Saya mengalami beberapa fasa
perubahan di dalam sisi pandang hidup terutamanya perkara yang berkaitan dengan
soal Islam di dalam pengalaman masyarakat dan politk. Tidak keterlaluan
sekiranya ia terkadang terlampau liberal(terbuka) walaupun saya bukan mengimani
fahaman ini dengan apa jua maksud sekalipun.
Dahulunya saya amat pro(memihak)
kepada golongan ustaz dan menganggap mereka adalah golongan yang berpengatahuan
dan berkemahiran tinggi untuk merungkai falsafah kemanusiaan. Bagi saya mereka
boleh memimpin dengan baik di dalam sesebuah organisasi, mereka perlu
diletakkan pada posisi yang tinggi di dalam sesebuah partai politik. Pendek kata golongan
ustaz adalah golongan yang darjatnya lebih tinggi dan mulia berbanding dengan
golongan yang lain.
Pernah suatu ketika saya terfikir
untuk menghantar anak saya ke sekolah-sekolah pondok, sekolah agama rakyat dan
seumpama dengannya kerana berkehendakkan mereka menjadi seorang ustaz/ustazah.
Bagi saya cakap seorang ustaz lebih berpengaruh daripada cakap seorang doktor
mengenai pandangan agama dan itu suatu perkara yang telah menjadi skeptik orang
Melayu.
Namun apabila masa telah berlalu
dan saya mula menjejakkan kaki di alam pekerjaan, timbul persoalan di dalam
fikiran saya, adakah hanya menjadi seorang ustaz mampu menyelesaikan masalah
ekonomi negara, pendidikan negara yang berasaskan exam oriented, masalah
pengangguran graduan, masalah industri dan teknologi dan pelbagai persoalan
yang berkaitan permasalahan negara yang tidak mampu diselesaikan hanya secara
baku jika membaca kitab-kita fekah dan hadis karangan ulama.
Saya bukanlah bertujuan untuk
memperlekehkan atau memperkecilkan kitab-kita fekah atau hadis kerana sebagai
seorang Muslim yang baik kita perlu mendekatkan diri dengan agama, antaranya
melalui Al-Quran, Hadis dan mengikut ulama!
Namun sekiranya berlaku
permasalahan negara, kita tidak boleh hanya semata-mata mengajak manusia
kembali mendengar ceramah agama tanpa ada penyelesaian yang konkrit untuk
dilakukan. Sebagai contoh agama menegah seorang pemimpin yang membazir dan
rasuh, lalu seorang ustaz kemukakan dosa-dosa pelaku tersebut lantas mengkritik
pemimpin tersebut, namun tidak ada alternatif kepada permasalahan tersebut.
Reaktif betul golongan ustaz dengan
hanya mencari kesalahan yang sudah terbukti satu kesalahan, namun bagaimana
ingin mencegah rasuah dan pembaziran yang berlaku hanya menggunakan retorik
ceramah “kembali kepada agama”. Apa rancangan yang ada sebagai contoh
mewujudkan tabungan simpanan atau badan-badan yang mampu menegah pembaziran dan
rasuah daripada seseorang pemimpin. Golongan ustaz kebanyakkannya tidak mampu
berfikir secara detail dan mereka hanya superficial(pemikiran cetek)!
Takkanlah ingin membuat reformasi
pendidikan negara hanya menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah tahfiz yang tidak
ada sistem yang sistematik untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi! Adakah cukup hanya menjadi huffaz boleh menjadi ustaz yang
berpengatahuan luas? Adakah cukup menjadi huffaz yang hanya memenuhi undangan
imam solat terawih? Idea seorang ustaz kebanyakannya hanya ingin membina
sekolah-sekolah tahfiz atau pondok sebagai alternatif kepada pendidikan negara.
Apa semua sistem pendidikan negara
itu rosak atau tidak Islamik yang menjadi kesukaran bagi golongan ustaz untuk
meniru model pendidikan moden ini? Adakah mereka tidak tahu persoalan besar
sistem pendidikan negara adalah “exam oriented” dan seorang graduan yang
bercita-cita untuk menjadi seorang “engineer” belum tentu boleh menjadi
seorang “engineer” walau bergelar graduan kejuruteraan. Tambahan pula
masalah pendidikan negara adalah tidak mampu untuk menyediakan satu sistem
pendidikan yang berteraskan minat pelajar dan hanya bergantung kepada kecemerlangan
akademik.
