Wednesday 16 June 2021

Teknik Iklan Gerila

Nampaknya menulis lagi untuk kali ketiga pula. Nak share satu perkara asas dalam pemasaran. Asas ni saya rasa semua orang sudah maklum, tetapi secara teknikal dan praktikalnya bagaimana kan?

Begini ye, saya namakan teknik 52. Sebab apa 52, itu adalah rahsialah. Mana boleh kongsikan di sini. Jom kita teruskan. Andaikan anda pelanggan saya, anda suka saya tunjukkan satu produk saya sebanyak 52 kali ulangan, atau saya tunjukkan anda 52 kali juga, tetapi dengan produk yang berbeza?

Mana satu kesukaan anda. Bagi saya saya memilih pilihan kedua kerana pilhan pertama sudah pasti saya akan cepat jemu melihat produk tersebut sebanyak 52 kali disebabkan ia adalah produk yang sama.

Jika pilihan kedua, mata saya lebih segar sebab ia datang sebanyak 52 kali kepada saya dengan produk yang berbeza. Secara nalurinya saya akan membaca details salah satu daripada 52 produk itu kerana telah berjaya menarik minat saya dari segi spect barang, warna, dan jenis produk.

Yang bestnya kedua-dua teknik ini menelan kos yang sama sahaja tau dan pilihan kedua lebih meyakinkan saya untuk mendapatkan pelanggan daripada pilihan pertama. OK, itu sahaja saya nak kongsikan pasal teknik iklan gerila. Semoga teknik ini berjaya dan membuahkan hasil. Amin

 

Cara Orang Cina Berniaga

Hari ni banyak pula masa yang saya ada untuk menulis. Sudah dua artikel saya menulis hari ini di laman sesawang minda paksu.

Takpelah layan sahaja mood yang ada untuk menulis. Tak banyak pun perkara nak dikongsikan untuk kali ini, tapi saya memang tertarik dengan cara orang cina berniaga.

Di Malaysia siapa lagi kalau bukan orang cina yang kaya raya dan ada perniagaan yang berjaya. Orang Melayu pula kebanyakannya hanya memakan gaji di sektor swasta dan kerajaan.

Saat Umurku Penghujung 14 Tahun

Memoir ini tidak saya rakamkan di mana-mana. Hanya tersingkap rapi di dalam diari ingatan saya. Tetapi di waktu saat mengalami kesakitan yang tidak bertepi ini, ingin saya simpan sebuah memoir ketika mana umur saya penghujung 14 tahun.

Semasa saya berumur 14 tahun ketika itu saya berada di tingkatan dua sekolah menengah. Apa yang ingin saya rakamkan di laman minda paksu ini adalah pada penghujung umur 14 tahun saya mengalami transisi yang cukup dahsyat dari segi berfikir, kematangan, tahap berdikari dan tahap keagamaan.

Tuesday 15 June 2021

Konon Aku Ni Islamiklah

Tak salah pun kita ni dilabel sebagai Islamis. Cuma ada sisi pandang saya nak kongsikan kali ini di sini yang menyebabkan golongan Islamik ni adalah golongan yang suci dari golongan lain.

Macam ni, untuk memudahkan kefahaman para pembaca, terma mudah untuk golongan Islamis ni adalah golongan yang dari segi luarannya bertudung labuh, berkopiah, berjanggut, suka ke masjid untuk solat berjemaah, meghadiri usrah, boleh petik satu dua ayat A-Quran untuk dibaca dan diterjemah, boleh baca satu dua matan teks hadith dan dapat menghuraikannya, join mana-mana-jemaah Islam, suka politik yang ada unsur-unsur Islamik seperti PAS & AMANAH.

Semua terma di atas tidaklah salah dari segi hukum sivil atau syariah malah ia boleh mendekatkan diri kita kepada Agama Islam.

Friday 11 June 2021

Kisah Aku Seorang OKU

Entah mengapa Covid-19 yang melanda negara ini buat tahun kedua cukup memberi ketumbukan kepada kehidupan saya. Saat pena ini mula menulis kembali di sini, sudah hampir sembilan bulan saya tidak boleh lagi berdiri dan berjalan. Hanya mampu terbaring di atas katil menunggu siang berganti malam.

Saya disahkan mempunyai gout sejak dari umur 23 tahun, hanya selepas tiga ke empat bulan mendirikan rumah tangga. Sekarang sudah hampir sembilan tahun saya menghidap penyakit gout.

Sakit yang saya hadapi ini bukanlah gout biasa, tak salah makan dan berpantang pun seminggu sekali pasti ia akan serang sendi-sendi saya seluruh badan. Hingga saat sakit ini, membuatkan saya tidak mampu untuk berjalan lagi.

Sunday 2 July 2017

Di manakah akal Nasarudin Hassan?

