Friday 6 December 2013

KRMJ (Kelab Malaysia Rakyat Jubail)

Seusai sesi Riadah di Royal Commission bersama sebahagian kecil ahli kelab KRMJ  
Hakikatnya kita akan mencari kawan atau kumpulan yang mempunyai nilai dan budaya yang sama dengan jati diri kita. Untuk mengelak rasa kerinduan yang teramat di Malaysia saya mencari kerumpunan masyarakat Malaysia di Jubail Saudi Arabia supaya tidak berasa janggal di negara orang.

Alhamdulillah minggu pertama saya berada di sini, rupa-rupa betul kata pepatah hang tuah "tak kan melayu hilang di dunia", kerana di Jubail sudah ada masyarakat melayu Malaysia yang telah sedia menubuhkan Kelab Malaysia Rakyat Jubail(KRMJ).


Kelab ini merupakan persatuan masyarakat Malaysia, yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat melayu di mana suami atau lelaki yang belum berkahwin bekerja di Jubail, Saudi Arabia.

Menghabiskan masa di awal pagi JUmaat beriadah bersama-sama rakan sekerja

Saya percaya, bukan sahaja di Jubail, malah di tempat-tempat lain pun seperti di Eropah, Jepun dan lain-lain mempunyai kelab minoriti masyarakat Malaysia yang tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat malaysia yang bekerja di luar negara.

Maklumlah tiada adik beradik atau saudara mara yang terdekat boleh membantu apabila bekerja di luar negara melainkan dengan sedikit peranan daripada pertubuhan ini mampu menolong antara satu sama lain di samping kita masih merasakan bahawa kita tidak keseorangan bekerja di luar negara, kerana adanya masyarakat malaysia yang memahami budaya dan nilai di Malaysia.

Sekurang-kurangnya nasi lemak, gulai, ayam masak merah, teh tarik, tidak menjadi kerinduan teramat bila berada di sini kerana apabila KRMJ melakukan aktiviti ini, mereka pasti akan menyediakan menu makanan Malaysia.

Tambahan pula festival masakan diadakan juga oleh KRMJ di Saudi sempena aktiviti tahunan negara ini. Selain itu aktiviti bulanan diadakan dengan disertai kuliah bulanan, riadah mingguan dan lain-lain sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.

Loghat-loghat utara, pantai timur masih lagi kedengaran di sini kerana KRMJ terdiri daripada pelbagai latar belakang individu yang berlainan negeri dan tempat di Malaysia.

Dikesempatan penubuhan kelab ini juga, ramai di antara ahli kelab berkongsi pengalaman mereka bekerja di Saudi. Kebanyakan mereka mempunyai berbelas-belas tahun pengalaman di Malaysia barulah dapat bekerja di sini dengan gaji yang lebih lumayan berlipat kali ganda daripada malaysia.

Ada yang pernah bekerja di petrochemical Kuantan Pahang, Manager di DRB Hicom, terlibat dalam penubuhan pertama plan petronas di Melaka, Tangga Batu dan lain-lain, barulah sampai di Saudi.

Semuanya memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga yang menghabiskan masa berbelas-belas tahun, malahan berpuluh-puluh tahun lamanya untuk sampai ke sini.

Berbanding dengan saya hanya 1 tahun pengalaman di Malaysia itupun bukan dalam bidang petrochemical, tetapi dapat juga menjijakkan kaki di sini, walaupun sebagai engineer contractor kepada plant. 

Amat jauh sekali jika nak dibandingkan pengalaman saya dan otai-otai di sini, tetapi saya cuba untuk mengambil peluang sebaik yang mungkin bersama-sama dengan mereka kerana bagi saya pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang petrochemical amat diperlukan untuk membantu saya bertatih dan melangkah di dalam bidang petrochemical ini.

Saban tahun program yang menjadi kewajipan bagi kelab ini adalah menguruskan jemaah haji dan umrah bagi masyarakat Malaysia yang menetap di Jubail dan hanya mengambil masa lebih kurang satu minggu bagi haji dan hanya empat hari bagi umrah.

Untuk haji kos yang dianggarkan adalah lebih kurang SAR 6000 (RM 5000 bergantung pada nilai mata wang semasa), manakala untuk umrah pula SAR 500 (RM 400). Kos untuk mengerjakan haji dan umrah di sini amatlah murah berbanding Malaysia.

Sekian, Wallahua'lam





2 comments:

  1. salam poksu

    ok ke keje di jubail ni?

    ReplyDelete
  2. aslmkm..sy nk tnye..sy dpt offer dr SIPCHEM Jubail sbg Senior Fire Technician dgn basic SAR12,500 tidak termasuk dgn elaun2 lain..so soalan sy,berbalio x gaji yg diaorg offer tu dgn kos sara hidup sy n family di jubail???mohon email pd sy secepat mgkin ridzal_aziz20@yahoo.com..terima kasih..wassalam

    ReplyDelete