Monday 12 March 2012

Politik Profesionalisme


Terlibat dalam satu gerakan mahasiswa menuntut pilihan raya kampus yang adil lagi telus. Gambar pada tahun 2010


Politik bukan sebagai wahana yang mudah untuk kita melabelkan diri kita sebagai pejuang keadilan dan kebenaran. Benar politik itu adalah sebagai metod yang utama untuk kita mengubah dasar negara yang sungguh bobrok di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang begitu zalim.


Islam telah menggariskan kepada kita supaya menyantuni pendekatan wasatiyyah di dalam melakukan amal ibadat.

Saya mempunyai pengalaman selama 4 tahun terlibat dengan politik kampus menentang perkara yang mengancam hak asasi mahasiswa/i untuk menentukan kebebasan berpolitik.

Kebebasan berpolitik di kampus adalah sungguh baik kerana ia memberi keterbukaan yang luas kepada kita untuk menilai politk yang membawa kepada pengurusan yang bersifat cekap dan efektif dalam membawa agenda kebajikan mahasiswa.

Sering kali kebebasan berpolitik ini dihalang oleh Pihak Pengurusan Universiti dan pelajar dari kalangan Pro Kerajaan dengan mendoktrinisasi pelajar dengan ugutan-ugutan seperti pembuangan kolej, kesukaran mendapat kerja, biasiswa ditarik dan lain-lain lagi.

Maka menjadi kewajaran mereka yang mengakui umat islam perlu menentang perkara tersebut kerana sebagai seorang muslim kita perlu tahu akan prihal jiran kita seperti dicubit paha kanan terasa sakit paha kirinya.

Apa yang saya ingin tekankan dalam artikel kali ini adalah kaitan dengan profesionalisme dalam berpolitk. 

Hak dan demokrasi yang sering diperjuangkan pejuang kebenaran harus dilihat dari sisi yang holistik dan menyeluruh dan tidak kepada dokmatif yang bersifat setempat. Dalam Al-Quran Allah s.w.t telah memberikan gambaran awal bahawasanya islam itu ada di mana-mana sahaja.

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 208, “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”


Saya tidak menyukai bagi mereka yang terlalu obses terhadap sesuatu perkara hingga mengabaikan perkara yang lain. Misalnya kalau berpolitik usahlah mengabaikan soal tanggungjawab terhadap akademik, hubungan sesama manusia walaupun berbeza ideologi politik, tanggungjawab terhadap keluarga, dan lain-lain lagi.

Kalau terlibat di dalam lapangan akademik pula janganlah mengabaikan hak dan tanggungjawab untuk membantu umat islam yang dalam kesusahan dengan memberikan sedikit bantuan yang mampu. Sekiranya terlalu berteori menyebabkan kita sukar menilai kayu ukur perlaksanaan.

Dengan perlaksanaan yang ideal dan fleksibel terhadap profesionalisme berpolitik sewajarnya kita harus menumpukan dan memantapkan profesion yang kita telah ceburi.

Dalam bahasa yang mudah untuk difahami kejayaan sesuatu tamadun Islam bukan sahaja diukur dari segi sistem politk yang baik, tetapi dari aspek pengurusan ekonomi, perancangan pembandaran, penciptaan-penciptaan teknologi dan lain-lain lagi.

Jika dalam politik kita mempunyai sistem yang baik, maka dalam aspek yang lain juga kita perlu mempunyai sistem yang baik.

Bila membicarakan soal kepimpinan pula, yang dikatakan pemimpin itu bukan pemimpin politik sahaja atau perdana Menteri Malaysia, tetapi kita ada pemimpin persatuan, keluarga, pengarah syarikat dan lain-lain lagi.

Sekiranya kita bercita-cita menjadi pemimpin pengarah sesuatu syarikat, maka kita perlu mendalami ilmu-ilmu berkaitan syarikat tersebut dan tidak perlu memasukkan ilmu-ilmu politik dalam syarikat tersebut secara semberono.

Pri pentingnya, walaupun kita berada di mana-mana kita mempunyai peranan untuk mengubah negara Malaysia daripada kerajaan yang telah banyak membebankan rakyat walaupun tidak berkecimpung menjadi ahli politik.

Politk melatih kepimpinan mahasiswa

















































No comments:

Post a Comment