Sunday, 5 January 2014

Tahun Baru Buat mama dan ulen

Masa terus berlalu dan sedar tidak sedar tahun 2014 telah pun tiba dan akan terukir semula plot-plot cerita yang belum diketahui oleh kita ataupun yang telah dirancang oleh kita.

"Dia isteriku di tahun baru ini akan mula untuk mengurus kehidupan berdikari untuk menjaga anak yang berusia 8 bulan, mula untuk menjadi tenaga pengajar secara tetap di Bangi, tinggal pula bersama anak di dalam bilik sebumbung dengan mereka-mereka yang masih bujang, dan peritnya mereka ini terpaksa kehilangan kasih dan keprihatinan seorang suami dan ayah yang bisa membuatkan seseorang wanita itu tidak menganggap apa-apa kebahagian dalam kehidupan, tidak seperti kebanyakan pasangan yang baru berkahwin tinggal ceria bersama isteri dan anak untuk sebuah kehidupan." 


"Ya Allah..Zalimkah aku ini? Mana unsur kemanusiaan aku terhadap seorang anak dan isteri? Tidak pasti peninggalan ini untuk satu tahun atau selepas tamatnya kerjaya aku di Saudi K-Kem ini.Sudahlah aku menikahi isteriku di saat kami berdua masih lagi belajar dan tidak punya apa-apa seperti rumah sewa,kereta dan pekerjaan, malahan tinggal pula bersama dengan mertua pada ketika itu."

Saya tidak pasti betapa lama saya bakal meninggalkan anak dan isteri, tetapi pendirian untuk melihat kehidupan akhirat  menjadikan saya masih tetap untuk berada di sini.

Pastinya masa bersama-sama di usia ayah yang hampir menjangkau 25 tahun akan berkurang, dan Ulen Nouha dan mama janganlah sentiasa lemah dan cemburu melihat kebahagiaan yang ada pada keluarga orang lain, besarlah dengan didikan dan perjuangan agama kerana ayah juga berada berjauhan dengan kamu sentiasa kuat untuk menjadi buah yang masak sebelum dipetik dan dijual.

Ayah ada matlamat agama untuk datang ke sini, dan ayah mohon kepada Allah sekiranya matlamat ini adalah baik ayah terpaksa mendahulukan matlamat ini daripada kasih dan sayang ayah pada Ulen Nouha dan mama.

Mama dan ulen di sana mesti kuat dan cuba sedaya upaya untuk mencapai kesenangan dan kehormatan dunia yang Allah berikan sebelum menjangkau usia ayah dan mama 40 an, kerana selepas usia ini jika dipanjangkan umur oleh Allah kami bercita-cita untuk pergi ke medan yang lebih getir dan mencabar daripada saat ayah tinggalkan Ulen dan mama di Malaysia.

Untuk pejuang itu masa bersama anak dan isteri amatlah kurang tetapi mereka menggunakan masa itu dengan baik apabila mereka dipertemukan.

Percayalah kedatangan ayah di Saudi adalah untuk menjadi buah yang masak sebelum dipetik dan dijual. Akan tiba masanya nanti jika diizinkan Allah, Ulen dan mama akan mengetahui hakikat ini.

No comments:

Post a Comment