Sunday 2 June 2013

Al-Amin Lebih Banyak Dari Qawiy

"Menurut Ibnu Taimiyah, kepimpinan itu perlu berasaskan kepada dua tunjang iaitu kemampuan(Al-Qawiy) dan amanah(Al-Amin) sebagaimana yang diterangkan sendiri dalam Al-Quran." 

Kemampuan perlu diukur berasaskan kerja-kerja sebenar yang perlu dilakukan. Dalam urusan peperangan, seseorang yang dianggap berkemampuan(Qawiy) itu sepatutnya seorang yang berani dan mempunyai pengalaman yang luas dalam hal-hal peperangan. 

Dalam urusan perbendaharaan, seseorang yang dianggap amanah(Al-Amin) itu sepatutnya amat cermat dalam perbelanjaan ekonomi negara. Termasuklah juga dalam urusan penghakiman, sifat-sifat yang perlu diambil kira ialah kejujuran dan adil.


Golongan Islamik Ramai Yang Al-Amin daripada Al-Qawiy?

Pandangan peribadi saya golongan islamik lebih dominan pada bahagian Al-Amin. Ini bukan bermaksud golongan islamik tidak banyak Qawiy dalam hal-hal pemerintahan.

Berkecimpung dalam hal politik terutamanya, kita lebih banyak memerlukan golongan Qawiy berbanding Al-Amin. Sekiranya golongan islamik diberikan amanah untuk menjaga perbendaharaan negara, sudah pasti kadar aliran masuk dan keluar duit (money clash flow) dapat berlaku dengan baik dan teliti sekali.

Untuk pemerintahan pula, individu Qawiy amat diperlukan dalam memimpin ummah. Walaupun ada perbahasan yang menyatakan Al-Qawiy itu didokong oleh kumpulan atau jemaah, namun individu yang memimpin jemaah itu perlulah kompitens.

Sebagai contoh, laungan negara Islam atau mini Islamic state adalah sangat diperlukan pada saat ini kerana umat islam sudah kehilangan jati diri mereka, selepas jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniah 1924, lalu menjadikan isme barat untuk dipraktikan di kebanyakan negara umat Islam.

Wahai Al-Amin Tidak Cukup Hanya Sekadar Laungan Negara Islam.

Tidak cukup hanya melaungkan negara sekiranya tidak ada satu kerangka yang  lengkap ke arah pembentukan perkara tersebut. Ke arah pembentukan itu, maka kita memerlukan pengurus yang kompitens untuk memimpin umat islam kepada satu dimensi yang lebih kukuh.

Individu tersebut mestilah berstrategik dan mempunyai pengetahuan fardhu kifayah dalam bidang agama, sains, teknologi dan ekonomi. Empat elemen ini, menurut pandangan saya mampu menjadikan indivu itu cukup kemampuan untuk memimpin umat.

Kita bukan semata-mata memimpin umat dengan syariat, kerana syariat atau hukuman itu dikenakan setelah individu muslim melanggar syariat Allah.

Sebagai contoh perlaksanaan hudud adalah wajib ke atas negara umat islam, dan memberi kefahaman berkaitan hudud juga adalah wajib. Dalam kes mencuri jika cukup syaratnya, maka pesalah akan dikenakan hukuman begitu juga berzina.

Maka ini adalah salah satu cara islam menangani masalah sosial sekaligus dapat mengurangkan jenayah negara. Namun hudud hanya dilaksanakan apabila negara berada dalam keadaan aman dan sejahtera yakni rakyat sudah memahami perlakasaannya dan rakyat sudah cukup sifatnya. 

Sebab itu di zaman Rasulullah s.a.w perlaksanaan hudud amat sedikit sekali kerana hukuman berdasarkan hudud adalah cukup teliti iaitu benar-benar cukup sifatnya.

Bagi memastikan negara aman dan stabil, dalam kes zina misalnya, hudud bukan perkara pertama dikenakan dahulu, tetapi mencegahnya zina adalah perkara yang perlu dititikberatkan dahulu untuk menjadikan negara aman dan sejahtera. Untuk mengelak zina, maka pemerintah atau masyarakat perlu memudahkan urusan perkahwinan.

Begitu juga dengan gejala kecurian dan merompak, pemerintah perlu memperbanyakkan ruang pekerjaan di samping menurunkan harga barang seperti tol, minyak, cukai dan lain-lain lagi.

~Bersambung~

Wallahualam

No comments:

Post a Comment