Showing posts with label Travelog Musafir. Show all posts
Showing posts with label Travelog Musafir. Show all posts

Monday, 6 October 2014

Eid Celebrating

I would like to wish very thankful for all KRMJ(Kelab Malaysia Rakyat Jubail) committee members  for organizing our Eid celebrating at Hj Ramli House. 

Usually for a Muslims we will sacrifices goat or cow  for celebrating our Eid. It is very deeply meaningful to me when I was selected from KRMJ members as one of the event organizer.

At 6.30 a.m I and KKEM members with Hj Ramli(our supervisor) go to goat farm to take our goat which is was booked by Hj Ramli a day before this program. We took eight goat.

Nice Goat Farm


In Saudi goat booking system will show to us the number that spray to goat body. It is lightly different with Malaysia, when booking system we can immediately take the goats or farmers will punch the number to goat ear.

Wednesday, 30 July 2014

Untukmu Sebuah Syawal

Meraikan hari kedua syawal di rumah rakan sekerja penulis, Jubail Saudi Arabia
Syawal mendatang dengan penuh rasa kesyukuran setelah kita berjaya mengharungi tarbiah Ramadhan dengan diiringi lapar dan dahaga, mendirikan solat sunat tarrawikh, berjaya mengawal kesabaran dan rasa marah, menghidupkan tadarus, memperbanyakkan sedekah, hinggakan bulan yang mulia ini adalah bulan khas untuk kita memperbanyakkan amal ibadat kepada Allah.

Selepas ramadhan kita akan didatangkan segala ujian dan cabaran hidup, bermulanya dalam diri kita sendiri apabila mula berhadapan dengan dua musuh iaitu syaitan dan nafsu yang sentiasa mengajak kita ke arah kejahatan.

Kita pula akan mengharungi masalah-masalah dalam rumah tangga yang sentiasa memerlukan kebijaksanaan dan hikmah setiap pasangan untuk menyelesaikannya. Selain itu masalah umah atau masyarakat yang turut membabitkan diri kita sendiri untuk sentiasa memikirkan dan mencari maklumat yang betul. Andai salah, kita akan terpesong dan jauh dari kebenaran.

Sunday, 30 March 2014

Selesai Juga Umrahku

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana memberikan kelapangan masa dan rezeki untuk mempermudahkan saya ke Baitullah, untuk menunaikan umrah pertama saya.

Mengerjakan umrah dari aspek ibadat khusus semata-mata tidaklah susah seperti orang-orang kampung belajar. Dengan hanya enam rukun dengan didahului bermiqad, niat ihram, tawaf, saie, bercukur dan akhir sekali perlulah dilakukan dengan tertib.

Umrah merupakan satu amalan sunat yang dituntut dalam islam. Ganjaran pahala sebanyak 100 ribu pahala ibadat di Mekah amat memberikan kesan dan kegahirahan kepada pencinta ibadat.

Wednesday, 26 March 2014

Beriadah Antara Amalan Aktivis Dakwah

Beriadah adalah ibadat yang sangat dituntut oleh islam. Seperti kata nabi s.a.w "Mukmin yang kuat lebih disayangi oleh Allah daripada mukmin yang lemah." Islam mengajar kita untuk mempelajari atau melibatkan diri dalam bidang memanah, menunggang kuda dan berenang.

Sekiranya kita benar-benar minat dalam sukan, kita akan mempelajarinya sehingga mahir, malah ada kalanya kita sanggup menghabiskan wang ringgit untuk sukan yang kita minati. 

Bagi mereka yang kurang berminat atau jarang untuk turun beriadah, janganlah mengabaikannya sehingga menjadi lemah untuk berlari dan sebagainya. Jangan sampai baru berlari dalam dua tiga minit sudah penat atau pancit.

Wednesday, 19 March 2014

Terima Kasih Hj Arah

#PrayForMH370

"Mungkin kelewatan ahli agamawan dalam merespon isu kehilangan pesawat MH370 dari aspek spritual menyebabkan bomoh nujum Ibrahim Mat Zain muncul menjadi alternatif kepada solusi spritual pesawat ini."

Saya mula memberanikan diri untuk membuka soalan ini kepada Hj Arah. Sudah lama saya memendam beberapa persoalan terutama berkaitan kepimpinan dan agama  untuk bertanya kepada beliau memandangkan keterbukaan Hj Arah dalam pelbagai isu.

Sunday, 5 January 2014

Tahun Baru Buat mama dan ulen

Masa terus berlalu dan sedar tidak sedar tahun 2014 telah pun tiba dan akan terukir semula plot-plot cerita yang belum diketahui oleh kita ataupun yang telah dirancang oleh kita.

