Thursday, 16 February 2012

Live On Salam FM



Dingin malam sungguh indah dengan bunyian unggas yang membingit di malam hari. Hati dan jiwa ini terfokus pada mata pena ingin membikin blog yang berwajah baru dan semangat yang baru.

Mencari seribu makna untuk apa diri ini perlu menulis, lantas persoalan ini terus dilebarkan pada rakan sebilik yang juga class mate aku di UKM.

Tiba-tiba belum sempat persoalan ini terjawab, hand phone Sony Ericson jenis android aku berbunyi.. "kring, kring"... Salam Faizal, ni ana Ajuadi.


Aku : Wasalam..Ajuadi..? (aku mula bermonolog)..Hampir ingat dan terlupa nama senior aku di Fakulti Pendidikan UKM, hatiku mula membisik. Owh, anta Ajuadi, pantas teringat memoir aku bersama dengan dia sewaktu kursus latihan menjadi MPP.

Seorang yang cukup hebat dalam penampilan personaliti, lagak dan gayanya seperti artis, malah tindak tanduknya cukup matang, sesuai untuk menjadi wakil MPP..

Ajuadi : Faizal, ana nak minta tolong anta ni, abang ana Nabil dari Far East nak temu ramah "student leader"  tentang Valentine's Day pada rancangan Salam FM, anta boleh tak?

Aku : Hati aku mula berbaur perasaan serba tak kena, selalunya menjadi MPP ini akan ditemu bual tentang peranan mahasiswa menggerakkan tajdid dalam konteks pembangunan negara. Haha...aku mula tertawa dalam hati lantas senyuman yang aku keluarkan.


Ok Ajuadi, ana tiada keberatan di kesamping jiwaku gusar dan bimbang juga takut-takut dilabel sebagai"MPP Cinta" macam ustaz Hasrizal dilabel sebagai "Ustaz Cinta".

Ajuadi : Terima kasih Faizal, nanti dalam pukul 11.15 malam abang ana akan call anta live untuk minta pendapat... Erm.. cuma anta ada tak satu lagi student leader dari sebelah perempuan pula.. Dalam rancangan  ni, pihak penganjur nakkan dua orang, satu perempuan dan satu lagi lelaki.

Aku : Owh, ok lah kalau macam tu, ana cuba carikan untuk anta, dalam 5 minit lagi ana comfirmkan balik...Sape pula aku nak mencari wakil daripada perempuan ni, kebanyakan pimpinan islam di kampus UKM sibuk dengan pelbagai program waktu cuti ni..(sekali lagi diri sendiri menjadi teman bicara)

Owh.kan dia ada.ye, kawan yang aku kenal di fakulti dan persatuan yang turut bersama dengan aku sebagai MPP, saya terus bertanyakan pada Muslimah Binti Marsi untuk mewakili suara perempuan tentang isu Valentine's Day. 

Permintaan saya ini terus disampaikan pada Muslimah dan mudah sekali tanpa berlaku banyak perdebatan, dia sudi menjadi wakil perempuan.

Syukur pada Allah s.w.t, ada juga makna "Erti Hidup Pada Memberi" pada malam ni, yakni dapat membantu Ajuadi menjadi wakil mahasiswa untuk ditemu ramah dalam slot Salam Kampus di Salam FM...

Terus saya memberikan sedikit sebanyak butiran peribadi aku kepada Ajuadi supaya Abang Nabil tidak kekok bila menemu ramah aku.

Apa yang menariknya tentang Valentine's Day untuk saya kongsikan. Menolak secara total pun tidak dan menerima secara total pun tidak. Ini yang akan aku ketengahkan dalam Salam FM nanti.

Debar juga saya rasa untuk ditemu bual, walaupun bukan pertama kali aku ditemu bual dalam rancangan secara langsung seperti begini, waima aku mencari ketenangan untuk menyusun kata dan mesej yang ingin saya sampaikan pada malam ni kepada sidang pendengar, seperti saya harus membina keyakinan untuk ditemu  bual dalam rancangn Selamat Pagi Malaysia semasa ingin mempromosikan Pesta Konvo UKM ke-39.

Persoalan seperti saya bukan agamawan hatta tidak pernah berlatang belakangkan pendidikan sekolah agama harus  diketepikan buat sementara waktu bagi mengelak inferior dalam diri yang sering bermain di fikiran..

Pastinya saya harus optimis bergelar mahasiswa kejuruteraan yang mampu menyampaikan apa yang saya faham melalui pembacaan dan pendengaran warkah-warkah agama, biarpun huraian saya tidak sefakih dengan golongan ustaz dan ustazah.


Biarlah ilmu yang sedikit diperolehi namun komited dengan agama yang harus menjadi kayu ukur dalam Islam..

Sekitar jam 11.25 malam, telefon saya berdering, dan saya sedia maklum dan bersiap siaga dengan soalan yang akan diberikan.

Seperti mana yang saya tegaskan, bahawa Valentine's Day adalah simbolik kepada kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Maka sebab itu saya tidak menolak dan menerima secara total perkara ini.

Saya terus menyambung hujah di Salam FM bila diajukan tentang pandangan saya mengenai Valentine's Day. Sekiranyai Valentine's Day bukan bertitik tolak daripada pembunuhan umat Islam di Cordova oleh paderi St Valentine, tetapi hanya berlandaskan perasaan kasih sayang maka sepatutnya ia diraikan..

Saya terus meyakinkan hujah aku di Salam FM, kerana Islam itu tidak membunuh fitrah manusia untuk berkasih sayang di antara lelaki dan perempuan, buktinya cukup jelas Nabi Adam a.s pun turut kesunyian bila mana melihat burung terbang berpasangan, lantas Allah lebih mengetahui sifat Nabi Adam, lalu diciptakan pula Hawa untuk dijadikan teman pasangan hidup.

Islam bukan agama rigid yang menghapus perasaan ini, selari dengan konsep "lita'rafu" (berkenal-kenalan) maka perasaan ini harus diraikan melalui method syarie yang sebenar iaitu tidak membawa kepada zina dan fitnah.

Terus saya katakan keluarlah bagi pasangan yang bercinta asalkan berteman dengan mahram, menutup aurat bahkan saya juga menyokong sekiranya diadakan hari suami isteri sebagai alternatif Valentine's Day bagi meraikan pasangan yang sudah berkahwin.

Saya diajukan pula soalan  adakah 14 Febuari sahaja untuk kita berkasih sayang dengan pasangan kita. Ye betul, saya setuju dengan Abang Nabil, cumanya 14 Febuari menjadi fenomena dan simbolik kepada perasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan.
Maka Islam harus diletakkan sebagai mederasasi dalam menangani isu ini, yakni raikanlah fenomena 14 febuari dengan mengikut hukum hakam Islam...

Saya menghabiskan hujah dalam Salam FM  supaya berperanan sebagai mahasiswa Islam untuk mencegah perkara yang mungkar juga, saya tetap terlibat dengan mengedar risalah dengan persatuan Islam mahupun PMUKM untuk memberikan penulisan sinis bagi mereka yang "bercouple".
Tiada bersusah payah untuk menegur dengan kata, cuma penulisan sahaja dapat membuatkan pasangan bercouple terlerai.

Terasa lega dadaku, sesak nafas yang kuat secara perlahan mengembalikan saya dalam posisi yang baik menghirup udara pertengahan malam.

Syukur ada juga bekalan yang saya bawa di akhirat kelak tentang "Erti Hidup Pada Memberi"

Untuk apa aku menulis..?


No comments:

Post a Comment