Daripada permasalahan pendidikan
negara yang berlaku, ia bukanlah bermaksud kelompangan ini harus diisi dengan
para huffaz dengan menubuhkan pelbagai mahad tahfiz dan pondok, namun ia adalah
kelompongan yang harus diatasi dengan asas yang sama.
Pendek kata jika seseorang pelajar
ingin menjadi seorang ahli kimia, sistem pendidikan negara yang lompong
tersebut haruslah diatasi dengan menjadikan seseorang tersebut ahli kimia dan
bukan menjadi seorang huffaz. Tidak ada solusi mengenai perkara ini yang datang
dari kebanyakan ustaz!
Realitinya juga sekolah pondok
atau mahad tahfiz hanya menjadi tempat pemulihan akhlak kanak-kanak dan
kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sana adalah jenis
anak-anak yang kurang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Hakikatnya kebanyakan
ibu-bapa akan menghantar anak-anak yang cemerlang ke sekolah-sekolah cluster
yang akan menjadikan anak-anak mereka seorang doctor, enginer
atau lawyer.
Apabila berceramah agama pula,
sekiranya sepuluh orang ustaz memberi pandangan hukum, boleh dikatakan
sepuluh-sepulah ustaz akan berbeza pandangan. Ada pula hanya menyempitkan
pandangan hukum kepada mazhab Syafie semata-mata, bagi mereka mazhab lain tidak
tepat!
Apbila seseorang ingin melazimi
amalan berzikir dicadangkan pelbagai ratib-ratib karangan ulama, sedangkan
mengapa tidak mencadangkan amalan zikir yang menjadi amalan kebanyakan umat
Islam seperti apa yang ada di dalam Al-Mathurat.
Menjadi satu falasi juga di
Malaysia apabila kita mewujudkan dan mendewankan mereka-meraka yang belajar
agama seperti “dewan ulama” di dalam parti atau organisasi yang
menjadikan seseorang itu “fast track”
bergelar ulama walaupun hanya mempelajari agama dalam masa yang singkat.
Saya juga terfikir atas rasional
apakah sistem pendidikan kebanyakan negara Islam memisahkan pendidikan agama
dan bukan agama terutamanya di peringkat Universiti? Bukankah seseorang Muslim
wajib untuk mempelajari ilmu agama dan bukan agama secara serentak dan saling
tidak terpisah. Sekiranya terpisah maka ilmu agama mudah dijadikan bahan
dagangan atau kerjaya untuk dikormesialkan. Saya akui saya idealist dalam
perkara ini dan mustahil untuk mengubah sistem ini. Namun mengapa sistem ini
tidak terpisah semasa kita belajar di sekolah rendah dan menengah?
Atas beberapa perkara inilah yang
menyebabkan saya mengalami beberapa revolusi pemikiran mengenai agama. Saya
meyakini bahawa menjadi orang beragama lebih penting daripada menjadi seorang
agama. Biarpun siapa kita sama ada guru, ahli kimia, peguam atau hakim jika
tertanam dan terdidik dengan ajaran Islam, maka mereka akan menjadi seorang Muslim
dan khalifah yang baik di atas muka bumi Allah.
Bahkan prinsip ini juga terpakai
di dalam hal-hal politik dan kepimpinan Islam. Bukannya dia perlu bergelar
seorang uztaz atau pelajar agama barulah boleh menjadi pemimpin di dalam parti
Islam, tetapi secara prinsipnya cukuplah memadai dengan faktor Quwwah(kuat) dan
Al-Amin(jujur) yang mengikut merit kelayakan.
Bagi ibu-bapa yang kecewa dengan
sistem pendidikan negara ingatlah menghantar anak-anak anda ke sekolah pondok
atau tahfiz bukan satu penyelesaian yang bijak, malah terkadang ia akan
menimbulkan suatu permasalahan yang baru.
Kelompongan harus diatasi dengan
baik dengan mendedahkan kepada anak-anak sedikit sebanyak realiti sebenar
kehidupan walaupun ia bukan secara formal. Ini lebih baik daripada memaksa
mereka untuk menjadi mangsa persaingan peperiksaan.
Tidak salah juga untuk menghantar
mereka ke sekolah China, PASTI, Pra Sekolah dan lain-lain asalkan hasilnya kita
ingin anak kita menjadi orang yang berguna kelak kepada agama dan negara dan
bukannya mendabik dada apabila mereka menjadi seorang doctor atau engineer
yang tidak menyumbang bakti kepada masyarakat, agama dan negara.
No comments:
Post a Comment