Thursday 7 April 2016

Beberapa Teori Politik


Terdapat beberapa teori politik jika difikirkan penggunaannya akan memberi kesan kepada dwi sistem parti yang baru dipraktikkan di Malaysia sejak sepuluh tahun yang lalu.

Antaranya penglibatan blok ketiga yang tidak memihak kepada pembangkang mahupun kerajaan tetapi mempunyai idealisme sendiri di dalam pembawaan politik. Kita ambil contoh misalnya PAS+IKATAN memilih untuk menubuhkan blok ketiga di dalam spektrum politik Malaysia.

Andai kata Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mempunyai jumlah kerusi yang seimbang di parlimen sehingga menyebabkan kesukaran untuk menubuhkan sebuah kerajaan, maka di sinilah blok ketiga akan memainkan peranan mereka sebagai faktor penentu untuk menubuhkan sebuah kerajaan.


Kalau nak dikatakan teori ini seperti “lalang” mungkin benar dan mungkin tidak. Teori ini juga mempunyai syaratnya yang diletakkan oleh blok ketiga supaya parti yang seimbang di parlimen akan memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh mereka.

Sebagai contoh PAS+IKATAN mungkin tidak berupaya untuk bertanding kesemua 222 kerusi parlimen, tetapi mungkin mereka boleh bertanding setengah daripada kerusi tersebut, manakala BN dan PH akan bertanding kesemua kerusi parlimen.

Selepas pilihan raya ditakdirkan BN memenangi 100 kerusi parlimen, manakala PH pula memenangi 100 kerusi parlimen dan PAS+IKATAN memenangi 22 kerusi parlimen dan sudah pasti ia mewujudkan kekacauan untuk membentuk kerajaan.

Tanpa mengambil kira faktor ahli parlimen yang lompat parti, maka segala-galanya akan bergantung kepada PAS+IKATAN untuk memberikan undi majoriti bagi pembentukan kerajaan.

Namun PAS+IKATAN tidak akan memberikan undi tersebut dengan mudah kepada BN mahupun PH dengan syarat mereka bersetuju dengan beberapa agenda PAS+IKATAN untuk direalisasikan di dalam Malaysia.

Anataranya mungkin PAS+IKATAN akan mengundi PH mahupun BN sekiranya mereka bersetuju untuk melaksanakan hudud di Malaysia atau memberikan beberapa jawatan portfolio menteri kepada parti mereka.

Oleh itu teori ini jelas menunjukkan bahawa parti yang tidak kuat mampu menjadi parti yang penting untuk membina sesebuah kerajaan ditambah pula segala agenda parti berjaya direalisasikan walaupun mereka tidak mempunyai agenda untuk menjadi sebuah kerajaan.

Itu teori pertama yang saya ingin kongsikan kepada pembaca. Saya juga tertarik dengan satu lagi teori politik di mana untuk mewujudkan kestabilan di dalam parti politik, maka jawtaan presiden parti tidak perlu dipertandingkan.

Cuba kita fikirkan sejenak sekiranya terdapat pertandingan untuk jawatan presiden parti, maka ia akan menimbulkan blok atau kumpulan untuk menyokong calon presiden mereka. Ini perkara biasa sekiranya kita memilih untuk memihak dengan mana-mana individu dan ia amalan biasa di dalam demokrasi.

Namun yang menjadi permasalahnnya adalah blok yang wujud ini lama-kelamaan akan mewujudkan permusuhan di kalangan ahli parti sendiri dengan beberapa faktor seperti calon mereka kalah di dalam pertandingan pemilihan, tidak lagi mendapat manafaat daripada presiden yang baru dan lain-lain lagi.

Walaupun seseorang calon presiden memenangi kerusi tersebut namun kemenangan beliau adalah hasil pertembungan dua kumpulan yang akhirnya melemahkan parti. Saya bawakan contoh apa yang berlaku di Malaysia, kita lihat UMNO pada tahun 1946 apabila Ku Li dan Mahathir bertanding untuk merebut jawatan Presiden UMNO, maka kesannya UMNO menjadi lemah. Begitu juga PAS pada zaman Dr Asri Muda dan TGHH, akan berpecah apabila berlaku pertandingan untuk jawatan presiden parti!

Atas apa jua maksud demokrasi, saya kira pertembungan jawatan presiden akan melemahkan parti walau secara idealnya ia baik untuk perkembangan parti. Atas permasalahan ini kita perlu meletakkan garis asas untuk memahami prinsip ini, sama ada adakah pertembungan jawatan presiden parti akan melemahkan atau menguatkan parti!









No comments:

Post a Comment