahgian mereka pula menganggur dan terus berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Kalau sudah begitu apa maksudnya kita menghabiskan waktu
berbelas tahun sekadar hanya mendapat gaji sekitar RM 2500. Sesetengah mereka
berpendapat tidak ada bezanya seorang graduan SPM dan Ijazah kerana kedua-dua
lepasan ini juga memperoleh gaji minum, RM900.
Saya merasakan satu idea atau gagsan baru perlu
diketengahkan dalam usaha untuk mengeluarkan generasi kita daripada terus
terperangkap dengan sistem akademik persaingan ini
KELUARGA
Untuk membawa perubahan, saya berpandangan institusi
keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam masalah sistem peperiksaan
ini. Buat masa sekarang agak sukar untuk menukar polisi yang sedia ada kerana
kerajaan BN masih lagi memakai sistem ini.
Namun ibu bapa mempunyai kuasa mengeluarkan anak-anak
mereka daripada sistem ini. Antaranya memberikan pendidikan moral(sokongan
kepada anak-anak). Ibu bapa boleh memberikan keyakinan bahawa peperiksaan
bukanlah pengakhiran kepada keinginan sebuah kehidupan yang selesa. Bahasa
mudah “pedulikan” keputusan
peperiksaan anak-anak.
Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak bahawa akademik
dan kerjaya adalah dua aspek yang berbeza dan saling terpisah. Akademik adalah
untuk ilmu dan kerjaya adalah soal menyara hidup.
Ini sedikit sebanyak membantu anak-anak memahami secara
konsepnya bahawa akademik adalah untuk menuntut ilmu dan bukan persaingan untuk
mendapat jawatan yang lebih baik.
Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak mereka di luar kelas. Mungkin di dalam kelas para guru telah memainkan peranannnya mengikut sistem yang sedia ada, tetapi ibu bapa harus mencorak anak-anak mereka mengikut realiti semasa.
Sekiranya anak-anak khuatir tentang masa depan mereka tentang kerjaya, ibu bapa boleh mengenal pasti minat mereka sejak dari kecil dan menumpukan 100% usaha untuk mengasah minat mereka supaya anak-anak sudah nampak arah tuju mereka semasa di waktu tempat pengajian.
Jika anak-anak mereka meminati bidang perniagaan, maka
mereka perlu diajar tentang ilmu perniagaan sehingga mereka sudah mampu untuk
mendirikan sebuah perniagaan sendiri sebelum tamat penagjian.
Ada sesetengah ibu bapa juga berusaha mencari jalan
keluar kepada permasalahan ini dengan menghantar anak-anak mereka ke
pondok-pondok, madrasah, mahad tahfiz dan sebagainya. Namun jika mereka
mengharapkan anak-anak mereka juga menjadi ustaz dan lain-lain melalui sistem
ini, ia juga dikira mendatangkan masalah yang sama.
Bukan saya bertujuan untuk menghina sistem pondok tersebut, malah ianya cukup baik sebagai salah satu cara untuk mempelajari agama, cuma pelajar-pelajar di sana perlu didedahkan berapa sangat pendapatan menjadi imam terawih/tetap di masjid-masjid, melainkan seseorang tersebut memang meminati kerjaya sebagi ustaz atau imam, ini satu perkara yang lain. Namun saya lebih cenderung kerjaya dan akademik dua perkara yang berbeza dan saling terpisah!

KERAJAAN
Masalah yang berlaku dalam sistem pendidikan di dalam negara kita adalah kerana kelompongan sistem akademik yang tidak membantu pelajar menjadi apa yang diminatinya. Sebagai contoh, seorang graduan ahli kimia pada hakikatnya ingin menjadi ahli kimia, tetapi semasa belajar mereka tidak didedahkan dengan lapangan yang sebenar.

Maka disebabkan itu, apabila usai pembelajaran mereka
tidak tahu ke mana arah yang ingin dituju, dan mula mengisi jawatan kekosongan
di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA). Akhirnya mereka menjadi penjawat awam
seperti kastam, penguatkuasa, PTD dan bukan sebagai ahli kimia!
Namun teori ini tidak terpakai kepada mereka yang belajar
di fakulti pendidikan atau perubatan kerana kebanyakan para pelajar di sini
dijamin kerjaya sebagai seorang doktor dan guru yang ada hubungkait ilmu di
dalam kelas dan lapangan. Namun ia tetap dikira satu jumlah yang minoriti!
Kerajaan seharusnya pada masa ini mencuba untuk mengkaji
satu sistem yang membantu anak-anak mengasah bakat mereka. Ada kalanya dasar
pandang ke barat perlu buat ketika ini, di mana sesetengah negara di sana
sistem pendidikannya tidak berasakan kepada peperiksaan yang besar. Jika ada
pun hanya di peringkat universiti. Apa salahnya kalau kita mencuba?
Sampai bila kita mahu terus mewujudkan persaingan ini?
Andai kata suatu hari nanti anak-anak kita mempunyai tahap kepandaian yang
hampir sama, jadi bagaimana pula pendekatan kerajaan atau majikan untuk
mengambil mereka sebagai pekerja? Apa kriteria lain yang perlu ada?
Mungkinkah selepas itu faktor yang diambil kira adalah fahaman politik, saudara mara, rasuah, dan lain-lain perkara yang tidak bermoral yang perlu dilakukan supaya mereka ini mendapat perhatian pihak kerajaan atau majikan.

Selain itu pula, kita perlu melihat satu sisi pandang
lain di mana memang wujud jurang yang besar pelajar yang kurang cemerlang dan
cemerlang di kawasan bandar dan di luar bandar. Ia termasuk sekolah yang baik
dan sekolah yang kurang baik.
Rata-rata pelajar yang cemerlang adalah disebabkan faktor
tinggal dari kawasan bandar dan berada di sekolah yang terbaik. Jadi boleh
dikatakan kecemerlangan pelajar tersebut bukan disebabkan oleh kebijakan pelajar
semata-mata tetapi dibantu oleh capaian pendidikan yang baik seperti guru,
teknik mengajar, latihan tubi dan lain-lain lagi. Maka bagaimana kerajaan perlu mengurangkan jurang
perbezaan ini?
INDIVIDU
Perkara pokok yang tidak dapat dielakkan adalah sikap diri kita sendiri dalam menghadapi permasalahan ini. Biarpun disediakan sistem yang baik, sekolah yang baik dan lain-lain yang terbaik namun sekiranya sikap kita yang tidak mahu maju maka tidak akan ke mana jua arah tujuan kita
Namun bagi individu yang ingin keluar dari permasalahan
ini mereka mempunyai pilihan yang ada di tangan mereka untuk mencorakkan diri
mereka. Ada yang berani mengambil risiko dengan meneroka bidang-bidang baru
dalam perniagaan, bekerja di luar negara dan lain-lain lagi untuk keluar
sebagai seorang biasa yang mengikut sistem pendidikan yang hanya berjaya
menjadikan seseorang tersebut bercita-cita menjadi seorang penjawat awam!
Oleh itu gembiralah dengan keputusan UPSR atau SPM yang
kamu perolehi walaupun dengan 5E atau 10G sekalipun, tetapi perlu difahami ia
bukan tiket bagi kamu menjadi seribu alasan untuk tidak berkembang memajukan
diri sendiri!
No comments:
Post a Comment