Menurut ketua Penerangan PAS Pusat YB Nasaruddin Hassan, pendedahan DOJ terhadap skandal 1MDB merupakan salah satu campur tangan kuasa asing untuk mengacau politik di dalam negara.

Malah di dalam kenyataan tersebut, beliau tahu siapa dalang yang menyuruh Amerika untuk masuk campur tangan di dalam skandal 1MDB. Kenyataan beliau adalah reaksi menyokong kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Presiden PAS baru-baru ini.

Beliau menyarankan agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal 1MDB. Nampak idea itu seolah-olah sangat bagus, walaupun sebelum ini, idea yang sama pernah diutarakan oleh Dato’ Husam.

Bagi saya idea itu kedengaran retorik dan Najib akan terus selesa kebal dari disiasat oleh mana-mana pihak autoriti di dalam negara.

Friday 30 June 2017

Sudah Alergik Dengan Jemaah Islam

Itulah ungkapan yang boleh dikatakan dalam mukadimah makalah ini. Apabila menyelesuri jemaah-jemaah yang dikatakan “Islamic” sama ada di luar atau di dalam negara, para pemimpin atau pengikutnya masing-masing akan berkempen mengatakan kamilah jemaah Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis nabi s.a.w.

Walaupun secara konteksnya tidak semua pemimpin dan pengikut beranggapan seperti itu, namun saya yakin dan percaya hampir majoriti mempunyai iktikad seperti itu, lantas membentuk keyakinan kepada jemaah yang dianutinya.

Saya bukan lagi berbicara soal retorik atau teori semata-mata kerana saya juga pernah mengikut beberapa program jemaah-jemaah yang berada di dalam negara.

Apabila bicara soal jemaah, permis yang paling awal untuk dipertimbangkan adalah soal pengkaderan(recruitment). Untuk memudahkan proses ini, maka perlulah digunakan bahasa “agama candu” dengan mengatakan ikutlah kami, kerana kamilah jemaah paling hampir dengan Al-Quran dan Hadis, atau kamilah jemaah yang paling awal di Malaysia dan lain-lain lagi.

Tuesday 12 April 2016

Pengamalan Agama Islam Secara Rasional atau Emotional?

Ketegangan agama merupakan bom jangka pendek untuk mengeksploitasi kepentingan sesuatu pihak atau parti sekiranya ia melibatkan kaum Melayu yang sudah termaktub di dalam perlembagaan adalah mesti seorang Islam.

Saya tidak mahu membahas secara baik dan buruk mengenai definasi Melayu di dalam rangka perlembagaan negara, kerana fokus saya pada penulisan kali ini adalah kegagalan mengamalkan Islam secara hujah dan rasional akan menyebabkan bangsa Melayu menjadi suatu bangsa yang cepat melatah atau mudah dipermain-mainkan atas eksploitasi agama.

Beberapa tahun yang lepas negara kita dihangatkan dengan isu penggunaan kalimah Allah untuk digunakan secara inklusif oleh pihak minoriti Kristian di Semenanjung Malaysia dan wujud seketika ketegangan antara bangsa, agama serta politik.

Monday 11 April 2016

Menjadikan Dr.Zakir Naik Sebagai Helah Politik Sang Penguasa


Sebagai seorang ahli politik yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sama ada secara sedar atau tidak, Prof.Dr.Ramasamy perlu bijak membaca kesan daripada kenyataan yang cukup sensitif yang dikeluarkannya tambahan pula DAP adalah sebuah parti yang memupuk asas demokrasi!

Namun sensitiviti ini secara hemahnya perlu dikawal agar ia tidak merebak ke peringkat yang lebih teruk dan mencetuskan ketegangan antara agama, bangsa dan politik.

Secara prinsipnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof.Dr.Ramasamy adalah kurang tepat dan tidak kena pada keadaan sekarang. Namun apabila sudah berlaku kejadian ini, apakah persoalan-persoalan asas yang perlu ditimbulkan di dalam memahami sensitiviti ini?

Friday 8 April 2016

Persahabatan Antara Dua Wadah


Perbedaan wadah siasah di antara PAS dan AMANAH telah menyebabkan secara ideal dan praktisnya mencetuskan ketidakselesaan perhubungan di kalangan pendokong dan ahli yang telah terbina atas gelanggang perjuangan politik.

Dahulunya sebelum berpisah kepada wadah yang baru, sebagai ahli mahupun penyokong kita sudah biasa dengan praktik tidur sebantal, makan setalam, apatah lagi dahulunya mereka adalah rakan seperjuangan di kampus, kawasan dan bermacam-macam lagi kebersamaan daripada keberasingan. Ini etos zaman sebelum berbeda wadah.

Perbedaan itu memang cukup perit apatah lagi ia berkisar mengenai pertembungan idelogi mahupun idealisme di dalam falsafah kemanusiaan dan ini hakikat yang perlu kita akui.