Tuesday 15 June 2021

Konon Aku Ni Islamiklah

Tak salah pun kita ni dilabel sebagai Islamis. Cuma ada sisi pandang saya nak kongsikan kali ini di sini yang menyebabkan golongan Islamik ni adalah golongan yang suci dari golongan lain.

Macam ni, untuk memudahkan kefahaman para pembaca, terma mudah untuk golongan Islamis ni adalah golongan yang dari segi luarannya bertudung labuh, berkopiah, berjanggut, suka ke masjid untuk solat berjemaah, meghadiri usrah, boleh petik satu dua ayat A-Quran untuk dibaca dan diterjemah, boleh baca satu dua matan teks hadith dan dapat menghuraikannya, join mana-mana-jemaah Islam, suka politik yang ada unsur-unsur Islamik seperti PAS & AMANAH.

Semua terma di atas tidaklah salah dari segi hukum sivil atau syariah malah ia boleh mendekatkan diri kita kepada Agama Islam.

Pandangan saya terdapat segelintir dari kita beranggapan bahawa dengan menjadi golongan Islamis maka hidup akan mudah, rezeki akan bertambah, hidup akan selesa, aku seakan-akan Siti Fatimah, maka aku akan memperolehi pasangan seperti Saidina Ali.

Tanggapan seperti ini adalah hasil daripada kecanduan pemikiran kita terhadap mesej yang kita terima secara permukaan sahaja daripada ilmu yang kita perolehi.

Jika kita melihat dunia ini secara lebih meluas dari segi soal kaya, pandai, bahagia rumah tangga ia tidak lagi mengenal warna kulit, bangsa dan tahap keagamaan seseorang.

Saya bagi contoh, berapa ramai orang Muslim yang terkaya di dunia hasil perniagaan mereka sendiri. Ada ke? Dalam banyak teknologi dan inovasi sains sekarang berapa ramai orang Islam yang keluarkan? Ada ke? Nah di dalam soal rumah tangga, orang Islam pun ramai juga yang bercerai, sama seperti orang bukan Islam di luar sana.

Jadi di manakah posisi golongan yang dikatakan Islamis. Adakah mereka tidak menghadapi semua ini? Manusia semua sama sahaja kerana Allah sudah jadikan perkara ini sebegitu. Firaun yang zalim itu Allah jadikan dia tidak pernah sakit, jadi kitaran itu terpakai pada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki tanpa mengira tahap keagamaan seseorang.

Jadi janganlah kita beranggapan dengan mudah bahawa apabila kita menjadi golongan Islamis semua perkara dan keselesaan di dunia kita akan dapat. Mudah cerita jangan bermimpi di siang hari. Islamis ke tak Islamis ke, Muslim ke, Non Muslim ke perkara di dunia ini Allah bagi pada semua orang.

Jadi pilihan yang kita ada sebagai Muslim bukanlah fobia dengan terma Islamis, tapi balik kepada diri kita sendiri apa yang kita nak dan gembira dalam menjalani kehidupan ini.

Apa tafsiran kita terhadap sebuah kehidupan. Berkat atau tidak berkat sesuatu perkara bukan dikukur dari segi kekayaan, kepandaian akademik, bahagia rumah tangga dan lain-lain lagi.

Buatlah tafsiran terhadap kehidupan hidup kita. Jika ditanya kepada saya apakah tafsiran saya terhadap kehdidupan yang sungguh sukar ditafsirkan ini. Saya memilih untuk terus beusaha terhadap perkara yang saya rasakan boleh dilakukan dan cuba melengkapkan diri dengan elemen-elemen kemahiran untuk hidup.

No comments:

Post a Comment