"Dia isteriku di tahun baru ini akan mula untuk mengurus kehidupan berdikari untuk menjaga anak yang berusia 8 bulan, mula untuk menjadi tenaga pengajar secara tetap di Bangi, tinggal pula bersama anak di dalam bilik sebumbung dengan mereka-mereka yang masih bujang, dan peritnya mereka ini terpaksa kehilangan kasih dan keprihatinan seorang suami dan ayah yang bisa membuatkan seseorang wanita itu tidak menganggap apa-apa kebahagian dalam kehidupan, tidak seperti kebanyakan pasangan yang baru berkahwin tinggal ceria bersama isteri dan anak untuk sebuah kehidupan." 

Friday, 6 December 2013

KRMJ (Kelab Malaysia Rakyat Jubail)

Seusai sesi Riadah di Royal Commission bersama sebahagian kecil ahli kelab KRMJ  
Hakikatnya kita akan mencari kawan atau kumpulan yang mempunyai nilai dan budaya yang sama dengan jati diri kita. Untuk mengelak rasa kerinduan yang teramat di Malaysia saya mencari kerumpunan masyarakat Malaysia di Jubail Saudi Arabia supaya tidak berasa janggal di negara orang.

Alhamdulillah minggu pertama saya berada di sini, rupa-rupa betul kata pepatah hang tuah "tak kan melayu hilang di dunia", kerana di Jubail sudah ada masyarakat melayu Malaysia yang telah sedia menubuhkan Kelab Malaysia Rakyat Jubail(KRMJ).

Sunday, 1 December 2013

Persaingan Kehidupan Muslim

Bersama pelajar-pelajar luar negara untuk mengikuti kursus API 510
Mengapa kita hidup ini untuk bekerja keras lantas terpaksa menggunakan separuh atau selebih gaji kita untuk membayar hutang rumah, kereta, bil air, elektrik, dan segala macam lagi keperluan dan kehendak yang terpaksa kita ikuti untuk menyediakan "kemudahan" bagi sebuah kehidupan.

Manusia memerlukan persaingan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka untuk hidup di atas dunia ini. Apatah lagi bagi mereka yang sudah berkahwin seperti saya terpaksa menggalas pelbagai nafkah untuk keperluan diri, keluarga, masyarakat dan jemaah.

Friday, 18 October 2013

Benarkah Aku Berada di Bumi Madinah

Penulis berada di depan pintu King Masjid Nabawi

Dahulunya Madinah dikenali dengan "Yathrib", yakni suatu kawasan yang penduduknya hidup dalam kegelapan, kejahilan dan penuh dengan peperangan, terutamanya perbalahan suku Aus dan khazraj yang didalangi oleh provokator yahudi.

Yathrib akhirnya bertukar menajdi Madinah Al-Munawwarah, menjadi permulaan yang baik untuk agama Islam bertapak dan meluaskan pengaruhnya sehingga memayungi 2/3 dunia.

Friday, 11 October 2013

Musafir ke Saudi suatu keputusan yang besar

Ulen dan mama Ayah
"Aku berhasrat untuk pergi ke Arab Saudi.!" 

"Habis itu macam mana dengan anak isteri kau Faizal."

Manusia sering kali mengembara untuk mencari kehidupan yang lebih baik buat diri dan keluarga mereka.

Dalam pengembaraan manusia mencari kehidupan yang lebih baik, pasti mereka akan menempuhi liku-liku kehidupan yang bisa mematangkan kehidupan seseorang untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Friday, 13 July 2012

kembara selepas graduasi


Bagi memastikan saya sentiasa berada di dalam pencarian ilmu pengetahuan dan hikmah kehidupan, maka saya kuatkan semangat untuk mencari perkara tersebut untuk terus mencari sebuah kehidupan yang baru.

Kemahuan yang tinggi ini telah saya tanamkan sejurus apabila saya menamatkan pelajaran di IPTA UKM kerana saya tahu untuk membina jati diri yang kuat, hendaklah kita banyak bergaul dan mengembara untuk membina suatu kekuatan hijrah yang tinggi.

Saya tahu kehidupan di alam kemasyarakatan adalah kehidupan yang realistik, berbeza dengan kehidupan saya di kampus yang lebih kepada idealistik yang tidak terikut rentaknya dibuat kita.

Sudah hampir 10 hari saya sudah menghabiskan pelajaran di UKM dan di saat ini saya masih belum mendapat pekerjaan walaupun sudah menghadiri dua sesi temuduga yang memberikan saya harapan untuk optimis bergelar seorang jurutera.

Bagi memastikan masa-masa saya tidak terbuang begitu sahaja sementara menunggu panggilan pekerjaan, saya meneruskan pengembaraan pula ke Parit Amal, Johor bertemu dengan Atok dan Opah sebelah isteri saya.