Sunday, 1 December 2013

Persaingan Kehidupan Muslim

Bersama pelajar-pelajar luar negara untuk mengikuti kursus API 510
Mengapa kita hidup ini untuk bekerja keras lantas terpaksa menggunakan separuh atau selebih gaji kita untuk membayar hutang rumah, kereta, bil air, elektrik, dan segala macam lagi keperluan dan kehendak yang terpaksa kita ikuti untuk menyediakan "kemudahan" bagi sebuah kehidupan.

Manusia memerlukan persaingan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka untuk hidup di atas dunia ini. Apatah lagi bagi mereka yang sudah berkahwin seperti saya terpaksa menggalas pelbagai nafkah untuk keperluan diri, keluarga, masyarakat dan jemaah.


Memang suatu pengalaman yang jauh berbeza apabila berada di bumi Saudi, tetapi itulah hikmah yang ingin saya miliki iaitu mencari nilai akademia dan profesionalisme untuk dibawa ke Malaysia. Saya ingin keluar daripada persoalan sebagai seorang graduan tempatan yang berjaya mengisi kekosongan kerja di kilang.

Tidak salah bekerja di kilang, cuma mungkin kerana posisi saya tidak bekehendakan kemahiran sebagai seorang jurutera, tetapi ia lebih kepada pengisian kepada sebuah kekosongan jawatan, menjadikan saya untuk bercita-cita mencari pengalaman di luar negara.

Bulan pertama ini saya telah didedahkan dengan pengetahuan mengenai bidang "petrochemical" yang boleh membawa harga pasaran buat diri saya kepada gaji bulanan yang boleh mencecah SAR 20-25 ribu gaji bulanan.

Pengetahuan ini tidak pernah saya perolehi di kampus, apabila masih berteka teki dengan halatuju saya sebagai seorang graduan jurutera mekanikal. Cuma apabila saya datang di sini, saya didedahkan dengan pengetahuan "inspection" di dalam bidang petrochemical.

Saya diberi kesempatan untuk mengikuti kursus API 510 (American Petroluem Institute for Pressure Vessel Inspector) yang menelan belanja lebih kurang SAR 17 ribu.

Kursus ini merupakan persediaan bagi saya untuk menduduki peperiksaan API 510 untuk melayakkan saya menjadi seorang Inspector dalam bidang ini. Sijil API 510 ini bukanlah merupakan sijil mudah untuk lulus, memandangkan saya baru dua bulan pengalaman dalam bidang oil and gas, dan kebanyakan kawan-kawan saya memberitahu untuk melepasi peperiksaan ini, seseorang itu memerlukan pengalaman bertahun-tahun dalam bidang inspection, barulah mereka akan mengambil peperiksaan ini.

Itupun mereka terpaksa "repeat test" sebanyak dua tiga kali barulah lepas peperiksaan ini. Walaupun perkara ini sedikit sebanyak melemahkan semangat saya, tetapi saya cuba untuk mengambil peluang yang diberikan sebaik mungkin untuk cuba menjawab soalan peperiksaan ini dengan mengikut kemampuan yang saya ada setakat ini.

Sekurang-kurangnya untuk menghadapi peperiksaan ini, saya sudah sedikit sebanyak mengetahui apa itu API dan bidang inspection.

Saya bukan mahu bercerita panjang mengenai bidang ini, kerana saya tahu
hanya orang yang dalam bidangnya saja akan meminati perkara ini, cuma yang saya ingin kongsikan adalah keperluan menyediakan manusia mengikut kerjaya masing-masing dengan sedaya upaya mengaitkan kerjaya dengan agama.

Sepanjang tempoh 10 hari saya mengikuti kursus ini, banyak perkara-perkara baru yang dapat mematangkan pemikiran saya. Banyak perkara yang dikongsikan oleh kawan-kawan saya dari Saudi, India dan Pakistan yang berkait rapat mengenai soal hubungan sosial, politik, dan ekonomi.

Menjadi kebangaan buat saya sebagai rakyat Malaysia, apabila mendapat pujian yang melambung kerana kebanyakan rakyat di sini akan mengatakan Malaysia is "good" dalam soal, ekonomi, politik dan lain-lain.

Sudah pasti tokoh yang menjadi idola mereka di sini adalah Tun Dr Mahathir dan Dato' Sri Anwar Ibrahim. Saya yang baru berusia setahun jagung di Saudi, kekadang cuba untuk menyelitkan pandangan saya terhadap Malaysia yakni tidak menafikan Malaysia mempunyai kemhairan yang tinggi dalam soal pembangunan teknikal dan sistem urus tadbir yang berkesan.

Cuma mereka pun mengetahui, tidak dapat dinafikan terdapat soal korupsi yang melanda negara muslim berlegar di dalam pemimpin politik. Mereka boleh bangga dengan Malaysia dengan adanya proton, produa, petronas, sistem pengairan yang baik, akses pendidikan tinggi yang banyak di samping akhlak dan kualiti kerja yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di sini memberi nilai tambah yang tinggi buat Malaysia untuk dihormati oleh semua penduduk di sini.


Apa yang saya perolehi selepas selesai kursus ini, kita tidak dapat lari dari perkara pokok asas perbincangan manusia iaitu mahu melihat negara yang aman dan sejahtera.

Untuk mengisi keperluan ini, negara memerlukan individu yang berkelayakan dan mahir dalam bidang mereka. Ia bukan mudah seperti apa yang kita lafazkan dari mulut, kerana ia memerlukan kerja kuat kita dari segi kemahiran, pengalaman, pengetahuan yang memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk mengisi keperluan ini.

Pun mungkin individu yang berkelayakan sudah banyak, tetapi adakah indivudu tersebut mampu mengintegrasikan antara kerjaya mereka dengan tidak menyampingkan agama sebagai elemen kerohanian yang sangat penting untuk membina negara.

Sehingga terbukti sudah, mereka menjadikan kerjaya adalah di luar dari konteks agama yang membawa manusia hanyut untuk memenuhi keperluan hiburan mereka, seks, perut dan mencapai kemuncak individualistik.

Elemen agama yang dimaksudkan adalah mereka tahu peranan mereka seimbang dunia dan akhirat, dan tahu hala tuju mereka hidup di dunia ini dengan mengembalikan kegemilang dan hidup islam secara bermasyarakat dan bernegara.

Maka disebabkan itulah saya mengambil keputusan untuk berada 5 tahun lamanya di Saudi, meninggalkan anak dan isteri untuk menggantikan masa 4 tahun saya belajar di kampus, kerana 5 tahun di Saudi bukan permulaan kepada sebuah kerjaya tetapi permulaan pendidikan dan pengetahuan secara berpijak bagi memenuhi cita-cita islami yang sebuah gerakan islam mahukan.


Kejayaan dunia dan akhirat boleh dikecapi dengan sebuah pengorbanan.
"Be positive"





















2 comments:

  1. Salam saya baru kerja saudi . Fresh graduate. Ada kat jubail ni haji . Mari la mengeteh kalau dekat.

    ReplyDelete
  2. CMNA CARA NAK APPLY KJE DISANA ,SY BERMINAT TUNJUK AJAR KU SIFU.email wbn9238@gmail.com

    ReplyDelete