Monday 11 April 2016

Menjadikan Dr.Zakir Naik Sebagai Helah Politik Sang Penguasa


Sebagai seorang ahli politik yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sama ada secara sedar atau tidak, Prof.Dr.Ramasamy perlu bijak membaca kesan daripada kenyataan yang cukup sensitif yang dikeluarkannya tambahan pula DAP adalah sebuah parti yang memupuk asas demokrasi!

Namun sensitiviti ini secara hemahnya perlu dikawal agar ia tidak merebak ke peringkat yang lebih teruk dan mencetuskan ketegangan antara agama, bangsa dan politik.

Secara prinsipnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof.Dr.Ramasamy adalah kurang tepat dan tidak kena pada keadaan sekarang. Namun apabila sudah berlaku kejadian ini, apakah persoalan-persoalan asas yang perlu ditimbulkan di dalam memahami sensitiviti ini?

Untuk mengelakkan ketegangan politik, kita perlu mengetahui adakah kenyataan Prof.Dr.Ramasamy bersifat peribadi atau mewakili parti DAP? Sekiranya sukar memahami persoalan ini, sudah pasti seteru politk DAP akan menggunakan hujah ini menggambarkan bahawa DAP adalah anti Islam.

Seterusnya reaksi Prof.Dr.Ramasamy adalah amalan biasa bagi penganut agama minoriti di dalam sesebuah negara. Ini ekoran daripada kebimbangan beliau terhadap masa depan agama Hindu yang dianutinya.

Kebimbangan tersebut mungkin berpunca daripada pengaruh penganut agama Hindu akan berkurangan atau tidak selesa apabila agama beliau dikritik dan dibandingkan dengan agama Islam secara tidak tepat. Ini merupakan perasaan biasa bagi penganut agama minoriti dan kita mungkin tidak bersetuju dengan Prof.Dr.Ramasamy disebabkan oleh overreact beliau terhadap Dr. Zakir Naik.

Namun sebagai muslim jangan pula kita alpa bahawa bagaimanakah pula perasaan kita apabila menjadi muslim minoriti di dalam sesebuah negara yang menganjurkan dialog antara agama seperti ini.

Sebagai contoh, jika kita berada di Amerika Syarikat dan diadakan dialog antara agama dan pihak Kristian menjemput Pop France datang untuk berceramah lalu mengemukakan hujah-hujah beliau yang tidak disenangi kita sebagai Muslim, adakah kita gembira atau  menjadi berang?

Tentu sekali kita tidak selesa bukan dengan hujah Pop France dan mungkin menggelar beliau adalah seorang pendusta! Oleh itu reaktif terhadap sensitiviti agama adalah perkara biasa, dan yang salahnya adalah tindak balas yang keterlaluan(overreact).

Kegagalan untuk memahami isu ini menyebabakan DAP secara persepsinya adalah parti yang memusuhi Islam. Namun adakah sebelum ini Prof.Dr.Ramasamy secara konsisten menentang Islam secara ideolog melalui DAP? Secara imparikalnya pula, adakah Islam tergugat di Pulau Pinang hingga muslim di Pulau Pinang tidak boleh melakukan amal-amal Islami?

Persoalan tersebut saya tujukan kembali kepada rakyat Malaysia dan saya menyarankan agar DAP membincangkan secara berhemah sesama mereka bagaimanakah untuk mengurangkan persepsi yang menggambarkan DAP adalah anti Islam agar Pakatan Harapan juga tidak terpalit dalam persepsi ini terutamanya AMANAH.

Bagi saya sesiapa sahaja meletakkan kepercayaan yang diyakini benar, pasti dia tidak ada perasaan takut dan terancam. Jika hari ini rakan-rakan dari kalangan agama Hindu menghalang tokoh-tokoh Muslim untuk menyampaikan syarahan agama, besar kemungkinan juga orang Muslim akan melakukan perkara yang sama kepada tokoh-tokoh Hindu.

Kita perlu sedar bahawa pembatalan program Dr. Zakir Naik adalah berpunca daripada arahan IGP Tan Sri Khalid Abu Bakar(KBAB) yang merupakan seorang Melayu Islam. Secara pasti atau tidak, kemungkinan ia merupakan salah satu helah politik daripada Putrajaya.

Umpan agama digunakan oleh Putrajaya untuk memastikan parti pemerintah menjadi hero mendengar dan memperjuangkan hak-hak golongan minoriti demi meraih sokongan non Muslim pada PRU yang akan datang.

Secara kebetulan atau tidak, HINDRAF merupakan sebahagian daripada parti pemerintah yang lantang mendesak supaya program Dr. Zakir Naik dibatalkan. Tambahan pula Putrajaya cukup terdesak mencari modal untuk mengalihkan isu skadal 1MDB lantas mengambil peluang ini untuk berehat sekejap melihat perlagaan ayam-ayam jantan yang memakan dedak atas nama agama!






  




No comments:

Post a Comment