Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana memberikan kelapangan masa dan rezeki untuk mempermudahkan saya ke Baitullah, untuk menunaikan umrah pertama saya.
Mengerjakan umrah dari aspek ibadat khusus semata-mata tidaklah susah seperti orang-orang kampung belajar. Dengan hanya enam rukun dengan didahului bermiqad, niat ihram, tawaf, saie, bercukur dan akhir sekali perlulah dilakukan dengan tertib.
Umrah merupakan satu amalan sunat yang dituntut dalam islam. Ganjaran pahala sebanyak 100 ribu pahala ibadat di Mekah amat memberikan kesan dan kegahirahan kepada pencinta ibadat.
Mengerjakan umrah bukan hanya semata-mata pelepasan hukum yang dituntut ke atas diri kita, tetapi kita perlu melihat apakah hasilnya kepada individu muslim yang sudah mengerjakan umrah.
Ya, saya sangat bersetuju dengan aspek "hijrah." Apa yang saya maksudkan adalah apabila kita telah selesai mengerjakan umrah, mesti ada aspek perubahan dalam diri kita. Berubah dari segi sikap malas kepada rajin, daripada tidak bersolat berjemaah di masjid kepada solat berjemaah di masjid, daripada pemarah menjadi individu yang perlahan-lahan menjadi penyabar dan lain-lain.
Umrah antara salah satu medan terbaik untuk kita bermuhasabah terhadap diri kita terhadap kesalahan-kesalah atau dosa-dosa lampau yang kita lakukan dan berazam untuk terus berubah menjadi muslim yang lebih baik.
Kita ada akal untuk kita berfikir apakah hasil umrah yang perlu kita lakukan terhadap diri kita. Jangan jadi orang yang sama sebelum dan selepas mengerjakan umrah. Bersungguh-sungguh ibadat semasa di Mekah, tetapi bila balik daripada umrah jadi orang yang sama saja.
Cukup sudah apa yang selalu kita nampak, dek kerana muslim hanya nampak umrah adalah ibadat solat dan rukun sahaja, dan berakhir segala kebaikan hanya di Mekah, tetapi selepas pulang ke tanah air jadilah kita seperti kta dahulu..!
Sekiranya kita adalah sama sebelum dan selepas umrah, lebih baik kita muhasabah terhadap apa yang ada pada kita, seperti rezeki, keikhlasan, pergaulan dan lain-lain.
Pesanan ini juga saya tujukan khasnya kepada diri saya yang sentiasa lupa dan lalai dalam kehidupan dunia. Dalam keseronokkan saya di Mekah, Allah menguji saya dengan sedikit kemalangan yang berlaku kepada puteri sulong saya Ulen Nouha, apabila kedua-dua tangan anak saya melecur kerana bermain dengan kuali panas.
Mungkin ada hikmah yang Allah mahu berikan kepada saya sebelum kepulangan saya di Malaysia pada 1 April ini.
Di sini saya sertakan beberapa gambar kenangan saya bersama-sama kawan-kawan saya semasa kami mengerjakan umrah.
Perjalanan daripada Jubail Ke Mekah menaiki bas yang mengambil masa selama 20 jam |
Bermiqad di Quramanazil |
Selesai mengerjakan tawaf |
Berada di bukit Marwa |
Berada berhadapan Masjidil Haram |
Pemandangan dari sebelah atas masjid, sungguh indah |
Pemandangan bangunan-bangunan yang berhampiran dengan clock tower |
Kita sentiasa mendoakan keadilan dan kemenangan rakyat Mesir terutama daripada jemaah Ikhwanul Muslimin. Doa kami untuk 529 |
No comments:
Post a Comment