Wednesday 16 June 2021

Cara Orang Cina Berniaga

Hari ni banyak pula masa yang saya ada untuk menulis. Sudah dua artikel saya menulis hari ini di laman sesawang minda paksu.

Takpelah layan sahaja mood yang ada untuk menulis. Tak banyak pun perkara nak dikongsikan untuk kali ini, tapi saya memang tertarik dengan cara orang cina berniaga.

Di Malaysia siapa lagi kalau bukan orang cina yang kaya raya dan ada perniagaan yang berjaya. Orang Melayu pula kebanyakannya hanya memakan gaji di sektor swasta dan kerajaan.

Bukan saya hendak perlekehkan orang yang makan gaji. Asalkan nafkah yang diperolehi halal untuk diri dan keluarga itu sudah cukup nikmat besar.

Saya nak share ni sebab rasa terkesan dengan satu attitude orang cina berniaga, di mana rupa-rupanya mereka amat menjaga rahsia tentang perniagaan yang mereka usahakan.

Kenalan rapat tidak akan diberitahu tentang perniagaan mereka. Mungkin satu sebab yang besar mereka mahu mengelakkan persaingan jika mereka menceritakan apa perniagaan yang mereka jalankan.

Beza dengan orang melayu, tokey-tokey besar ramai yang menceritakan hal perniagaan mereka di ruangan public. Setakat jadi dropship atau ajen boleh terima akal lagi, ni tahap tokey besar begitu giat menceritakan prihal perniagaan mereka di media sosial.

Kesannya ramai yang akan mengikuiti jenis perniagaan mereka dengan pelbagai inovasi dan strategi marketing hingga menyebabkan tokey besar orang melayu terjejas perniagaan mereka dek kerana persaingan yang terlalu tinggi terhadap produk yang mereka jual.

Yang menjadi masalah besar pula bila jualan dah mencecah jutaan ringgit setahun, mereka war-warkan di public yang natijahnya ramailah mata-mata pemungut cukai memerhatikan gerak geri tokey melayu ini. 

Sales dah juta tapi cukai perniagaan tidak bayar, yang akhirnya mereka menerima notis cukai tertunggak dari LHDN. Bizness baru nak naik akhirnya sangkut nak bayar cukai yang tertunggak tinggi tu.

Maka saya bertekad memang akan mengikuti perangai orang cina berniaga dalam bab ini. Saya secara peribadi memang 100% bersetuju dengan sikap ini, kerana bagi saya tak perlulah riuh di ruangan public bila kita sudah ada perniagaan yang sudah membuahkan hasil



No comments:

Post a Comment