Friday, 17 February 2012

Optimis Melangkah Pada Semester Akhir UKM 2012


Tiada apa-apa yang menarik kepada keputusan akademik semester 1 untuk pengajian tahun akhir aku di UKM. Kebimbangan mula menyelubungi diri apabila memikirkan apa yang akan terjadi pada semester ini.

Mahu tidak bimbang dibuatnya, bila mana memikirkan tesis yang hanya sekali perjumpaan dengan pensyarah, projek yang dihentam selalu semasa pembentangan, soalan peperiksaan yang banyak tiada terjawab meyakinkan lagi diri saya untuk menerima pointer yang  bakal menghampakan.


Pada pagi yang cuacanya penuh damai, saya terus bergegas ke Jabatan Bendahari UKM untuk menyelesaikan hutang pelajaran yang masih tertunggak, supaya  bisa untuk melihat keputusan peperiksaan.

Apabila telah selesai semua hutang, saya terus ke laman sesawang untuk melihat keputusan, dan saya melihat keputusan yang diperolehi menyebabkan dahi ini sujud ke bumi bagi menandakan kesyukuran.

Boleh saya katakan inilah keputusan terbaik yang pernah diperolehi sepanjang pengajian di UKM. Tiada apa yang lainnya keputusan ini berbanding pelajar-pelajar lain, tetapi ada beberapa perkara yang harus saya kongsikan di sini.

Sesungguhnya saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana menjadi Majlis Perwakilan Pelajar bukan modal alat fitnah kepada pelajaran. Pengalaman menjadi Pengarah Pesta Konvo UKM 2011, menjadi ajk program persatuan tidak dapat tidak mengganggu pembelajaran saya di UKM.

Prinsip yang dipegangi oleh saya semasa menduduki peperiksaan dan pembelajaran pada semester ini biarlah saya belajar kerana kefahaman walaupun pointer yang bakal diperolehi tidak tinggi seperti mereka yang lain.

Semester ini juga mengalihkan pendirian saya supaya tiada merasa bebanan peperiksaan tetapi hanya merasa bebanan untuk pembelajaran, kerana saya tidak mahu lagi menjadi pelajar yang tidak mengerti makna ilmu yang sebenar.

Terus saya melengkapkan diri ini dengan ilmu-ilmu agama, teknikal dan lain-lain supaya saya boleh bergelar mahasiswa yang ada nilai tambah kehidupan. Jadi dengan perkara ini telah melonjakkan motivasi saya untuk menghadapi sisa baki kehidupan sebagai mahasiswa akhir kejuruteraan.

Ya, bergelar mahasiswa kejuruteraan cukup menjadikan diri mudah "sayur" apabila teori-teori dan pengajaran yang dipelajari amat sukar ditanggapi dalam jangka yang cepat. Hampir 70% perkara yang dipelajari dalam dewan kuliah langsung tidak difahami.

Terlibat dengan pembelajaran teknikal hampir tidak mampu dikaitkkan dengan masyarakat. Adakah masyarakat akan mudah menerima terminologi seperti moment, inerthia, torque, termodinamic, sedangkan masyarakat mudah menerima terminologi yang lebih mesra psikologi. Inilah bebanan yang terpaksa ditanggung bagi mereka yang terlibat dengan lapangan teknikal.

Mata dan tangan saya tetap memberikan sepenuh tumpuan pengajaran kerana saya tahu bahawa pengajaran yang keluar daripada mulut seorang pensyarah lebih berharga daripada membaca 10 buah buku yang tebalnya 500 muka setiap satu.

Keputusan yang diperolehi ini, memberikan saya semangat baru supaya optimis untuk menghabiskan pengajian  dan tegar dalam memegang prinsip yang saya telah yakini ini.

Bersyukur kiranya kerana Allah telah menggantikan kemurungan saya dengan sedikit tawa dan riang apabila penuh bergelumang 1001 persoalan bila mengenang kembali sejauh manakah sumbangan saya tentang makna "Erti Hidup Pada Memberi"

Adakah bertambah usianya saya ini seiring dengan kematangan? Pastinya semester akhir ini minda saya mula tergerak untuk berfikir dan bertindak dalam konteks sebagai seorang yang bukan lagi mahasiswa. 

Fikiran saya mengajak untuk bertindak sebagai seorang yang mempunyai komitmen seorang yang telah berkerjaya, berkeluarga, mempunyai peranan dalam kemasyarakatan kampung/jiran tetangga dan mempunyai pendirian yang tetap dengan politk.

Terus saya memikirkan tentang perkara yang mampu disumbangkan apabila kaki ini optimis untuk melangkah pada semester akhir. Kenyataan yang tiada jawapannya....?



No comments:

Post a Comment