Beriadah adalah ibadat yang sangat dituntut oleh islam. Seperti kata nabi s.a.w "Mukmin yang kuat lebih disayangi oleh Allah daripada mukmin yang lemah." Islam mengajar kita untuk mempelajari atau melibatkan diri dalam bidang memanah, menunggang kuda dan berenang.
Sekiranya kita benar-benar minat dalam sukan, kita akan mempelajarinya sehingga mahir, malah ada kalanya kita sanggup menghabiskan wang ringgit untuk sukan yang kita minati.
Bagi mereka yang kurang berminat atau jarang untuk turun beriadah, janganlah mengabaikannya sehingga menjadi lemah untuk berlari dan sebagainya. Jangan sampai baru berlari dalam dua tiga minit sudah penat atau pancit.
Saya juga sudah kurang minat lagi untuk bersukan sebenarnya kerana minat bersukan semakin berkurang apabila selepas berkahwin. Selagi termampu saya cuba untuk turun bersukan walaupun stamina saya tidak sekuat semasa zaman bujang.
Saya berpandangan bahawa walaupun sudah kurang minat untuk bersukan, tetapi beriadah dapat menambahkan nilai sosial bersama kawan kita seperti semangat berpasukan atau paling penting tidak menganggap aktivis dakwah itu orang yang tidak suka bersukan atau tidak tahu apa-apa dalam sukan.
Anggaplah kritikan dalam sukan seperti kaki bangku, lembik dan lain-lain adalah perkara biasa dalam sosial. Bukan matlamat aktivis dakwah untuk menjadi bintang sukan, kalaupun perkara itu terjadi maka ia adalah nilai tambah yang sangat berguna kepada seorang aktivis dakwah.
Di sini saya memutakan beberapa gambar kenangan bersama apabila kumpulan Adwa FC yang disertai oleh saya memenangi kejohanan Futsal 5 sebelah anjuran Kelab Rakyat Malaysia Jubail, di Sabic Beach Camp.
Kami berjaya mengalahkan juara bertahan dua kali, dan manisnya kumpulan kami kebanyakannya terdiri daripada budak baru yang datang bekerja di Saudi, dan matlamat kami hanyalah untuk sampai ke separuh akhir, tetapi dengan semangat berpasukan dan tidak putus asa kami berjaya menjuarai pertandingan tersebut.
Maka ingatlah wahai aktivis dakwah, dalam kesibukan kamu untuk mencapai matlamat dakwah, siasah dan tarbiah, dan jangan lupa di dalam beriadah pun secara tak langsung kamu boleh mencapai matlamat tersebut.!
|
Terima kasih kepada sahabat saya Faizal Zaini selaku kapten pasukan yang sentiasa memberikan semangat untuk terus bermaian walaupun kami hanyalah pasukan "underdog" |
|
Persiapan di awal pagi |
|
Alhamdulillah dapat memiliki piala kejohanan di tempat pertama |
|
Pasukan yang tersusun dengan rapi, terima kasih kepada saudara Yusuf Zulkifli selaku pengurus pasukan |
|
Dari kiri Izzihar, Anas (penjaring gol terbanyak), Zakaria (play maker), Faizal Ahmad, Faizal Zaini (kapten pasukan), Syafik (play maker), Syafik Sakinah (good defensive) |
No comments:
Post a Comment