Sewaktu gelombang kuning yang pertama berlaku pada tahun 2008, saya masih berada di kolej matrikulasi menghabiskan pengajian di peringkat sijil dalam aliran sains fizikal.
Maklumat mengenai BERSIH hanya diperolehi melalui cakap-cakap secara tak langsung daripada kawan-kawan di matrik, hingga saya hampir kaku apabila diminta untuk mengulas isu-isu semasa mengenai BERSIH.
Pada tahun yang sama juga, "Faizal Pembangkang(Pakatan Rakyat) menang 5 buah negeri." Beritahu seorang teman bilik saya.
Inilah perubahan angin politik yang berlaku di dalam negara apabila rakyat ingin mencari parti alternatif untuk menggantikan kerajaan 'Barisan Nasional'
28 April 2012 sekali lagi akan mengukir sejarah, apabila rakyat akan menyatakan suara dan hasrat mereka yang mahukan negara mengamalkan prinsip demokratik yang adil.
Kebebasan media arus perdana yang tidak adil, isu rasuah yang menelan billion ringgit, pembaziran golongan menteri dalam perbelanjaan yang terus membezakan jurang yang ketara antara golongan kaya dan golongan marhaen, sistem pendidikan yang tidak stabil, gejala sosial yang semakin runcing dan sebagainya.
Mengapa kita bimbang untuk menukar kerajaan pemerintah daripada BN kepada PR? Sekiranya PR memerintah negara kita pada tahun ini, dan pemerintahan PR lebih teruk daripada BN, maka pilihan raya yang akan datang kita tumbangkan semula PR dan memilih semula BN untuk mentadbir negara kita.
Rakyat sekarang bukan lagi rakyat di era 70-80 an, yang tidak hanya menonton TV hitam putih, TV1, TV2 dan lain-lain. Akses terhadap maklumat sekarang semakin meluas, dan kesannya lahirlah generasi yang selalu beragumentatif terhadap isu-isu semasa yakni tidak mudah diputarbelitkan fakta.
BERSIH kali ini bakal didominasi oleh golongan muda yang cintakan kepada keadilan dan perubahan ideologi parti politik. Kerana ilmu dan kesedaran, maka pada hari ini kita dapat lihat golongan muda semakin lincah berpencak di pentas politik. Desas desus yang semakin kuat, mengatakan PRU bakal berlansung pada bulan Jun, maka inilah simbolik yang terakhir rakyat kepada kerajaan untuk membawa pemerintahan negara yang baru.
Fenomena Asia tengah dengan tumbangnya rejim Hosni Mubarak di Mesir, rejim Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia dan rejim Muammar Gadafi di Libia adalah hasil kebangkitan dan solidariti rakyat yang menumbangkan rejim ini secara revolusi. Maka angin revolusi ini sedikit sebanyak telah tempias ke Asia Tenggara.
Malaysia mempunyai demokrasi, dan Rakyat bukan ingin menjadikan BERSIH sebagai revolusi kerana demokrasi di Malaysia adalah cara terhormat untuk menumbangkan atau menyatakan ketidaksetujuan kepada parti yang lain. BERSIH hanya menjadi pencetus semangat dan kesedaran kepada rakyat yang tidak "pedulisme" supaya sedar tentang kesusahan orang lain di yang sudah dimanipulasi beberapa tahun oleh "BN."
Ramai antara kita bakal turun ke BERSIH 3.0, namun seandainya sesetengah kita masih lagi mempertimbangkan 'fiqh aulawiyat(keutamaan)' dan 'fiqh muazanat (pertimbangan)' cukuplah sekadar menjadikan FB, Blog dan lain-lain untuk menggalakkan rakyat turun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
Impak BERSIH bertambah lebih besar sekiranya mahasiswa/pelajar turun pada 28 April ini, kerana mahasiswa merupakan golongan muda yang mempunyai pendidikan yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Sekiranya mahasiswa mampu memimpin perubahan senario politk negara, saya pasti masyarakat akan memandang usaha mahasiswa ini adalah satu perkara yang perlu didokong bersama.
Tiada sebab mahasiswa/pelajar untuk ditangkap sekiranya turun ke BERSIH, kerana pindaan AUKU baru-baru ini telah membenarkan mahasiwa/pelajar yang sudah cukup umur mengundi untuk terlibat dengan mana-mana politk.
Nasihat kepada bakal demonstran, supaya sentiasa membetulkan niat kerana kita bukan mahu menghuru-harakan Malaysia, kita turun kerana kita mahu perubahan politik yang lebih adil, adab dan akhlak sentiasa menjadi perhiasan diri, apatah lagi solat yang fardhu jangan ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment