Friday, 11 October 2013

Musafir ke Saudi suatu keputusan yang besar

Ulen dan mama Ayah
"Aku berhasrat untuk pergi ke Arab Saudi.!" 

"Habis itu macam mana dengan anak isteri kau Faizal."

Manusia sering kali mengembara untuk mencari kehidupan yang lebih baik buat diri dan keluarga mereka.

Dalam pengembaraan manusia mencari kehidupan yang lebih baik, pasti mereka akan menempuhi liku-liku kehidupan yang bisa mematangkan kehidupan seseorang untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.


Siapa yang tidak sedih, apatah lagi di usia perkahwinan yang baru menjangkau setahun jagung dengan baru sahaja menimang cahaya mata yang pertama, pergi meningalkan anak dan isteri di negara kering kontang yang mempunyai demografi penduduk yang agak kasar, walaupun negara Arab ini terkenal dengan jutaan hikmah para anbia dan syuhada.

Saudi dulu bukan seperti Saudi yang sekarang, yakni masyarakatnya hidup dalam keadaan "tuan" dan banyak mengharap kepakaran daripada negara lain terutamanya Amerika Syarikat.  

Manusia mesti mempunyai suatu pendorong untuk kita membuat keputusan di luar daripada zon selesa kepada suatu zon yang lebih mencabar, begitulah juga apa yang saya ingin lakukan.

Keinginan saya untuk mengembara di luar negara telah ditanam sejak di waktu kampus lagi apabila saya melihat tidak perlu sebagai manusia itu risau tentang keperluan rezekinya, yang penting asalkan mereka berusaha.

Di kampus saya diperli dengan mahasiswa yang mempunyai masa depan yang gelap, dek kerana komitmen saya terhadap pelajaran ada kalanya sering terganggu.

Apa yang gelapnya sewaktu saya masih lagi belajar saya sudah berkahwin, dapat menghadiri upacara konvokesyen bersama-sama isteri dan keluarga, saya sudah mempunyai kereta dan rumah sewa dalam usia setahun perkahwinan, dan sekarang mencari sesuap rezeki di bumi anbia dengan bayaran gaji yang boleh dikatakan agak selesa dengan setahun bergelar graduasi yang kebanyakannya sukar diperolehi oleh pelajar yang baru bergelar graduan.

Manusia sering memikirkan perkara-perkara yang bersifat setempat, yakni tujuan hidup mereka hanya untuk diri dan keluarga tetapi terlupa apa yang berlaku pada masyarakat di sekelilingnya.

Disebabkan untuk memenuhi keperluan masyarakat juga keinginan saya untuk menimba pengalaman di negara Saudi ini semakin kuat, yakni memacak cita-cita untuk memberi sumbangan dari segi kemahiran dan kewangan sedikit sebanyak kepada masyarakat yang memerlukan.

Pastinya masyarakat yang memerlukan sumbangan itu adalah mereka yang suka kepada kehidupan beragama dan menjadi kewajipan untuk saya memenuhi keperluan hidup beragama mereka.

Teringat saya kata-kata sahabat saya sewaktu kami berada pada suatu program, "Faizal, anta akan tahu betapa sukarnya untuk membawa jati diri muslim bila keseorangan dan berjauhan daripada masyarakat islami."

Saya tidak merespon, tetapi saya tahu ia amanah yang berat untuk dilaksanakan. Begitu juga kata-kata saya pada sahabat-sahabat sewaktu program pelajar tahun akhir " I want to work in private industry, but I should left my beloved wife when I'm going outstation"

Saya sempat berborak-borak dengan beberapa sahabat-sahabat dari Malaysia (yang telah berumur) di Saudi. Walapun mereka mempunyai gaji yang sangat lumayan tetapi  mereka bekerja terikat dengan beberapa tahun kontrak sahaja. Selepas habis kontrak maka terpaksalah cari kerja baru sama ada di Malaysia atau di sini. Tiada jaminan untuk mendapat pekerjaan selepas itu.

Ada di antara mereka belum sempat habis kontrak sudah dibuang kerja, ada yang terpaksa balik di Malaysia dalam keadaan sudah beranak pinak apabila menghadapi masalah keluarga. Tetapi keyakinan mereka kepada rahmat Allah sangat positif. Mereka berusaha dan terus berusaha, mengikat diri mereka dengan solat malam dan doa. Benarlah kata orang, hijrah di negara orang ini dapat mengajar kita untuk lebih sungguh dalam amal pekerjaan dan ibdadat. Sama seperti kehidupan di padang mahsyar, tiada siapa yang dapat bantu melainkan Allah s.w.t.

Ya, hidup kita memang berisiko, tetapi inilah sebuah kehidupan untuk kita hadapi Ingatlah dalam keadaan kita menghadapi risiko, rahmat ALLAH sangat luas. Ingatlah Allah sentiasa dalam kehidupan kita, sebab hujung kita akan menemui ajal, dan terpisahlah segala keindahan dunia yang kita kejarkan, menuju kehidupan yang kekal abadi sama ada indah atau celaka.!


Welcome to Saudi Arabia


New Comers





No comments:

Post a Comment