Sunday 7 February 2016

Mengeluarkan Parti Pembangkang Daripada Minda Pembangkang

Untuk melalui hari-hari yang menyakitkan di bawah pentadbiran Barisan Nasional tidak salah bagi kita memihak kepada mana-mana parti pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU yang akan mendatang.

Namun pemilihan kita bukanlah hanya parti itu pembangkang lalu segala pemikiran kita juga membangkang semata-mata. Kalau itu terjadi, maka simptom-simptomnya jelas menunjukkan kita ini jenis “reactive minded.”

Parti yang mempunyai pemimpin pemikiran reaktif ini jika kita perhalusi mereka hanya mengkritik dasar-dasar kerajaan tanpa menyediakan alternatif kepada permasalahan tersebut. Kalau ada alternatif pun ia mungkin terlalu superficial(cetek) untuk dibuat sebagai cadangan konkrit yang berguna.

Saya mengikuti politik sejak belasan tahun di bangku sekolah dan juga tidak terlepas mempunyai sifat “reactive minded.” Namun itu cerita di bangku sekolah, dan semakin usia dimamah hari proses reformasi itu berlaku di dalam pemikiran dan berazam untuk keluar daripada sikap reactive minded ini.

Dulunya mungkin platform saya adalah PAS untuk menyalahkan dasar-dasar kebobrokan kerajaan tanpa rasa bersalah apakah solusinya untuk menggantikan permasalahan tersebut. Apatah lagi ketika itu saya belum mengetahui berapakah bilangan kerusi PAS yang dipertandingkan di Malaysia yang mampu untuk membina sesebuah kerajaan.

Begitu juga dengan negara Islam yang dibawa oleh PAS bagi menggantikan kerajaan BN, bila ditanya rata-rata rakyat Malaysia apakah yang dimaksudkan dengan negara Islam, mereka akan memberitahu hudud dan hudud! Takkanlah untuk mengubah dasar-dasar kerajaan yang menindas dengan hukum hudud dan benarkah semua masalah itu akan selesai dengan hudud sahaja?Itu cerita lewat 90 an.

Pada ketika itu juga PAS hanya bertanding di kawasan Parlimen dengan bilangan kerusi yang tidak mampu untuk membina sebuah kerajaan. Jadi inilah masalahnya kalau sudah minda pembangkang, maka tetap juga pembangkang. Formula mudah bila timbul satu isu, kritik berapi-api, timbul lagi kritik berapi-api lagi tanpa rasa bersalah untuk menjadi proaktif.

Bajet 2015 yang dibentangkan oleh BN tiada alternatif daripada PAS, sedangkan sebelum ini mereka mengkritik dasar-dasar ekonomi BN. Dan yang terbaru pula di dalam Pilihan Raya  Negeri Sarawak, PAS mengambil keputusan hanya bertanding 11 kerusi sahaja. Apa yang kita mampu harapkan kepada parti yang kekal sebagai pemikiran pembangkang untuk mengubah Malaysia. Mampukah dengan 11 kerusi daripada 82 kerusi DUN Sarawak untuk mengubah Sarawak?

Saya banyak mengaitkan “reactive minded” kepada PAS kerana masa saya bersama PAS berbelas tahun lamanya sebelum memilih AMANAH. Ia sebuah pengalaman yang panjang sebelum menukar wadah yang amat baru. Namun itulah sikap PAS hingga hari ini, masih seperti dulu!

Kemunduran ekonomi orang Melayu pun juga disalahkan China DAP tanpa mewujudakan idea atau badan ekonomi untuk menjaga ekonomi orang Melayu. Memang amat memeritkan semuanya ingin membangkang dan mengkritik ditambah pula tiada idea proaktif yang diambil.

Sekiranya kita ingin melihat oposisi parti yang ampuh, asasnya parti itu mampu menyediakan alternatif kepada permasalahan yang berlaku dan berkeyakinan untuk membina sesebuah kerajaan, bukan membangkang semata-mata.

Agak sukar untuk membina sebuah kerajaan di Malaysia ini tanpa “electoral pact” disebabkan kepelbagain kaum dan ideologi yang ada dan perkara yang perlu dipertimbangkan adalah soal kematangan parti pembangkang mewujudkan kematangan di dalam mengahdapi PRU yang akan datang.

Bagi mereka yang berjiwa Pro Islamist tidak salah sekiranya agenda hudud itu tidak menjadi keutamaan pada PRU-14 kerana ada perkara yang lebih mustahak untuk didahulukan.

Pro Islamist masih mempunyai pilihan parti Islam yang ada seperti AMANAH & PAS untuk mempraktikkan amal Islami dan Jamaie di dalam diri dan keluarga terlebih dahulu sebelum agenda hudud dapat dibumikan.

4 comments:

  1. Pertama, benar bang. Reactive mind tak bawa ke mana pun, malah kerajaan jadikan itu sebagai peluang untuk mereka gunakan bagi menyerang semula parti pembangkang.

    Kedua, AMANAH parti Islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ATA, ana akui superficial tentang AMANAH sama ada parti Islam atau tidak.

      Namun pada setakat ini berdasarkan ilmu yang cetek yang ana ada, ana katakan AMANAH parti Islam disebabkan

      1. Ideologi parti. AMANAH menggunakan Islam sebagai wadah perjuangan, iaitu lebih inklusif, progresif, rahmatalill a'lamin dan base on maqasid syariah. Tidak juga menafikan implementation of hudud bill but it will base on condition and economic prosper.

      2. Praktis individu. Ciri-ciri individu yang istiqamah dengan amal islam & akhlak islam, selain dari rukun iman dan islam. Seperti perkara2 sunat, sunnah dll. Tdk membuang masa, efficient management etc

      u/p: point ni yg menjadikan ana secara peribadi menganggap AMANAH still parti Islam. Kalau anta ada pandangan
      lain mohon kongsikan di sini atau buat artikel untuk kami geng amanah baca

      Delete
    2. Ana alergik pada terma "parti Islam". Dan, selepas ana pergi Young Professional Talks beberapa minggu lepas, dalam tu ada Dr. Dzul, Hanifa dan Dr. Siti Mariah, ana makin convince bahawa AMANAH jika bergerak dgn angan2 sebagai parti Islam, mereka tak akan ke mana. Islam akan jadi tidak lebih dari sekadar jenama. Dan bila jadi jenama, maka parti itu bertukar menjadi simbol. Naratif pada PAS akan berulang pada AMANAH, sedikit masa lagi (mungkin selepas 4 dekad penubuhan). Ana tak percaya agama yang mulia, boleh dijadikan ideologi oleh mana-mana perkumpulan, termasuklah AMANAH.

      Delete
    3. Ye, setuju kalau agama yang mulia boleh dijadikan ideologi oleh mana-mana kumpulan kerana kesannya agama akan bias pada perkumpulan. Sukar untuk memahami falsafah ini melainkan kalau ada ribuan dan jutaan rakyat Malaysia seperti ATA yang kuat membaca. Boleh ana katakan ianya terlampau teoris dan idealis.. Tapi InshaAllah tak mustahil untuk mengubah "malay minded" menuju dimensi politik yang lebih matang tanpa sentimen agama dan bangsa.

      Delete