Friday, 14 March 2014

Pray for MH370

Alhamdulillah, sudah lama saya tidak menulis di blog ini kerana kesibukan bekerja selama 12 jam di pelantar minyak dari 7.30 pagi sampai 7.30 malam. Bertolak daripada rumah pada pukul 6.30 pagi dan pulang lebih kurang jam 8.00 malam.

Di rumah pula saya perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan yang bakal saya hadapai iaitu "API 510 Pressure Vessel Inspector" pada 21.05.2014 untuk menggelarkan diri saya  sebagai seorang "Inspection Engineer."

Kadang-kadang tidak sempat untuk berbual dengan isteri atau sekadar wattsapp kerana perlu menghadap lapan buah buku dalam masa 5 bulan. Mungkin terdapat kelemahan dalam pengurusan masa saya dan Inshallah saya akan cuba untuk memeperbaikinya dari semasa ke semasa.


Saya amat mengikuti setiap hari perkembangan kehilangan misteri MH370. Dan kami amat menaruh harapan dan sokongan kepada apa jua bentuk pertolongan dari segi spritual dan teknologi untuk menemui pesawat MH370.

Sehingga hari ini usaha untuk menyelamatkan MH370 masih lagi menemui jalan buntu dengan pelbagai sumber yang telah dikeluarkan oleh badan profesionalisme yang berkemahiran tinggi dalam kemalangan penerbangan di udara.

Sumber terbaru mengatakan terdapatnya gegaran 150 km di selatan Vietnam, dan berkemungkinan juga terdapat rampasan pesawat apabila sistem radar di dalam peswat dimatikan secara manual.

Mudah-mudahan kajian yang mendalam dan tererinci ini secara teknikal dan tektikal dapat memberi petunjuk dalam usaha untuk menyelamatkan MH370.

Untuk makluman pembaca ramai juga kenalan-kenalan saya dari sini bertanyakan khabar dan maklumat terkini mengenai pesawat yang hilang ini. Ini menunjukkan seluruh dunia tertumpu pada Malaysia dan seharusnya kita mengambil positif pada kerjasama dari negara luar seperti Singapura, Filiphina, US, Australia, Braitain dan lain-lain lagi.

Walaupun terdapat kelemahan teknologi Malaysia dalam mencari pesawat ini tetapi kejadian ini telah menarik perhatian pelbagai negara untuk merongkai persoalan apa sebenarnya yang berlaku pada peswat MH370.?

Mungkin buat rakyat Malaysia inilah masanya kita bermuhasabah tentang perkara yang berlaku dan mendekatkan diri kepada Allah memohon ampun dan doa supaya misteri ini terungkai.

Malaysia yang tidak habis dengan pelbagai isu dan mengherat kita untuk sama-sama menjadi pemain kepada isu seperti, dun kajang, hukuman penjara 5 tahun kepda Anwar yang masih segar, datang pula dengan kehilangan pesawat MH370 dan terbaru jerebu kuat yang melanda negara.

Tidak perlu kita mengambil jalan khurafat dengan menjemput bomoh nujum VIP Ibrahim Mat Zain untuk mencari pesawat. Ini perkara yang teramat memalukan negara, dan saya sendiri tidak tahu bagaimana malunya saya bila berhadapan dengan kenalan saya di luar negara sekiranya mereka bertanya inikah cara Malaysia menangani isu ini.

Mungkin juga kelewatan ahli agama untuk bertindak dalam kolektif mencari solusi yang terbaik dalam isu ini bukan sahaja menjadi "pengkritik tegar" kepada teknologi Malaysia yang memang pun ada cacat celanya tetapi memposisikan diri mereka untuk berperanan dalam isu kehilangan pesawat ini menyebabkan bomoh nujum ini kehadapan.

Apa-apa pun kita sebagai manusia tidak boleh mengetahui perkara ghaib kecuali sengaja Allah s.w.t yang membenarkannya bertujuan untuk kita lebih dekat kepada Allah. Adapun amalan spritual yang dibolehkan adalah sentiasa melakukan solat hajat dan memperbanyakkan doa.

Pastinya kehadiran bomoh nujum ini dijemput dan dibayar oleh mereka yang berauthoriti.

Marilah kita sentiasa berdoa dan berharap misteri kehilangan MH370 ini terungkai dan dapat memperolehi hikmah disebalik apa yang berlaku.

#PrayForMH370




No comments:

Post a Comment