Optimis : Sebahagian calon GMUKM menunjukkan kesatuan untuk menawan semula PMUKM daripada Aspirasi |
Sudah genap 1 tahun kemenagan GMFKAB bagi kerusi tahun 3&4 pada 21 Febuari 2012 yang lalu. Untuk rekod, GMUKM telah menghantar dua orang calon untuk bertanding bagi kawasan fakulti kejuruteraan.
Bagi
kerusi tahun 1&2 fakulti kejuruteaan, Pn. Roslina Binti Sahidin
yang mewakili GMUKM telah bertanding menentang calon ASPIRASI iaitu Sdr
Mohd Azlan Bin Ismail. MPP Azlan Ismail memenagi kerusi 1&2 fakulti
kejuruteraan dengan majoriti undi sebanyak 46 undi.
Untuk
pengetahun Puan Roslina Sahidin mengalami kekalahan undi yang besar
pada Kolej Rahim Kajai dan Kolej Burhanuddin Helmi yang mana kedua-dua
kolej ini mempunyai penyokong Aspirasi yang tegar.
Lain-lain
kolej termasuk Non Hostel Organisation (NHO) dimenangi oleh Puan
Roslina. Ini menunjukkan kepada kita bahawa terdapat sebahagian besar
mahasiswa/i China menyokong Puan Roslina Sahidin.
Kerusi
3&4 fakulti kejuruteraan, MPP Mohd Faizal Bin Ahmad memenangi
kerusi kejuruteraan dengan menewaskan MPP Aspirasi yang lepas pada tahun
2010 iaitu Sdr Cew Pan Hao. MPP Faizal Ahmad memenangi semua undi kolej
dan hanya kalah satu undi di Kolej Burhanuddin Helmi.
Sdr
Cew Pan Hao merupakan MPP Aspirasi bagi kerusi 1&2 pada tahun 2010
menewaskan Sdr Muhammad Harith Bin Abbdul Kadir yang merupakan MPP umum
3&4 sekarang.
Ini
membuktikan kepada kita bahawa mahasiswa/i 3&4 fakulti kejuruteraan
lebih yakin kepada GMUKM untuk memimpin PMUKM disebabkan oleh
pengalaman mereka melihat kepimpinan Aspirasi yang tidak proaktif dalam
membawa suara mahasiswa/i selama 7 tahun diberi mandat memimpin PMUKM.
Calon PRK GMFKAB 2011 : Dari kiri Puan Roslina Sahidin dan dua dari kanan Mohd Faizal Bin Ahmad |
Kami sentiasa menyokong GMFKAB |
GMFAKB tetap pilihan di hati buat kakitangan fakulti |
"BerGM Lebih Baik"
No comments:
Post a Comment